Pokok Lengkuas


Pokok Lengkuas atau nama saintifiknya Alpinia galanga tergolong dalam famili Zingiberaceae. Lengkuas merupakan sejenis tumbuhan perennial iaitu mempunyai jangkahayat yang panjang. Lengkuas tumbuh secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Daunnya  berwarna hijau, bentuk memanjang dan runcing di hujung daun.

Rizomnya yang tebal tumbuh secara menjalar dan berumpun. Pokok lengkuas boleh ditanam dengan mudah iaitu dengan menanam keratan rizomnya (ubi). Lengkuas menghasilkan rizom berwarna merah jambu air dan kuning pucat serta mempunyai rasa pedas. Rizom yang semakin tua akan menjadi berserat dan keras serta mengeluarkan bau harum yang kuat. Rizomnya itu sering digunakan sebagai bahan utama penyedap rasa dalam beberapa masakan daging dan ayam seperti rendang, serunding dan lain-lain masakan.

Pokok lengkuas sangat sesuai ditanam di kawasan yang terdedah kepada banyak cahaya matahari.  Medium tanamannya perlulah sentiasa lembap agar pertumbuhannya lebih subur.  Elakkan air bertakung dalam medium tanamannya bagi mengelakkkan pereputan rizomnya dan akhirnya mengakibatkan pokok tersebut mati.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

 

Number of View :7407

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam