March 19, 2024

taman-anggur-perlis

Jika anda ke negeri Perlis, jangan lupa singgah ke Taman Anggur Perlis yang terletak di Jalan Lapang Sasar Bukit Ayer, Batu Pahat Perlis. Taman Anggur di bawah seliaan Jabatan Pertanian Negeri Perlis  merupakan satu-satunya projek tanaman anggur yang boleh dibanggakan di Malaysia.

taman-anggur-perlis2

Taman ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Harga Tiket masuk cuma RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Pelbagai jenis varieti tanaman anggur yang terdapat di sini. Antaranya ialah White Malaga, Black Queen, Caldinal, Black Opal, Pok Dam dan beberapa jenis lagi.

taman-anggur-perlis7

Pokok Anggur kebiasaannya akan mengeluarkan jambak-jambak bunga halus selepas 14 hari dipangkas iaitu dibuang segala daun dan ranting-ranting. Kematangan buah anggur pula ialah di antara 100-120 hari selepas ia berbunga.

taman-anggur-perlis6

Tanaman anggur amat sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu yang sesuai serta hujan juga menentukan kesesuaian bagi tanaman anggur.

taman-anggur-perlis3

Memang seronok dapat melihat tanaman anggur yang sedang berbuah lebat. Lebih seronok lagi kalau dapat memetik dan memasukkan buah tersebut ke dalam mulut. Tapi apakan daya, kalau hendak merasanya, kenalah beli sekilo dua. Harganya RM10 bagi setengah kilo.

taman-anggur-perlis5

Setakat ini sahaja serba ringkas cerita tentang Taman Anggur Perlis. Jika ada yang ingin berkongsi pengalaman tentang tanaman anggur, boleh komen di ruang ini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :18422

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam