March 19, 2024

Pokok Semarak Api atau nama saintifiknya Delonix regia tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Pokok ini  popular dengan nama Flame of the Forest disebabkan warna bunga yang semerah api. Spesies yang dikatakan berasal dari tropika Asia ini boleh mencapai ketinggian sehingga 10meter.

Pokok ini banyak dijumpai di tanam sebagai tanaman hiasan dan landskap kerana ia mempunyai bentuk  kanopi yang merendang dan bunganya yang menarik perhatian. Gambar ini saya ambil di kawasan perumahan sekitar Taman Arked, Dengkil, Selangor.

Kebiasaannya, jambak bunga akan terbit dari pangkal dan hujung daun. Bunganya berwarna merah mempunyai 5 kelopak (petal). Saiz bunganya lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa.

Selepas musim berbunga, pokok semarak api akan mengeluarkan buah berwarna hijau berbentuk kekacang yang panjang berukuran 12cm dan lebar 5cm. Buah yang masak akan bertukar kepada warna kehitaman.

Pembiakan pokok ini adalah melalui biji benih dan dikatakan pokok ini sangat mudah ditanam dan tidak perlukan penjagaan yang rapi.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :24197

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam