March 19, 2024

markisa
Pernahkah anda merasai jus buah Markisa? Atau anda masih belum mengenali rupa buah Markisa yang sebenarnya. Artikel kali ini saya nak memperkenalkan serba sedikit tentang buah ini.

Markisa merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dan merupakan buah-buahan jenis beri. Ia mempunyai perikarp tebal dengan kulit seperti cangkerang yang rapuh. Buah markisa mempunyai biji yang banyak. Maaflah, tak sempat nak belah buah ini. Jadi tak dapatlah nak lihat isinya..
markisa3

Di Malaysia terdapat 2 jenis markisa yang diusahakan, iaitu markisa yang mempunyai buah yang berwarna ungu dan buah yang bewarna kuning. Di percayai buah yang bewarna ungu mempunyai rasa yang masam. Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah dan dimasak sebagai sayur, manakala markisa kuning sesuai dijadikan jus. Kulit buah markisa juga dikatakan boleh djadikan makanan ternakan.

markisa2

Kegunaan lain pokok atau buah ini, masih kurang banyak diketahui. Jika ada kajian lain mengenai buah ini yang anda ketahui diharaplah kongsikan bersama. Pada yang pernah menanam pokok buah ini atau pada yang biasa makan buah ini, diharap dapat kongsikan pengalaman anda disini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :63755

116 thoughts on “Buah Markisa

  1. saya selalu makan buah ni. kat kg nenek dulu kitaorg panggil buah oren. ade tumbuh meliar dalan kebun nenek saya…dulu kalu nak makan pegi amik je. sekarang baru tahu rupa-rupanya buah markisa. ade nilai komersial plak tu

  2. slm, buah markisa berasal dri indon n kmboja tp skrng dh meluas di malaysia trutama di ngri.9 dan pahang… buah nie bgos utk kcihtn krane dpt mngurangkn pnyakit drh tnggi, gaout n kncing manis…. buah nie jge sng hdop tp lmbt ckit mngeluarkn hasil…. skng hrge psaran RM10/kg… sy sdh mngkaji dan selidik serba sdikit tntg buah nie kalau ade yg brmnat leh cri buah nie d sekitar kwasan temerloh,pahang dan sy cbe nk bt produk dri buah nie mnjadi jely….

  3. buah ni adik beradik ngan buah leletup tu..sy pernah baca mengenainya. kalau di hawai buah leletup tu ade yg warne biru n merah tau. satu famili la, org putih panggil passion fruit. kalau nak tahu bunganya juga boleh dibuat pati minyak wangi.

  4. pokok markisa ni saya ada tanam di pagar rumah takde buat apa2 junjung.mmg membiak memenuhi pagar daun lebar2 dan nampak sungguh subur.tapi setahun lebih, takde buah lagi. kenapa ye

  5. Kami sekeluarga dah terbiasa dengan Pokok Markisa ni.Dah tanam pun.Dari yang warna kuning hingga la yang warna ungu.
    Selalunya , warna ungu tu ditanam di kawasan tanah tinggi.Warna kuning di tanah rendah.Tapi,masa abang long saya pulang dari Cameron Highland beberapa tahun lepas,dia bawa biji benih berwarna ungu.Mak saya semaikan dan tanam kat rumah.Cantik jer hidupnya.
    Pada pengalaman saya,markisa warna ungu lebih manis rasanya dari markisa warna kuning.
    Markisa warna kuning akan saya simpan dalam peti ais sehingga kulitnya berkedut.Barulah rasa manisnya keluar.Berbanding warna ungu , boleh langsung dimakan tanpa diperam dulu.

  6. Assalamualaikum. Sy student nk kaji mengenai buah markisa ni. Jadi sy perlu ke ladang untuk pilih buah sbb kajian sy antara buah markisa yg matang dgn yg tk matang. Sy dari kuala lumpur. Jadi dimana ya sy boleh dptkan buah ni sbb susah juga nak mencari. Terima kasih jika dpt tolong 🙂

  7. Sy suka buah ni..tp jarang2 de jual kt market..baru2 ni kt putrajaya ade festival flora sy ade beli anak pokok markisa @ passion fruit ni.buahnye memang byk khasiat.blh google.salah satu buah ni kaya dgn vit c & anti oksida yg tinggi..rasa masam2 manis.isi dia nipis tp byk jus n biji2 kecil.slalu org buat air/jus..????????

  8. Salam..sy student dr shah alam..sy ingin mendaptkn kulit buah markisa untuk project final year..buah markisa kuning serta masak..if ada sesiapa yg ada info dimana sy boleh dptkan kulit markisa kuning yang masak boleh contact sy..0145084623..tq

  9. Boleh saya dapatkan email Tuan atau contact number untuk tujuan final project semester akhir saya ?

  10. Orang kg saya kat kepala batas, Penang panggil buah susu. Isi dalamnya berjus dan sedikit masam…tapi air jus markisa ais memang terbaikkkkkk….tu diaaaa BAQQQ hangggggggg.

  11. betui tu..kami kecik2 dulu kenai dia dgn buah susu…bila dh besaq baru tau nama dia buah markisa…

  12. Betoi la, kat tempatsaya panggil buah susu, Buah ni memang sedap, bijinya macam biji timun, isinya rasa macam buah oren, masam masam manis

  13. Saya adalah Pembekal Besar Buah Markisa. Untuk mana2 Kilang atau Pemborong yang berminat, bolehlah hubungi saya di no Hp 019 6505500. Harga mengikut Gred serta Kuantiti yang dipesan. Atau email pertanyaan ke tarmizimohamed@rocketmail.com

  14. rasa markisa masam manis banyak vitamin C sesuai utk penjagaan kulit supaya nampak muda dan tegang. Ada yg kata pokok ni hanya bertahan selama 8 bulan. Pokok markisa yg saya tanam dah berumur 3 tahun dan masih berbuah lebat. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam