March 19, 2024

durian

 

Gambar ni aku ambil masa pergi pameran tahun 2004. Pameran apa, aku pun dah tak ingat.. Macam-macam pameran dah aku kunjungi.. Jadi, mungkin artikel yang seterusnya aku nak tunjukkan gambar-gambar lama yang masih ada dalam simpanan aku. Nak cerita banyak aku tak reti..  biarlah gambar ini menceritakan segalanya..

Kalau mereka yang berada di Sabah Sarawak tentu dah biasa tengok durian ni kan.. Yang berada di Semenanjung tentu jarang sekali.. apatah lagi merasainya.. SO.. kalau ada cerita di sebalik gambar ni, haraplah dapat dikongsi bersama..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :44516

32 thoughts on “Durian Sabah, Durian Isu, Durian Pakan, Durian Merah…

  1. Durian dalam gambar ini banyak terdapat di Sabah dan juga di Sarawak. Untuk pengetahuan semua durian Pakan biasanya dipanggil Sukang oleh penduduk tempatan Sabah rasanya taklah manis sangat tetapi lemak. Durian merah pula tak berperisa tetapi lemak. Biasanya ia dimasak untuk dibuat sambal.

    dikirimkan oleh : andolin5735@yahoo.com

  2. rasanya yang manis dan sedap durian isu manis isi tak berapa tebal, dan durian pakan kami pangil (melanau Nyikak) manis baunya yang harum, dan isinya kebiasaan tebal dan mudah dikupas dari biji.terdapat banyak virety durian pakan ini, durian merah sama jenis dengan pakan tetapi kebiasaan disarawak yang berwarna merah ini tumbuh liar di hutan bukit, isi kurang tebal.

  3. pernah sorang kawan balik sarawak dan bawa balik buah durian merah tu. saya rasa sikit je, tak manis tapi baunya kuat bukan main. apa pun Malaysia memang banyak pilihan buah2an.

  4. masa saya dok di lahad datu, buah ini memang banyak.pokoknya pun banyak kat kampung tayawari.kawan saya rose marinus(orang dusun) ajar saya buat tempoyak dari isinya.ambil isinya (5 biji durian)dan bubuh dalam bekas.potong bawang merah, dan goreng bersama sedikit minyak.Bila dah garing, masukkan isi durian merah tadi.goreng sehingga durian tadi berwarna merah oren dan keluar minyak.makan bersama nasi panas.memang sedap!
    selebihnya simpan dalam peti ais dan jadi tempoyak merah.bagi saya, rasanya semasa masih panas, sedap dan lemak2.unik! terima kasih pn rose untuk resepi tu.

  5. aku buat tengah buat penyelidikan tentang buah durian kuning, @ durian pakan @ durian sukang @ durian sabah. siapa tahu kat mana senang nak dapatkan buah ni dan bila musimnya. aku kat ums ni. nanti boleh email kat aku contact no. teman_skudai@yahoo.com.my

  6. Kalau nak tengok dan kaji buah ini,pergilah ke Lahad Datu Sabah.Saya dah lupa bila musim buah ini.Pokoknya banyak di Kg Tayawari dan kampung-kampung di tepi Sungai Segama,Lahad Datu.Apabila tiba musimnya, banyak dijual di tepi jalan. 6 biji sepuluh ringgit.Jalan-jalan di kampung orang dusun dan tanyalah mereka.Saya terkenang semasa tinggal di sana.Bukan saja banyak durian merah ni, tapi juga banyak udang galah yang besar-besar.Pemandangan di sana begitu cantik dan asli.Sekarang dah balik ke Perlis, banyak sawah padi je la.Durian Siam pulak yang banyak.

  7. Salam semua sekali.. sekarang ni aku tgh ada kat sandakan untuk buat tugas rasmi. buat pengetahuan korang, sekarang ni tengah musim durian merah, durian sukang dan berbagai jenis lagi durian hutan. belambak-lambak orang tengah jual kat tepi2 jalan dari K. Kinabalu sampai sandakan. Harga dia bergantung kepada penjual. kalo dia tengok korang semua cakap mcm org semenanjung, confirm kena ketuk sampai 25 rgt/kilo. tapi kalo bernasib baik dapat harga 5 rgt untuk 6 biji. setakat ni aku dah jumpa 4 jenis durian hutan ni. durian merah- memang macam merah saga isi dia. rasa dia agak kering. kalo orang perak cakap “kesin”. nak masuk dlm tekak tu rasa mcm tersangkut. isi dia tak manis sgt tapi rasa lemak. kawan aku yang datang sekali pun terkejut tgk warna dia. durian sukang – sebesar penumbuk orang dewasa. warna kuning isinya dan rasa manis berlemak. tapi isi dia sebesar ibu jari je. tak puas nak makan rasanya. sekilo dalam 6-10 rgt. boleh la kalo nak rasa. kemudian ada durian yang aku tak tau nama dia apa, tapi bulat besar bola baling (hand ball). warna isi agak kuning dan rasa manis serta berlemak yang seimbang. harga antara 5-7 rgt sekilo. yang ini puas la skt nak makan. yang terakhir aku tak tau jgk nama apa. tapi aku rasa durian tembaga. isi dia oren mcm warna tembaga. rasa dia berlemak yang tinggi. geli geleman rasa nak makan. tapi sedap gak. harga dia antara 8-10 rgt/kilo. kat sini kalo nak cari durian yang tak terkacuk dengan spesis lain lagi boleh la. patutnya ada la pihak yang terpikir nak kacukan duarian2 hutan ni dgn durian tempatan kita yang lain kan. pasal nak buat apa dgn durian hutan ni aku tak pasti lagi. tapi aku pnh tgk tempoyak warna merah dari durian merah ni la. tak payah campur cili pun dah nampak merah. kalo buat gulai tempoyak aku rasa mesti mantap punyalah. buah2 durian hutan ni aku tak pnh jumpa lagi kat semenanjung. itu lah pengalamn yang aku dpt kongsikan bersama. sebelum aku lupa aku nak bgtau satu petua kalo nak hlgkan bau durian kat tgn lepas makan. basuh tangan dibawah aliran air kulit durian (bahagian duri). InsyaAllah terus hilang. kumur pun boleh. tak ada la bini bising waktu tido malam. hehehehehe….. kejor yeop kejor!

  8. Nak cari durian ni di Sarawak dalam bulan August ~ Oktober. Di pasar Satok, Pasar Gambir … ada banyak .. boleh cari.

  9. Terima Kasih saudara Kamal dengan memberikan info yang terkini.. Boleh tahan juga harganya. mengalahkan durian klon D24. Syok la dapat makan durian kat sana.. Jangan lupa kengkawan di sini..

  10. Durian merah ni makan belum lagi tengok biasa juga kat tv.Durian sedap dimakan kalau tak dak kencing manis la..Bunga durian enak dimasak gulai lemak.Kalau terlebih makan durian jika panas badan mengikut petua minum air menggunakan kulit durian atau makan buah manggis.Kulit durian dikeringkan kemudian bakar dapat menghalau nyamuk, lendir biji durian kalau disapu dimuka boleh melembut dan mencerahkan kulit muka. Untuk buat asam tempoyak dahulu hanya durian busuk saje yang dibuat maklumla masa tu durian mahal. Ambil isi durian D24 campur sedikit gula,garam dan kacau hingga sebati simpan dalam bekas plastik hingga asam tempoyak itu mengembang serta melepaskan gas durian kemudian baru diisi kedalam botol dan simpan dalam peti ais. Macam mana pula kalau anda tidak mampu beli durian D24 untuk buat tempoyak? Senang je campur sedikit serbuk kunyit dan kacau hasilnya tempoyak anda akan nampak menarik dan berkhasiat.Selamat mencuba.

  11. Saya sdg membenih durian merah (sgt merah krimsom) yg dipanggil dalit atau ralit di Sabah dan juga durian orange atau kekuningan berduri panjang yg dipanggil sukang. Dalit rasanya amat lemak dan ada exotic taste sdgkan ukang rasanya bgi saya biasa saja cuma agak kurang berlemak dari durian biasa. tk. Saya memang orang Dusun dari Sabah.. saya jug menanam dan membekal benih gaharu jenis aquilaria malacensis.
    Kiriman Emai: Kanul
    kanul66@gmail.com

  12. sy bkn brasal dr sbh/srwk…tp skang kat sbh…durian sabah nie kecik2 je yg sy pnh mkn mcm org2 sbh je buahnya kcik2… tp bleh r tahan rasanye tp isi nya bg sy la xbpe best mcm durian kat semenanjung la…..ntah ade satu jns buah durian tu best isi nya kcik2 manis tp xpasti nama durian tu….tu je dpt sy kongsi…..
    Kiriman Email: shuemiemh @ yahoo.com.my

  13. Saya pernah tinggal 3 tahun di sabah dan durian merah ini amat terkenal di sana.Kulit nya walaupun tajam tapi lembut tidak keras seperti durian yg lain ,isi berwarna merah dan manis.Boleh di dapati di antara dearah
    tuaran hingga kota belut.Tidak banyak yang saya tahu akan kegunaanya selain di makan begitu saja.

    Kiriman Email : AzariA

  14. Kami di Sabah terutama di bahagian Sandakan, Lahad Datu lebih suka durian merah. Ia boleh di masak samada tanpa minyak atau dengan sedikit sahaja minyak campur sedikit garam kemudian dimasukkan ke dalam botol dan disimpan untuk tahan lama. ia akan jadi masam sedikit dan berasa lemak dimakan dengan nasi panas sebagai perisa.

    kalau yang segar boleh juga dimakan dengan nasi campur dengan garam

  15. Sebenarnya durian sukang ni bukan lah durian hutan sbb di sabah ianya ditanam oleh org kampung dan bisa dimakan walaupun tak seberapa sedap d bandingkan dgn durian D24. Ianya tak semudah ditanam kerana jangka nya yg panjang baru bisa berbuah. tetapi rasa dan keharuman nya sangat unik. Sukang ni berduri besar dan bulat bentuknya. Isinya kuning kalau dimakan rasanya berlemak. Sewaktu buahnya masih kecil harumannya sudah bisa terhidu. Saya ada tanam 5 pokok dan hanya sepokok saja yang masih hidup dan sekarang sedang berbuah sebesar buah rambutan. ( belum cukup besar lagi ) Durian merah pula bukan lah digalakkan utk dimakan begitu saja, ianya sesuai di buat tempoyak dan rasa nya lebih enak darpada tempoyak durian yg dibuat disemenanjung yg pernah dibawa oleh anak saya yg masih menuntut di UUM sintok. Dulu sebelum saya berkahwin dengan org Kinabatangan , saya juga tidak suka makan tempoyak durian merah ni tetapi hari ini dan seterusnya saya tidak akan menafikan keenakkan nya. Bukan iklan tetapi kenyataan. Sekiranya anda nak mengetahui lebih lanjut tentang buah durian sukang atau durian merah ini. Kiriman Email: hairumshah_07@ymail.com

  16. assalamualaikum,dan salam bahagia,
    saya berasal dari sabah ,ttg buah durian sabah ni,durian merah ke semua 2 sama ja,cuma saiz buahnya yang kecil n warna isinya yang berbeza rasany pula manis n campur rasa kelat sedikit..mcm d sabah ni,klu smpi musim buah durian,anda pasti akan jumpa isi buah durian yang dimasak mcm cekodok,yang ni biasa di jumpai dlam daerah sipitang sabah…durian yang lain 2 xda bezanya dgn tpt anda…cuma di cni buah durian agak mahal..mcm d tpt saya ( kota belud),harga durian mencecah rm 4.00 sekilo…terima kasih.

  17. ASSALAMMUALAIKUM…

    SAYA PERNAH TINGGAL DI KOTA KINABALU SELAMA 7 THN…PENGALAMAN SAYA KT SANA PERNAH GAK LA MKN BUAH DURIAN…DURIAN TAHI GAJAH. BUAH TU KECIK JE BERBANDING BUAH DURIAN YG BIASA… ISI MMG SEDAP, MANIS . BERLEMAK…TP JGN MKN BYK2…BOLEH PENINGKAN KEPALA….HARGANYA X LA MAHAL SGT…TP DURIAN BIASA MMG MAHAL SBBNYA BUAH DURIAN NI DTG DR JAUH. DR SIPITANG DAN LAIN2 TMPT….ITU JE SY BOLEH SHARE…YG LAIN2 XTAU N TAK PASTI SGT…

  18. saya pernah lihat gambar durian yg berbuah dibatang sahaja; dari pangkal hingga kedahan. Buahnya ada yg memjijak tanah dan terpaksa dikurung dgn jaring supaya babi tidak memakannya. Tapi saya tidak tahu dimanakah atau apa namanya buah durian tersebut. Kalau sesiapa ada more info pasal durian ini, sila publish kat sini.

  19. Macam “ada udang di balik batu” ada juga jenis durian isi merah di semenanjung juga. Hampir semua jenis yang dipangil Isu (Iban) di Sarawak ada juga di semenanjung tetapi sekarang cuma orang asli yang kenal mereka.
    Jenis-jenis durio ini di semenanjung hampir putus. Sebab hubungan di antara suku orang asli dan orang Melayu kurang lancar (salah orang Melayu yang sampai sekarang pangil orang asli bodoh) orang asli tidak membagi informasi lagi. Saya seringkali masuk hutan semenanjung dengan orang asli (orang Melayu tidak diterima) kami kadang kadang dapat durian yang isinya merah, macam darah.

    Sekarang wilaya Malaysia dipangil “tanah Melayu” itu salah sebab orang Melayu adalah pendatang baru.Orang asli sudah hidup sini selama 50.000 tahun.
    Kalau saya masuk huta dengan orang Melayu, saya mungkin dapat 3 buah jenis baru. Kalau saya masuk hutan yang sama dengan orang asli saya boleh dapat 50 lebih. Jadi siapa yang bodoh?

    Maaf, tetapi yang benar adalah benar.

    Frank

  20. Terima kasih Saudara Fazli,

    Anda memang punya pikiran yang terbuka, saya menghormati orang macam itu.
    Menurut pendapat saya kalau orang asli yang memang kenal alam sekitar semenanjung Malaysia dan orang Melayu yang lebih maju di bidang teknologi boleh saling membantu, saling menghormati, semua pihak untung, boleh maju bersama. Banyak tumbuhan di hutan rimba ada khasiat yang memang manfaat untuk manusia. Orang asli cuma yang dapat pengetahauan tentang tumbuhan itu.

    Terimah Kasih,

    Frank

  21. Sdr mahadi,

    Kalau tak silap saya, durian tu dinamakan durian rimau, kononnya harimau suka makan durian tu sebab ia rendah buahnya.

    seingat saya ada buku berkenaan dgn verieti durian jenis nie.

  22. Dalam gambar tu, ada durian isu,nyekak selain durian umot yang masih banyak terdapat di kawasan tengah Sarawak. Masa musinnya memang banyak dijual oleh orang iban di pasar.
    Datanglah ke Sarikei di hujung tahun kerana masa tulah biasanya buah-buahan hutan ni masak dan dijual di pasaran.

  23. Kalau di daerah kelahiran saya (Daerah Kuala Penyu, Sabah). Durian ini lebih dikenali sebagai durian kampung. Durian kampung bermaksud pokok durian yg bukan ditanam oleh manusia, tetapi ianya tumbuh secara semula jadi di dalam hutan atau berhampiran rumah. Durian jenis ini adalah buah yg bermusim. Ada juga memanggil sebagai durian merah atau durian kuning berdasarkan warna ulas buah durian tersebut. Dalam bahasa tempatan (suku Tatana) kami memanggil buah durian ini sebagai “dalit” atau “lalit”. Selain dimakan terus (apabila masak) durian jenis ini biasanya dibuat bubur durian (dibuat bubur seperti bubur kacang hijau).

  24. Hi Kengkawan,

    Nak tanya sikit. Di semenanjung takde ke?
    Saye tgh mengidam nak makan buah durian isi merah nih. Seumur hidup ni saye tak pernah makan lagi . Kat mana lah nak cari.

  25. Kengkawan,

    Kalau sesape tahu kat semenanjung ni, mane ade jual buah nih , sila kasi tahu lah..Teringin sesangat nihhhhh..

  26. durian ni memang sedap, rasanya lemak-lemak.kena tumis dulu dengan sedikit minyak dan garam,lepas tu makan dengan nasi panas-panas……mmmmm…. sedap.tak payah makan lauk lain.kalau datang sabah terutama di kawasan kinabatangan,time musim durian nih,cubalah.garenti tak boleh lupa punya

  27. Originally Posted By mahadisaya pernah lihat gambar durian yg berbuah dibatang sahaja; dari pangkal hingga kedahan. Buahnya ada yg memjijak tanah dan terpaksa dikurung dgn jaring supaya babi tidak memakannya. Tapi saya tidak tahu dimanakah atau apa namanya buah durian tersebut. Kalau sesiapa ada more info pasal durian ini, sila publish kat sini.

    @mahadi

    Itu nama nya durian kura-kura, google cari image.

  28. Di Sarawak boleh diberikan 3 nama utama jenis buah macam durian. Durian, nyekat dan isu.

    Gambar di atas adalah nyekak. Nyekak kuning, nyekak burak dan nyekat mirah. Ia dinamaka ikut buah nya. Bau mereka kat sama. Duri nya macam durian tapi lembut dari duri durian. Pohon nyekak tak tinggi tak macam durian dan isu. Isi nya agak melekatkat dilah. Biji buah nya selalu hitam. Buah bermawa hijau bila muda tan jadi kuning bila masak.

    Isu buahan macam durian. Ia juga banyak jenis. Bulu nya lebat dan tajam. Buah kecil. Isu sering dijumpai di hutan tanah tinggi dan berbukit. Durian sering kita lihat, makan dan tanam. Banyak jenis dan berneka bentuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam