March 19, 2024
Pokok Pinang di Muzium Terengganu
-Pokok Pinang di Muzium Terengganu-

Teringat masa zaman kanak-kanak sewaktu di kampung dahulu.  Setiap kali balik ke kampung, tok aku akan menyuruh mengupas buah pinang dan isinya diracik dan dimasukkan ke dalam gobek bersama sirih dan kapur. Kemudian ditumbuk sehingga lumat. Itulah makanan tradisi orang tua-tua di kampung. Sekarang memang dah jarang lagi jumpa orang tua yang makan sirih dan pinang.

Buah Pinang yang dijual di Pasar Satok
-Buah Pinang yang dijual di Pasar Satok-

Apakah buah pinang mempunyai khasiat? Menurut pakar herba UPM, buah pinang mengandungi 8 jenis alkaloid yang boleh bertindak membunuh parasit dan cacing. Dari segi perubatan tradisional, buah pinang mampu mengubati senggugut dan mencuci perut. Selain itu, buah pinang juga boleh memutihkan gigi. Caranya, buah pinang tua digoreng sehingga hitam. Setelah itu, tumbuk hingga halus dan serbuknya boleh digunakan apabila menggosok gigi.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :26428

2 thoughts on “Buah Pinang

  1. Bro saya nak Buah Pinang saiz besar {MERAH } , secapat munkin . Saya tinggal Daerah Selangor , Saya hendak buat ubat emak saya .

  2. Saya masih ingat arwah emak saya akan mengambil sebiji dua buah pinang muda untuk menghilang gatal sayur keladi. Caranya belah empat buah pinang tu kemudian taruk sekali semasa memasak sayur keladi….gerenti sayur keladi anda tdk gatal lg. Cuba try le…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam