March 19, 2024

belimbing-hutan

Belimbing hutan atau nama saintifiknya Baccaurea angulata dipercayai banyak terdapat di Borneo. Ada juga yang menggelarkannya dengan nama Uchong dan ada yang menyebutnya sebagai Tampoi Belimbing. Di Semenanjung, ia memang ada ditanam di SPK Hulu Paka Terengganu sebagai simpanan sumber genetik. Saya tidak pasti samada di bahagian lain Semenanjung ada di tanam pokok ini ataupun tidak.

belimbing-hutan3

Kalau mengikut rujukan, buah belimbing hutan ini sama juga seperti buah tampoi yang mengeluarkan buah di batang atau di dahan utama. Pokoknya pula boleh membesar sehingga ketinggian 8 meter. Memang dikatakan buah ini ada banyak dijual di Sabah/Sarawak. Saya pernah rasa buah ini sekali. Buahnya rasa masam-masam manis..

belimbing-hutan2

Kegunaan lain buah ini saya tidak pasti. Mungkin ia juga ada digunakan dalam masakan seperti buah belimbing buluh. Jika anda pernah melihat atau merasai buah ini diharaplah kongsikan sedikit pengalaman anda…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :60200

53 thoughts on “Belimbing Hutan

  1. Buah ni isinya macam isi buah rambai..rasanya pun hampir sama dgn buah rambai…
    Buah ni di makan begitu sahaja.. bukan macam belimbing buluh yg dimakan dlm masakan.

  2. Di Sarawak buah ini dikenali sebagai Buah Ucong. Rasanya masam-masam manis seakan-akan rasa buah tampoi. Hebatnya pokok ini apabila berbuah, lebatnya bukan alang kepalang. Buahnya menutupi seluruh batang hingga ke dahannya menjadikan pokok ucong ini kelihatan merah menyala dari jauh. Buah ucong ini adalah termasuk buah-buahan nadir. Pokok ucong akan berbuah di penghujung musim buah sama seperti cempedak. Buah ucong yang masak selalu dijual di pasar-pasar tani di seluruh Sarawak kalau tiba musimnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam