March 19, 2024

pisang-rastali4

Ada yang menyangkakan pisang Pisang Rastali dan pisang emas seakan-akan pisang yang sama. Namun, ia sebenarnya dua jenis pisang yang berbeza. Pisang emas isinya kekuningan manakala pisang rastali pula isinya berwarna putih. Rupa bentuk luarnya juga ada sedikit kelainan. Penulis sendiri hanya beberapa kali dapat merasai pisang rastali ini. Memang benar ada pendapat yang menyatakan Pisang rastali semakin sukar untuk ditemui kerana disebabkan nilai komersialnya yang kurang. Penulis juga  merasakan pisang ini tidaklah enak berbanding dengan pisang emas atau pisang lemak manis. Namun, rupa-rupanya jika ingin makan pisang ini perlu tunggu pisang ini betul-betul masak atau ranum. Baru sedap dimakan !! Jika tidak pisang ini rasanya kelat.

pisang-rastali2

Di sebelah pantai Tumur, pisang rastali ini lebih popular dengan nama kelat keling dan sebahagian tempat menyebutnya pisang meda. Ada sesetengah pendapat pula menyatakan pisang ini terdapat 3 jenis iaitu kelat keling, kelat air dan kelat lega. Pisang kelat lega biasa dibuat goreng pisang atau disira sebaliknya pisang kelat keling tidak sesuai digoreng. Di sebelah utara pula, ada yang makan dengan pulut, seperti makan pulut bersama durian.

pisang-rastali3

Ada lain pendapat juga menyatakan terdapat 2 jenis pisang rastali iaitu pisang yang disebut Kelat Keling ( kulit sedikit kecoklatan dan berbintik, rasa kelat dan lemak manis). Sejenis pisang lagi ialah selalu digunakan oleh orang Hindu untuk upacara keugamaan. Buahnya ada rasa kemasaman dan kurang  berbintik. Buah jeni  ini dikatakan sama seperti gambar di atas.

Sejauh mana pendapat di atas benar, saya sendiri kurang maklumat dan mengharapkan anda yang mempunyai pengalaman dapat kongsikan sesuatu di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :57694

4 thoughts on “Pisang Rastali

  1. Sy ada pisat kelat keling. Siapa berminat boleh singgah rumah ambil anak pokoknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam