Kimcam

sayur-kimcam

Mendengar nama Kimcam sudah tentu amat pelik bagi sesetengah orang. Walaupun penulis biasa melihat ia banyak dijual di Cameron Highland, namun cerita sebenar tumbuhan ini memang kurang diketahui. Penulis sendiri pun hanya mengenali tumbuhan ini setelah mengunjungi Hari Ladang di Perak pada hujung tahun yang lalu.

sayur-kimcam2

Kimcam atau nama saintifiknya Hemerocallis flava ( day lily) dipercayai kaya dengan kandungan protein, lemak, kalsium, besi dan vitamin B1. Semua ini adalah zat yang diperlukan untuk metabolisme otak sehingga ia digelar dengan istilah “sayur penguat otak“.

sayur-kimcam3

Bahagian tumbuhan yang dimakan ialah kudup bunga yang masih belum berkembang. Kebiasaanya, kudup bunga dikeringkan dan dimasukkan ke dalam ramuan sup. Kudup bunga yang segar juga boleh digoreng dan dimasak tumis.

kimcham3

Bagi yang ingin cuba menikmati kudup bunga kimcam ni, anda boleh cuba dapatkan di pasaraya besar seperti di  TESCO atau lain-lain pasaraya seangkatan dengannya.

kimcham2

Jika anda ada sesuatu untuk dikongsikan mengenai tumbuhan ini, silalah coretkan diruangan komen.

kimcham

Number of View :11946

4 comments

  1. saya selalu makan yang kering jerr…buat sup dengan puchuk tauhu…memang bessssssstt…yumm..yumm..

  2. Tumbuhan ni hidup subur di kawasan tanah tinggi yang sejuk. Keluarga angkat saya di Kundasang Sabah tanam pokok Kim Cham sebagai tanaman hiasan di keliling rumah. Bila berbunga banyak, ambil kudup bunga untuk di masak sup sayur. sedap dan segar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam