February 11, 2025

keladi-telur

Bila sebut tentang keladi, mungkin ramai yang biasa makan. Terutamanya ubi keladi goreng. Namun, tahukah anda keladi jenis apa yang anda makan? Sebenarnya saya sendiri kurang arif tentang keladi. Kalau mengikut rujukan, ubi keladi ini ada banyak.

Antaranya ialah keladi minyak, keladi sayur, keladi cina, keladi pinang dan pelbagai jenis lagi yang saya sendiri pun tidak biasa dengar. Keladi telur seperti gambar di atas ini setahu saya jarang dijumpai ditanam secara komersil. Memang jarang dijumpai atau dijual di kedai. Di tempat anda mungkin banyak dijual agaknya..

Diharap anda dapat berkongsi maklumat mengenai ubi keladi ini sekiranya anda ada menanamnya atau biasa menggunakan keladi ini di dalam masakan…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :43596

13 thoughts on “Keladi Telur

  1. Salam Ramadhan…
    Orang di tempat saya menamakan keladi ini keladi Sarawak… Kenapa namanya begitu mungkin ia berasal dari dari Sarawak agaknya. Biasanya ia dimasak air, lemak, atau hanya direbus atau digoreng sahaja. Ia juga boleh dibuat kerepek. Biasanya ia tidak banyak dihasilkan / jual pada satu-satu masa, tetapi mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli.

  2. Keladi telur ni sedap jika dimasak bersama batang keladi dalam masakan asam pedas terutamanya….Bertambah-tambah sedap jika dimasukkan ikan puyu….

  3. Assalamualaikum…

    Hmm..bila tengok sume2 hasil bumi kat sini, teringat kat arwah nenek. Kami dulu memang aktif bkebun. Ubi yang ditanam pun banyak jenis, sampai dah lupa nama. Ubi telur ni, selalu musim2 ujan, best layan… sambil2 menikmati kesejukan hujan, kitorng kumpul ramai2 makan ubi rebus ni ngn air kopi panas. Fuhh…terangkat…

    1 lagi ubi yang x ditanam tapi tumbuh meliar, kami panggil ubi gado-gado. Tak perasan pulak kat sini dah ditulis ke blum mngenai’n. Ubi gado2 ni, kena rendam dalam air mengalir selama sebulan, kalo x, bahaya sebab de racun. Selalu’n musim bah juga lah paling seronok layan. Bila dah rebus, hiris nipis2, makan cicah kelapa parut. Tapi sekranang…sume tu dah tinggal kenangan…Sob…Sob…Sob…

  4. Saya juga menanam banyak jenis keladi yang biasa ada di serikin sarawak dan dibeli secara borong oleh tauke tauke sayur di sana. Apa nama keladi jenis ini di sarawak?

  5. Kalau kat kpg saya (sri aman) sarawak, kami slalu rebus je kladi ni cicah dgn nyiur n gula apong (gula nipah)..utk minum ptg bsama air teh o or kopi o..hmm..bestnye.tapi kalu da lebih, bleh la dipotong bulat2, wt masak tumis pedas cmpur blacan o d buat masak lemak pekat cmpur cili padi…fuh..sadapnye..trus tringat dgn masakan arwah nenek

  6. as,kum saya pernah menanam keladi telur nama lainya keladi minyak dan batangnya boleh dimakan,isinya lemak, dipanggil juga keladi sayur,dgn syarat jgn kena air,jadi gatal.kecil seperti telur kerana masa tanam main pacak je,tak buat lubang.keladi ini boleh besar lagi kalau kena caranya.2-3 kilo atau lebih.adapun keladi cina batangnya kemerah2an,tak boleh makan.isinya sahaja boleh .kalau main cucuk je payah nak besar,

  7. kecil kecil dulu ada buat sikit ‘research’ dengan emak.

    ada keladi nama keladi tantampok (sebab ada tanda ditengah tengah daun.Ada keladi minyak, keladi telur, keladi cina (sekarang sedang tanam, 3 batang je,)
    rekod dari emak dah tak simpan dah-entah ke mana.

    Lain lain keladi banyak dah pupus kot, masa kecil kecil dulu tak ada kamera utk rekod rupa keladi yang dah pupus.

  8. isinya empuk, rasanya sedap serta aromanya yg unik. Masa merebusnya beri sedikit garam bagi menambah rasa lemaknya. Spt kata fiza cicah dgn gula apong mmg sedap. Ada juga dimasak bubur…lg sedap.

  9. assalamualaikum,
    Saya ada benih keladi serawak, dan benih keladi cina. Sesiapa yg nak buat projek tanaman keladi bolehlah dptkan benih drp saya dengan Harga RM0.50. tel saya 013-3478535 atau e.mail mazlam808@gmail.com.

  10. Bagi masyarakat keturunan jawa khususnya yang tinggal di daerah muar dan batu pahat, johor, pokok keladi ini juga dikenali dengan nama keladi selatah. Pokok keladi ini sesuai ditanam dikawasan tanah gambut yang terlebih dahulu diperun dan dibiarkan beberapa minggu sebelum kerja penanaman dijalankan. Penanaman menggunakan umbisinya atau anak yang tumbuh daripada pokok induk

  11. Keladi telur ni ada 2 jenis. Yang batang nya hijau dan yang purple. Yang purple lagi sedap dan empuk. Saya suka buat pegedil keladi telur. Bahan bahan nya sama sahaja cuma kentang diganti dengan keladi telur. Rasanya lagi sedap dari pegedil kentang kerana ianya lebih empuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam