March 19, 2024

Pokok Hoya atau nama saintifiknya Hoya spp tergolong dalam famili Apocynaceae. Pokok yang tumbuh secara menjalar ini adalah antara tanaman tropika eksotik popular di Eropah seawal tahun 1800-an lagi. Menurut sumber, Hoya Carnosa dipercayai antara spesies paling awal ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Pokok yang semakin popular di tanam ini mempunyai bunga dan rupa bentuk yang unik dan menarik. Kepelbagaian rupa bentuk bunga hoya semakin bertambah dengan kehadiran pelbagai hibrid dan kacukan bagi memenuhi permintaan yang kian bertambah. Sehingga kini dikatakan terdapat lebih 200 spesies Hoya telah dikenal pasti di seluruh dunia.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Di Floria Putrajaya tahun 2018 yang lalu, terdapat peniaga yang telah menjual benih pokok hoya pelbagai jenis dengan harga yang sederhana mahal tapi masih lagi berbaloi untuk dibeli.

Pokok Hoya sangat mudah dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang berbanding dengan semaian biji benih. Keratan batang yang mengandungi sehelai daun boleh ditanam di dalam medium yang lembap. Hujung keratan boleh diletakkan sedikit hormon perangsang akar bagi mempercepat pertumbuhan akar.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :7906

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam