Buah Kulim

buah-kulim

Melihat buahnya sahaja sudah tentu membuat pembaca tertanya-tanya akan gerangan buah ini. Buah ini memang jarang-jarang sekali diketahui dijual apatah lagi menjumpai pokoknya. Bak kata pepatah kalau dah jodoh.. tak ke mana!!  Akhirnya penulis bertemu juga ia dijual di pasar pagi bertempat di Changkat Lada, Seberang Perak. Buah Kulim atau nama saintifiknya Scorodocarpus Borneensis juga dikenali dengan nama “Bawang Hutan” oleh masyarakat Sabah. Tahukah anda, pokok Kulim ini merupakan sejenis pokok balak yang mempunyai ketinggian lebih 100 kaki. Dahulunya, daerah Kulim diberi nama adalah disebabkan terdapat banyak pokok ini di kawasan ini.

buah-kulim2

Penulis mendapatkan 7 biji buah kulim dengan harga RM2 untuk di bawa pulang. Buah ini mempunyai tempurung yang keras. Tempurung tersebut perlu dipecahkan dahulu bagi mendapatkan isinya yang berada di dalam. Benarlah kata orang, bau isinya seakan bawang putih. Namun, aroma sebenar yang lebih menyusuk hidung akan terbit setelah isinya dihiris atau diracik halus. Ketika ini, baunya seakan bau buah kerdas tetapi kekuatan aromanya lebih 10 kali ganda dasyatnya.

buah-kulim3

Daripada rujukan, buah ini digunakan sebagai penyedap rasa dalam masakan namun perlu digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Cubaan penulis memasak sayur kangkung dengan menggunakan sedikit hirisan isi buah ini. Hasilnya; rasanya agak keras sedikit berbanding menggunakan bawang putih. Memang luar biasa bahan yang terkandung dalam isi buah kulim ini. Jika anda pernah menggunakan buah ini, harap boleh bagi sedikit perkongsian.

Number of View :23667

17 comments

  1. buah ni slah satu dari camouran herba dalam kopi pra campuran kesihatan tradisional.rasanya untuk cuci buah pinggang dan seumpama denganya.

  2. orang zaman dulu selalu guna buat ganti bawang merah dalam masakan gulai kuning biasanya.kat belakang rumah makcik ani ada pokok kulim akar, mak mertua selalu ambil pucuk muda untok buat sayur air…rasanya pun hampir sama dengan kulim kayu ni…tapi yang akar punya lebih sedap …

  3. @makcik ani – di kampung saya,biasa nya buah kulim di campur dalam masakan gulai iaitu gulai kemahang[sejenis keladi]..biasa nya dibuat pada waktu kenduri.rasa dan bau nya amat lah kuat..jika tiada buahnya orang akan mengunakan daunya tetapi bau dan rasa nya kurang sedikt daripada buah nya.ia adalah makanan tradisioal kampung saya[lenggong perak].pokok nya amat lah besar,kebayakan di hutan berhampiran kampung.jika kunjungan kena pada musim nya,bau buah kulim dapat di hidu dari jauh lagi..binatang seperti landak,kijang,pelanduk memakan buah ini,daging nya akan berbau separti buah kulim apabila disembelih…

  4. Saya biasa mendengar ttg buah nie….cuma tak pernah melihat & memegangnya,tetapi ceritanya adalah sama spt yg diceritakan oleh makcik ani,pada kaki2 pancing ikan mereka kerap juga menggunakan buah ini utk dijadikan bahan pelaris dicampur bersama umpan utk memancing ikan ini krn aromanya yg kuat dpt menarik ikan pancingan…sygnya buah ini hampir pupus sekarang

  5. buah ni dikatakan baik utk mengubat penyakit buah pinggang.. Sya dah lama cari buah ni..kat mana boleh dapat?

  6. salam sejahtera..
    saya ada membekalkan buah kulim untuk yang mencari buah tersebut.khasiatnya bagus untuk pesakit darah tinggi dan pesakit buah pinggang..boleh dijantar ke seluruh Malaysia..hubungi saya 0175984085/0175984058

  7. Kpd Sdr yg membekalkan buah Kulim ni…tolonglah jawap HP kami dan respond segera.

    Saya tinggal di BBBangi, selangor dan perlukan bekalan buah tersebut dgn segera…

    HP: 019 258 4399

    Tk

  8. Di kampung saya ada sebatang pokok kulim di laluan untuk ke pekan.. Apabila musim berbuah, baunya amat kuat dan boleh terbau dari jarak jauh.. Emak saya kata gulai kemahang bertambah enak apabila dimasukkan buah kulim ini.. Juga sedap dimasukkan dalam gulai lemak bayam..

  9. Salam sejahtera..saya ada embekalkan buah kulim original fresh ..untuk kaki pancing (tengkalan,lampam dll) ,pesakit darah tinggi,kencing manis,batu karang dll…untuk dapatkan cntc / w.up 0175984085..

  10. Assalammualaikum semua. Saya ada stok buah kulim sekarang. Siapa nak boleh whatsapp saya segera 0105775759 terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam