March 19, 2024

kesusu

Semasa saya mula-mula sampai di Taman Pertanian Sabah, buah yang menarik pandangan mata saya ialah buah Kesusu. Nak tahu kenapa?

Buah Kesusu atau nama saintifiknya Prainea limpato merupakan sejenis buah yang saya anggap ganas unik kerana mempunyai rupa bentuk yang tidak seperti buah-buahan yang lain. Buah ini  dikatakan berasal dari Borneo, namun menurut rujukan ia juga dipercayai terdapat di Semenanjung Malaysia. Selain nama kesusu, nama lain yang digunakan ialah seperti Buruni, Ematak, dan Karon.

kesusu2

Gambar di atas merupakan peringkat di mana buah yang masih putik memenuhi setiap ranting pokok. Benjolan akan mula keluar sedikit demi sedikit pada buah yang putik sehingga lengkap sepenuhnya menyerupai buah sebenar.

kesusu3

Buah yang telah masak akan bertukar warna oren hijauan. Cara nak makan buah ini ialah dengan memulas benjol tersebut dan terus masuk ke dalam rongga mulut. Lidah anda akan merasai sedikit masam dan kadangkala sedikit manis.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

Number of View :63224

69 thoughts on “Buah Kesusu

  1. pernah makan buah ni time kecil2 dlu. memang rasanya masam2 manis. dalamnya merah, ada biji2 jga. pokoknya besar….mcm pokok durian. tapi x tau la skrg mgkn jabatan pertanian dah buat hybrid yg pokoknya kecil

  2. Di Malaysia saya suda jumpa 3 jenis lain.
    Satu yang ada di halaman ini.
    Kedua yang ujung buahnya tidak tajam.
    Ketiga yang punya tangkai memang panjang.

    Kalau mau tengok gambar ada di site saya di bawah Sample Photos by Genera/Prainea

    Frank

  3. Memang benar.. di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ada terdapat satu spesis yang lain.. Tak sama macam spesis di gambar ini..

  4. Masyaallah,hebatnya ciptaan Allah.Kalau tak tahu memang hanya dipandang sedangkan buahnya boleh dimakan.Saya ambil petua dariblog ini ini kalau semut atau burung makan maka kita boleh makan buah tersebut walapun tak pernah dilihat.

  5. Kepada penerbit; saya ada dua jenis buah bagaiman untuk dipubliskan ke laman ini ,
    1. Buah lonan
    2. buah none

  6. Rupa cam buah lempato tapi cam lain sikit. Tak penah lak dengar org makan buah lempato masak. Mesti masam kot.

  7. @aziz basrom

    ye,masa saya kecik dulu pun ayah biasa bawa buah ni balek bila dia menjala ikan..buah ni banyak terdapat di tepi sungai..memang sedap yg muda bila dicampur ikan sungai masak lemak cili api..selero orang ns lahkan..saya ade beli di pasar tani kuala pilah..sekarang ayah tak de..semua dlm kenangan.buah lempato longat ns..ikut baso saintifik ns…

  8. ye,masa saya kecik dulu pun ayah biasa bawa buah ni balek bila dia menjala ikan..buah ni banyak terdapat di tepi sungai..memang sedap yg muda bila dicampur ikan sungai masak lemak cili api..selero orang ns lahkan..saya ade beli di pasar tani kuala pilah..sekarang ayah tak de..semua dlm kenangan.buah lempato longat ns..ikut baso saintifik ns…

  9. sya pernah nmpk buah ni…sebelah rmh saja…tp oleh kerana poko tu suda tu…terpaksa di tebang…time ia masih hijau masi boleh makan juga…sedap…tp susah dah nak cari buah ni…huhuuhuu..sya dari sabah…

  10. hehehe…. ayat mai memang btol skali…. org negori mcm den ni panggil buah ni…. buah “lemato” . skali tengok tangkai & buah dia macam kudup & tangkai petai…. msak lomak cili api mmg mantap campur buah ni … lamo x menghaso buah ni…. kek pasa tani pilah dulu ado jual.

  11. masa kecik2 dulu mak sy pernah masak sayur ni buek gulai masak lomak cili api. susah nak jumpa area kuala pilah. zaman2 dulu ada la dpt makan.sekarang susah nak jumpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam