March 19, 2024

labu-siam
Buahnya seakan jambu tetapi ia sebenarnya ia merupakan sejenis sayur  yang banyak digunakan oleh kaum Cina. Labu siam atau nama saintifiknya Sechium edule merupakan sejenis tumbuhan menjalar, sebenarnya bukan berasal dari Siam atau Thailand sebaliknya dikatakan berasal dari Amerika Tengah dan kemudian dibawa oleh orang Belanda ke seleuruh dunia. Terdapat dua jenis labu siam yang diketahui iaitu berkulit licin dan yang berduri kecil.

labu-siam2

Kebiasaanya, Labu siam dimasak sebagai sayur, misalnya ditumis dengan cili atau dijadikan ramuan dalam masakan sup. Ada juga yang menggunakan dalam masakan lemak cili padi dan yang paling menarik sayur ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai rojak, iaitu dimakan mentah dicicah dengan kuah rojak.

labu-siam4

Dari segi khasiat perubatan, Labu Siam dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, merawat penyakit batu karang, dan mampu menurunkan kadar kolestrol. Banyak lagi khasiat sebenarnya yang terkandung di dalam Labu Siam ini. Anda boleh merujuk di internet jika ingin mengetahuinya dan anda akan terkejut bahawa rakyat Indonesia sudah lama menggunakan sayuran ini dalam masakan harian.

labu-siam3

Jika anda ingin kongsikan sesuatu mengenai Labu Siam ini, atau ingin berkongsi resepi masakan menggunakan Labu Siam,  silalah coretkannya di ruangan ini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :27558

5 thoughts on “Labu Siam

  1. Teringat buah ni, , dari segi bentuknya yg agak lucah, ada sesetengah orang panggil buah ni namanya buah “Nonok Cina” disebabkan kebanyakannya ditanam oleh pekebun Cina dan menjadi sayur kegemaran kaum Cina.

  2. mungkin sdr boleh tambahkan buah jambu botol dan buah rambai pada ruangan buah nadir serta cendawan pada ruangan sayur tradisional.

  3. pucuk labu ini enak dibuat sayur goreng belacan di sabah banyak dijual di sebut pucuk timun

  4. kalau nak tanam pokok ni…..senang saja….tanam saja buahnya sebiji-sebiji…tanpa dipotong….tunas akan tumbuh dari buah tersebut..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam