Asam Kelubi

asam-kelubi

Asam Kelubi atau juga dikenali dengan Asam Paya terkenal dikalangan orang Melayu kerana buahnya yang masam. Bagi yang pertama kali melihatnya sudah tentu menyangka buah salak. Kebiasaannya buah kelubi dijadikan jeruk dan air jeruk ini boleh dijadikan cuka. Daripada rujukan, buah kelubi juga boleh dijadikan sambal kelubi dan dicicah bersama ulam-ulaman. Bagi yang tidak mengenali pokoknya, pokok kelubi sejenis palma yang seakan pokok nipah dan banyak didapati di kawasan berpaya. Setahu saya, pokok ini memang jarang ditanam kerana ianya tumbuh liar di kawasan berpaya.

Bagi yang biasa melihat atau pernah makan buah ini, harap berkongsikan pengalaman anda di sini. Mungkin ada rahsia lain yang orang tidak tahu tentang buah ini.

Number of View :22434

69 comments

  1. salam…
    masa kecik dulu biasa le makan..bebudak le kata kan…masammmm pun sodap..tapi la ni pokok pun dh x de..payah nak dapat..elok le kalau ade individu yg berminat nk menanam..x le pupus spesis tu..

  2. ketika zaman kanak2 saya selalu makan buah nie, pokoknya tumbuh rimbun dikawasan paya rasanya kelat ketika masih mentah, bila dah masak manis rasanya…

  3. hati-hati dengan jeruk dari negara luar..penggunaan ibu gula yang merbahaya…boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang..selain kelubi, jeruk salak juga diproses menggunakan campuran ibu gula…sebagai contoh jeruk salak yang dibuat mengikut kaedah kampung tidak dapat tahan lama .Setelah 4 ari..buih2 mula keluar..isi lembik n x segah…tak percaya cubelah..x leh dibandingkan dengan ketahanan jeruk luar ni..bahaya n bahaya….

  4. Asam kelubi dipanggil asam paya di sarawak. Memang popular untuk pelbagaian masakan. Nampaknya di Semenajung banyak untuk jeruk. Tapi di sarawak digunakan untuk ikan masak asam (tak ditumis), manisan seperti buah kedondong, umai ikan, ubat traditional, cuci tangan dan badan.

    Ia berbuah ikut musim. Jadi masa musim, orang kampong mengambil buahnya dan disalai supaya dapat disimpan lebih lama (bertahun-tahun) untuk segala ingredient masakan traditional.

    Dulu senang nak dapatkan asam paya tapi sekarang susah disebabkan kawasan paya dah dimusnah. Harganya pun mahal mencecah RM5/kg. Lambat laun pupus jika tidak ditanam secara komersil.

  5. Saya tak elok jika berlebihan…masam boleh menaikan mereka yg ada darah tinggi…

    Rasanya tak la sedap tapi untk nyogel sikit 2 boleh kot.

  6. kenal sangat dengan buah nie dulu … selalu ada orang kampong bawa balik kalau masuk rimba cari akar kayu… lepas tu makcik-makcik akan kopek buat jeruk secara tradisional tak guna gula siam atau pengawet rasanya ..fuh sedap gila .. sekarang kalau nak makan yang macam tu bila balik kampong selalu ajak suami ke simpang empat jalan ke Baling untuk dapatkan jeruk kelubi yang orang kampong buat… tapi adagak kedai yang tipu jual yang siam mari… tapi kita boleh kenal .. rasanya lain…sedap.

  7. Tengok je buah ni terus meleleh air liur bukan pasal sedap sangat tapi kemasamannya cukup terasa hingga berkeriut muka dibuatnya. Bagi orang yang mengidam tiada masalah. Saya pernah lihat adik saya mengidam buah kelubi dapat saja terus kupas masuk mulut dengan selamba je tanpa rasa masam. Lepas saje bersalin bila kita sua buah kelubi terus dia kata masam piang hehehe… Bercakap tentang jeruk kalau sapa nak rasa jeruk sedap dan murah sila berkunjung ke Pulau Pinang berhampiran Supermarket Maidin. Jeruk campuran siap dibungkus satu peket RM 5.00 kalau jeruk campur timbang 1 kilo RM 6.00 ( tuan kedai yang campur sendiri tapi kalau kita yang pilih jeruk campuran tu boleh mencecah 1 kilo RM 12.00 )

  8. Rasanya blog ini kekurangan pakar botani/tradisional yang boleh bantu terangkan lebih terperinci fungsi/khasiat sesuatu. Sesiapa yang ada kenalan tersebut, boleh bantu kita semua. Tak gitu?

  9. Walaupun ulasan kawan-kawan tidak dianggap pakar tapi sekurang-kurangnya depa semua ada pandangan masing-masing. Lain la macam En. Zaini pakar komplen. Tak gitu ?

  10. Buah kelubi selain daripada dibuat jeruk, sambal juga mempunyai khasiat yang besar iaitu untuk mengubati penyakit jantong. Bahan-Bahannya ialah a. Buah kelubi 3 biji b. Tawas. Caranya ialah ambil tawas sebesar ibu jari ditumbuk halus dan dicampur hirisan buah kelubi ditumbuk lagi kemudian ambil airnya campuran itu dan sapukan dibahagian dada ( kawasan jantong ) dibiarkan hingga kering dan ulangi setiap hari. Insya Allah jika di izinkan penyakit serangan jantong akan berkurangan.

  11. salam semua, saya pernah makan asam kelubi ni semasa kecik-kecik dulu. buah ni dibuat jeruk samada jeruk dengan ibu gula biasa atau jeruk pedas, wow best masa kanak-kanak makan jeruk memang best, tapi sekarang dah terasa masamnya, buah kelubi tak sesuai dimakan begitu sahaja kerana terlalu masam tetapi masih ada rasa kelat-kelat sikit kalau buahnya belum cukup tua.

  12. salam…buah ni kecik2 ke???rase mcm pnah mkn la…kat Kundasang…sgt2 masam..tp xtau la yg sy mkn tu asam kelubi ke x..men blsh je mkn…hehehe

  13. Aaya pernah makan buah ini, rasanya agak asam dan manis, mirip seperti buah salak yang agak sepat jika mau ditelan. tanaman ini tumbuh di daerah rawa/paya dan bisa di jumpai di daerah Aceh singkil.
    terimakasih.

  14. salam…ada ada pergi ke tanah merah kelantan bln disember 2010. buah kelubi byk dijual dipasar tanah merah. ada yg mentah dan ada yg sdh dibuat jeruk. rasanya masam2 sedap. buah2nya memang sdh lama dijual di semenanjung malaysia.

    pokok kelubi adalah pokok hutan, byk tumbuh dihutan terutama dikelantan n sekitar sempadan siam/malaysia. pokoknya memang terdapat d semenanjung malaysia, tapi nilai komersialnya masih tidak diberi perhatian.

  15. Salam , Buah kelubi ada khasiat untuk mengubati jantung dan memecahkan lemak didalam salur darah kita . Caranya ialah dengan mengamalkan 5 biji buah kelubi satu hari . Diambil isinya dan dicampurkan sedikit air dan diblend kemudian minum sehingga habis. amalkan insyaallah sembuh penyakit jantung anda. Hanya buah yang belum dibuat jeruk yang digunakan.

  16. Assalamualaikum…
    sy pun suka jgk mkn buah ni…sama ada jeruk @ x…
    klu yg xdijeruk tu…hiris kecik2…pastu cmpur ngn cuka, gula, belacan & cili pdi…msuk dlm peti sejuk..dh sejuk baru mkn…..sedapnyaaaaaaa….

  17. sejak kecik sampai 50-an sekarang, saya suka makan kelubi dengan budu. maklumlah saya ni kelantan totok. caranya, buah kelubi dikupas kulit sisiknya itu kemudian isinya itu dihiris hingga tinggal bijinya. isi dan bijinya itu dibubuh dalam mangkuk. terserah pada selera berapa biji hendak dihiris. orang kelantan panggil satu tangkai besar kelubi itu tandan dan satu tangkai kecil (beberapa belas biji) itu tikil. biasanya saya hiris satu tikil. kemudian tuang budu secukup rasa, tambah gula secukup rasa, dan jika mahu pedas, tambah cili. gaul rata dan nikmatilah. boleh juga dipetisejukkan. terasa clear tekak dan perut dan cerah mata.

  18. salam. kami di sarawak panggil asam paya. Ada banyak jenis tapi semuanya rasa masam yang teramat sangat. Masa kecik2 sy selalu ikut bapa ambik buah asam paya ini di hutan tidak jauh dari tempat kami berhuma padi. Kalau dapat banyak kami kopek dan salai atas para untuk dijadikan asam kering. Gunanya ialah untuk masak ikan. Rasanya memang sedap kalau pakai masak ikan baung sungai. Buah yang masak ranum enak dimakan tumbuk cili, belacan, ikan bilis. Ada juga dibuat jeruk manis. Sekarang ramai generasi baru tidak mengenali buah nadir seperti ini apatah lagi untuk bercerita mengenainya….

  19. salam. saya dari jakarta, saya baru tau ada buah kelubi, saya baru tau jenis buah ini karena kebetulan saya dekat dengan orang asli Bangka, rata-rata yang suka mengkonsumsi buah ini ialah orang orang Bangka.. buah kelubi ini bisa di jadikan asinan loh 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam