March 19, 2024

sekentut
Membaca atau mendengar nama pokok Sekentut sudah tentu agak melucukan ataupun mungkin juga meloyakan. Tetapi sememangnya itulah nama herba berkenaan. Namanya sekali gus memberi bayangan tentang sifat-sifatnya.

Pokok dengan nama saintifiknya Paederia foetida dari keluarga Rubiaceae itu mengeluarkan bau kurang menyenangkan apabila disentuh atau ditiup angin. Ia merupakan pokok menjalar dengan daun panjang melonjong. Selalunya ia memanjat dan melilit di pagar atau pokok lain.

Walaupun baunya kurang menyenangkan namun ramai yang meminati daunnya untuk dijadikan ramuan dalam masakan. Bagi masyarakat Peranakan Baba Melaka, daun sekentut dijadikan ramuan untuk nasi ulam selain daun mengkudu, kaduk, pagaga dan ulam raja.

sekentut2

Dalam perubatan tradisional, daun sekentut juga digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi.Caranya ialah dengan menumbuk halus daun sekentut lalu diperah untuk mendapatkan airnya.Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang dijangkiti gatal-gatal atau bintik merah berkenaan.

Selain itu, daun sekentut juga dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban walaupun pada usia muda.Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum direndam dengan air panas.Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di kepala dan dibiarkan kering.

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, daun sekentut mujarab untuk membuang angin. Selain itu, kata beliau, ia juga boleh membantu mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi.
Beberapa helai (sekurang-kurangnya lima helai) daun sekentut dibersihkan terlebih dahulu dan kemudiannya direbus.

“Apabila air rebusan sudah menggelegak selama beberapa minit, alihkan air tersebut ke bekas lain.Selepas ia menjadi suam atau sejuk, minum air rebusan berkenaan dua kali sehari atau mengikut keserasian.Untuk mereka yang kerap menghadapi masalah angin termasuk angin seluruh badan, kaedah itu boleh diamalkan.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :36076

9 thoughts on “Pokok Sekentut

  1. memang namanya dengarpun loya..tapi khasiatnya cukup banyak…terutama bagi org yang berpenyakit angin dalam badan….pucuknya sedap kalau dibuat ulam…

  2. walaupun busuk, tapi memang sedap buat ulam… kalau nak buat nasi ulam, xde daun sekentut xde ummppph…tanyalah orang utara…bulan posa wajib ade daun ni

  3. dah lama saya cari daun sekentut kat sarawak ni.. nk buat nasik ulam(stail kedah) hmm…

  4. kalau kat kg saya (kedah) mmg banyak tumbuh liar kat tepi pagar..best jugak buat ulam, saya penah cuba

  5. mengarut ja hampa ni.mana ada busuk sgt pun.bau dia lbh krg petai je pun.sodap sgt mkn buat ulam cicah dgn sambal blacan.slurrppp

  6. Nama lainnya daun kesimbok…..kan enak didengar!
    Org K Pilah bori nama.
    Daun ini sangat bermakna jika dapat dijadikan bahan membau sambal daun kayu di K. Pilah, N.S
    Daun ini terdapat tiga jenis dan rupa berbeza, gambar diberi daun mcm kangkung dan batang menjalar. Saya ada menanam jenis menjalar tetapi daunnya sedikit bulat dan satu lagi berbatang renek .
    Kpd En Fazli, cuba dapatkan gambar jenis renek berbatang tegak, TK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam