March 19, 2024

pokok-turi

Pokok turi atau nama saintifiknya sebagai Sesbania grandiflora berasal dari keluarga Leguminosae.  Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Geti di negeri-negeri di bahagian utara seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Ia sejenis sayur kampung yang enak rasanya. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.

Pokok turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10 meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang 25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional. Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.
pokok-turi2
Pokok turi ini sebenarnya pokok serbaguna yang mempunyai banyak kelebihan. Dari akar hinggalah ke pucuk, semuanya boleh dimanfaatkan. Ia digolongkan dalam keluarga kekacang. Pada akarnya terdapat bintil-bintil besar yang dapat mengikat nitrogen di udara dan dikatakan dapat meningkatkan mutu tanah.

Anda biasa guna daun turi ini dalam masakan? Di harap boleh kongsi resepi anda atau pengalaman anda menggunakan daun turi di sini. Mungkin ada petua yang anda ingin kongsikan mengenai tumbuhan ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :43638

32 thoughts on “Pokok Turi

  1. Daun muda pokok turi memang sedap jika dimasak lemak bersatan / masak tumis air campur keledik.

  2. Banyak tumbuh secara meliar, mungkin dimakan oleh burung kekacangnya. Tak tahu pulak boleh dibuat masak lemak dan berkhasiat.

  3. Saya juga bercadang untuk menanam pokok turi untuk tujuan komersil. Tetapi agak sukar mencambahkan bijihnya. Pernah cuba tanam tapi tak tumbuh.

  4. daun turi muda memang sesuai buat gulai lemak, .. boh udang basah atau ikan bilis .. regu serasi memang keledek atau labu manis ..

    .. pucuk muda juga bolih d buat ulam bagi sesiapa yg suka

    .. dahan perlu d cantas selalu supaya pucuk muda tumbuh, jika tidak daun tua akan rasa pahit sedikit, .. pucuk muda yg tumbuh setelah dahan d cantas kurang rasa pahit ..

    .. cara tanam, senang guna dahan dari biji dalam kekacang ..

    .. biasanya turi bunga merah lebih kecil pokoknya dari yang berbunga putih ..

  5. memang sedap spt pak choo cakap tu tetapi daun geti ini menyebabkan lengoh-lengoh badan.

  6. saya tak pasti kata Shuib tu betoi .. lengoh2 badan bila makan .. saya memang makan banyak2 kalau gulai turi nie .. tapi tak terasa apa2 mudarat ..

    .. tapi kalau pucuk manis, memang ada yg `kalah’ ..pening kepala, .. memang terbukti ada toksin dlm sayur pucuk manis, .. ada yg allergic kalau makan banyak .. saya tidak `kalah’ makan pucuk manis tu ..

  7. saya biasa makan gulai turi masak lemak. memang sedap rasanya. dapat dibeli sekali sekala di pasar tani.

  8. Org utara mmg panggil pokok geti.. , masa tgk gambar tu terus saya ckp macam pokok geti.. bila baca lagi.. sah pokok geti.. saya rasa pokok tu boleh cambah dgn biji, sebab tok saya tabur je kat tanah deoan rumah dia,… 2 bulan saya p tengok balik, dah agak tinggi dh. mungkin tgn tok saya sejuk kot… mmg org suka buat masak lemak sayur ni..

  9. info yg fazlisyam tu betol sangat.pokok ni suka kat tanah liat sama ngan pokok mother of cocoa (moc),pokok pun hampir sama.aku rasa turi pun sesuai buat teduhan mcm moc

  10. Bila teringin nak makan, saya ke pasar malam. Saya suka pulak belajar makan sayuran yang aneh dpd sayuran biasa. Terlebih lagi, saya ingin pula mengumpul herba. Sudah menjadi hobi. Koleksi ini termasuk Ulam Raja, Selom, Maman, Tenggek Burung dan yang lain itu tidak tahu pulak namanya.

    Biasanya saya masak Turi dgn sambal, baunya pun sudah cukup.

  11. daun turi nie selalunya saya masak lemak putih campur ngan ikan bilis dan labu manis atau pun keledek.. kalau takde labu atau keledek, saya masak gitu jerk.. makan ngan sambal belacan.. sedapnyerrrrr.. :))

  12. Daun turi memang sedap tapi awas kalau makan banyak sangat boleh menyebabkan kembung perut. Nak menanamnya pun sedang guna sahaja dahan yang tua cucuk sahaja di mana nak ditanam pokok tu.

  13. pokok turi ni, orang utara panggil pokok keti, daun macam daun petai selalunya buat masak lemak rasa pahit sedikit,cebisan kulit dalamnya
    boleh di buat ubat untuk ulser mulut. untuk meranti gajah saya tak tahu pula harap-harap ada gambar untuk pokok ini.pokok yang mana satu? terima kasih.

  14. Pokok Turi – kalau disebelah utara dipanggil GETI – terdapat 2 jenis yang terdapat di KEDAH – berbunga merah serta berbunga putih, Bagi yang berbunga merah disukai ramai. selalunya bunga dibuat ulam dengan direbus, daun dibuat sayur masak lemak.Itu sahaja yang dapat saya nyatakan disini.

  15. Masa kecik dulu, memang ada tanam pokok Turi. Senang tumbuh. Arwah mak biasa buat sayur turi masak lemak tapi lama dah tak makan. Lupa dah sampai Sdr Fazli tanya ni

  16. sayur turi memang sedap samada direbus makan dengan sambal belacan atau masak lemak putih atau lemak. Masaalahnya sekarang pokok ni susah untuk ditemui. Saya harap boleh jumpa satu tempat yang menjual pokok pokok lama agar tidak specis specis tersebut tidak pupus.

  17. salam..
    pokok geti lah antara pokok yg mudah untuk hidup.
    caranya: amek keratan batang yg tua..boleh disemai dlm polibeg @ terus k tanah gambut @ sedikit berair(paya)
    dlm tempoh tidak kurang seminggu akan bertunas daun2 kecil..cubalah…sekian

  18. klu kt kg aku [pokok ni d pnggl pokok geti…sedap klu buat sayur lemak campur udang kering…tambahkan keledek…rasany pahit2 lemak…sedap ooi…kena jaga2 dengan etah dia…klu keana kt baju baru..beli lain la jawabnya…tok sah bubuh apa..mmg x keluaq…aku dah kena dulu…

  19. Salam…bunga pokok geti@turi yang berwarna merah jambu boleh dijadikan ulaman dan sangat baik untuk mereka yang menghidap penyakit asthma. Jika sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mengamalkan petua ini. Terima kasih.

  20. Tanaman turi memiliki bintil akar yang dapat mengikat N dari udara. Oleh karena itu sangat baik untuk kesuburan tanah dan produksi tanaman. Daunnya yang mudah terdekomposisi sangat baik untuk pupuk. Caranya, cukup disebar di lahan pada saat pengolahan tanah. Bunga dan buah mudanya sangat enak dimakan dan bergizi tinggi. Rasanya seperti kacang panjang. Kayu atau batangnya sangat disukai oleh hama penggerek. Ulat penggerek batang turi ini sangat enak dimakan dan kaya protein. Caranya, cukup dibakar atau digoreng, lalu langsung dimakan. Hem….lezat!

  21. nenek saya selalu masak dgn dal.. pas tuh masak rasam (sejenis masakan india) makan dgn nasi…best sgt..boleh tambah 2 pinggan lagi pas tuh..

  22. slalu goreng pcah tlur.klu msk lmak suke simpul,bla nk mkn lurutkan…fuh sedappp.tumbuk ikn bilis byk2 @ isi ikan rebus.

  23. salam. daun turi atau geti direbus dahulu sblm di buat sayur lemak campur udang bg menghilangkan rasa pahit.Geti yang berbunga putih lebih sedap dari yang merah.dan bunga nya dari jenis merah atau putih lebih lg enak bila dibuat sayur lemak cili padi.

  24. Daun mudanya memang sodap dimasak lemak campur keledek atau labu. Nak tanam pun senang guna batangnya yang tua sedikit cucuk jer kat tanah mesti bertunas ler lepas seminggu… Ada terdengar cerita perihal pokok ni org dulu2 tanam untuk mengelakkan jin bertandang kawasan rumah..jin takut sangat pokok ni..wallahhualam…

  25. woww,,,,,
    slm knl z dech buat bibit turi,,,,,,,,,,,,,
    soal’a dsinieee sperti bibit turi niee blom ada

  26. pucuknya boleh juga dibuat kerabu atau urap. Bunganya agak manis jika ditumis kering bersama cili yang ditumbuk.

  27. sekarangni saya tengah menanam pokok turi dan biji yang disemai banyakk tumbuh dan juga banyak btg turi yang cuba ditanam , insaalah jika banyak jadi pokoknya nantilah bolehlah sesiapa ygn berminat nak tanam.

  28. Assalammualaikum… pokok ni boleh dikatakan ada tertanam sebelah rumah ja dulu, dan mudah ditemui… sekitar tahun 1990 to 2005 kat kawasan aku, tapi laa dah tak nampak2….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam