Sayur Asparagus

sayur-asparagus
Asparagus atau nama saintifiknya Asparagus officinalis merupakan sejenis pokok herba yang tumbuh menegak pada peringkat awal dan memanjat apabila tinggi; tumbuh berumpun dengan bahagian pangkal di dalam tanah dan menghasilkan banyak batang yang tumbuh menegak. Asparagus dipercayai berasal dari kawasan timur Mediteranean, dan tumbuh liar di benua Eropah. la telah lama digunakan sebagai sayur dan kini, ia ditanam di serata negara.

Menurut rujukan, pucuk asparagus digunakan bagi merawat artritis, degupan jantung tidak betul, mati pucuk, penghadaman tidak sempurna, reumatisme, dan susah buang air kecil. Pucuk dan pangkal batangnya juga boleh direbus buat sup lalu diminum untuk merawat kanser dan tumor. Di Malaysia, sayur asparagus kebiasaannya dimasak dengan cara menggoreng samada goreng belacan atau goreng sambal.

Number of View :9833

4 comments

  1. ada kwn sy cakap kalau nk tanam asparagus perlu ditanam atas tanah tahi sapi yang dalamnya 1.5 kaki. Betul ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam