March 19, 2024

aserola
Pernahkah anda melihat Buah ceri Aserola? Buah ini  mempunyai kegunaan tersendirinya dalam membantu manusia mengelakkan diri daripada pelbagai jenis penyakit.  Buah ini  mengandungi vitamin C yang mampu menyihatkan dan menyegarkan badan lalu mengelakkan diri daripada ancaman makanan yang berkalori tinggi dan berkarbohidrat.
Buah ini sesuai dimakan oleh orang-orang tua, wanita-wanita yang hamil, mereka yang berdiet, mereka yang memakan ubatan, perokok, peminum dan mereka yang terdedah pada kawasan-kawasan yang tercemar kerana kebolehannya dalam mengubati sel-sel badan yang rosak akibat kekotoran.

aserola2

Buah ini menghasilkan sejenis asid terpena yang menambah enzim lalu membantu memusnahkan bahan-bahan yang merbahaya dalam tubuh badan manusia. Ia juga mampu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti lemah jantung, sakit badan dan lain-lain lagi.

Jika anda biasa makan buah ini atau mempunyai cerita-cerita menarik tentang buah ini di harap bolehlah kongsikan pengalaman anda.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :33539

18 thoughts on “Buah ceri Aserola

  1. saya baru mendengar ttg keberadaan buah ceri aserola,
    kira2 itu banyak tumbuh dimana ya?
    trus apakah rasanya seperti buah ceri biasa?

  2. Tq fazli with this article.Allah bless u and Your family 2.
    Akak dan keluarga serta kumpulan organisasi perniagaan akak telah lama meminum air aserola cerry ini.

    Rasanya masam-masam manis dan sungguh lazat jika ditambah ais.kami sekeluarga mengamalkannya setiap hari. Kebaikannya
    1) Bagi anak-anak yg tengah membesar ,tidak mudah dihinggapi jangkitan selsema,demam.
    2) jika baby -jika diberi minum sebelum membuat suntikan tidak akan mendapat demam
    3) bagi orang dewasa yang ada resdung
    4)pada bulan puasa jika diminum selepas bersahur tidak akan haus sepanjang hari berpuasa
    4)Meningkatkan imune sistem setiap individu mahupun baru lahir hinggalah keperingkat orang tua.
    5)bagus di bekal kan kepada anak-anak yang bersekolah pagi dan petang.
    6) Khasiat vitamin C pada satu biji aserola cerry bersamaan 4biji oren sunkist saiz sederhana.
    ** untuk dapatkan yang asli – tanpa pegawaet ,tanpa perisa,tanpa pewarna hubungi kak rusni

    01730689216/03-31760620(malam)

  3. Kak Rusni dah jadi pengusaha minuman Aserola ke.. syabas la.. boleh bagi saya try satu..

  4. jiran saya ada tanam sepokok kat depan rumahnya, selalu saya makan buahnya, masam, tak tau pulak boleh buat jus dan banyak khasiatnya. terima kasih fazli dan rusni salleh kerana info tersebut. lepas ni boleh le minta kat jiran benihnya

  5. Saya rasa ceri ni juga dikenali sebagai ceri surinam dari Amerika Selatan.
    Dulu masa nak pegi Sibu, singgah di pasar Durin ada ditanam di situ, kalau masak petik je,rasa ikut jenis, yang manis okey.

  6. Salam Rusni Saleh, Macamana cara saya nak dapatkan air aserola cerry ni… untuk digunakan digunakan dalam bulan puasa ni……

  7. kat Tmn Wetlan Putrajaya ada pokok ni.. buahnya lebat sekali.. syg..gugur mcm tu je.. kalu pergi jogging di sana..mmg sya slalu petik + mkn buah ni.. masam2 manis..

  8. saya dah tanam pokok ni dirumah kat Jitra.Benih dia pun saya beli dari nurseri rm 15.00 sepokok . Pokok tu pun dah besar 10 tahun lalu berbuah lebat bolih makan segar atau buat jus tapi cukup masam.Dengar habak daun pokok ni bolih buat ubat darah tinggi dengan minum air rebusan.Lebih sedap dan rasa kurang masam kalau di makan dengan garam atau kuah rojak.Mengenai vitamin c dan untuk mencantikan kulit memang hebat.

  9. laaa ni nama dia ceri aserola…..kt umh mmber sy pun ada pokok ni…slalu gk la kitaorg mkn…tp dia pggil ceri india…rasanya msm2 ckit…tp sedap la jgk…

  10. Kat mana nak dapat benih pokok ini, saya minat nak beli untuk ditanam di dusun agro farm saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam