March 19, 2024


Artikel kali ini saya ingin memperkenalkan lagi sejenis buah nadir yang semakin hari semakin dilupai. Jambu Bol atau Eugenia malaccensis sejenis buah yang dahulunya banyak ditanam di halaman rumah atau di kebun-kebun kecil. Pokok buah ini besar dan daunnya juga lebar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 18 meter. Pokok ini dikatakan boleh berbunga dan berbuah beberapa kali setahun. Bunganya yang bewarna merah jambu ini memang menarik sekali jika dilihat.

jambu-bol2

Buahnya berbentuk bujur dan bersaiz kira-kira 5 cm panjang. Apabila masak, ia berwarna merah tua. Terdapat juga buah yang putih kekuningan. Ada yang menggelarkannya jambu susu. Kulitnya amat nipis dan mudah tercalar. Bahagian dalam buahnya berwarna putih.
Buahnya dimakan mentah sebagai buahan dan juga dijadikan rojak buah. Ada juga orang yang menjadikan buah ini sebagai jus minuman. Daunnya juga dikatakan boleh dibuat ulam, terutamanya bahagian pucuk. Tumbuhan ini berbau harum dan sedap apabila dimakan.

jambu-bol3

Selain buahnnya dimakan secara terus atau segar, daun jambu bol dikatakan boleh digunakan untuk merawat sakit tekak dan pecah lidah. Daunnya dikeringkan dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian ia disapukan pada lidah. Sejauh mana ia masih diamalkan saya sendiri pun tidak tahu..

jambu-bol4

Jika anda di luar sana masih mempunyai pokok ini di halaman rumah atau biasa makan buah ini sewaktu zaman budak-budak dahulu,  diharap dapatlah berkongsikan cerita anda di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :47416

62 thoughts on “Jambu Bol

  1. Jambu bol ni masih ada ditanam di kg2.
    Sejak dulu lagi masih terdapat di kg sy K. Pilah.
    Ada beberapa jenis, jambu bol merah, jambu bol putih dan jambu bol merah putih.
    Peristuwa masa kecil, masa kemuncak buah jambu bol sedang banyak serta ranum, adik-adik yg demam memeluk buah-buah yg banyak dibadan , mungkin rasanya nyaman apabila badan rasa panas.
    Ingatan yg paling touching, apabila ayah datang ke asrama dgn membawa buah tangan jambu bol ( tahun 1972)!!!!!!

  2. Jambu kepal putih ada di kampung saya di jalan pahang ,tapah perak.Rasanya masam kelat.Saya buat jeruk dan ada dalam peti ais.
    Pokoknya besar dan sekarang sedang berbuah lebat.Jatuh ke tanah saja kerana tak ada orang yang tahu makan.
    Betul ke boleh mengubat sakit tekak?
    Baguslah..saya tak akan tebang pokok ni kerana arwah ayah yang tanam.
    Orang tapah panggil jambu kepal..

  3. Nak buat jeruk senang je.Bersihkan dan belah dua.Gaul dengan garam satu malam.Esoknya..toskan air garam tadi.
    Masak air gula dan biarkan sejuk.Masukkan jambu tadi ke dalam air gula yang sudah sejuk tu.Bubuh dalam balang dan simpan dalam peti sejuk…
    Bila dah dua hari boleh la makan..sedap!
    Oh ya lepas rendam dengan garam jangan basuh ya..terus bubuh dalam air gula..
    Jeruk ni tahan lama..

  4. As Salam,

    Saya berminat untuk membeli benih jambu keling atau jambu bol.
    Harap dapat Tuan bantu.

    TQ

  5. Dahulu zaman kanak-kanak buah ini sangat popular.kami panggil buah ini jambu keling.tapi pokok ini sudah jarang ditemui. saya paling suka petik buah yang bersaiz jecil dan paling merah.ini kerana rasanya yang manis..kalau yang bersaiz besar dan kulitnya berwarna pink rasanya sedikit masam.

  6. hey.. bole tlg sye x? kt mne bolr dpt buah jambu bol ni? sye sgt memerlukan. ni no sye 01116733301

  7. ALLAH HU AKBAR Kat BERTAM INDAH penang, kami panggil jambu keling, tak tahu kenapa digelar demikian. Tapi buah dia sedap giler, makan dengan kicap ALLAH HU AKBAR

  8. Dah tanam 2 pokok, tinggi lbh krg 3 meter dah.. Dlm 4.. 5 thn.. Bila nak berbuah gamaknya..? Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam