March 19, 2024

rollinia1

Satu lagi jenis buah yang unik yang perlu anda semua kenal. Jika anda sudah mengenali buah nona, tidak lengkap jika anda tidak mengenali buah ini. Buah yang dimaksudkan ialah buah Rollinia atau nama saintifiknya Rollinia sp. Kalau mengikut maklumat yang ada, buah ini memang banyak spesis.. Saya sendiri pun tak tahu Rollinia yang ini spesis apa? Pokoknya anda boleh lihat di atas dan daunnya adalah seperti gambar di bawah. Sebelum ini, saya pernah ke Kota Kinabalu dan memang banyak saya jumpa buah ini di jual di tepi jalan.

rollinia4

Tapi gambar ini bukan saya ambil di Sabah tetapi saya berkesempatan mengenali pokok ini semasa kunjungan saya ke Perak. Kalau tak silap dekat area di Kuala Kangsar. Walaupun pokok ini tidak sebesar mana tetapi banyak juga buahnya. Sempat la juga rasa walaupun sekadar secebis rasa.. Buahnya anda boleh lihat di bawah.

rollinia2

Rollinia merupakan buah yang tergolong dalam famili Annonaceae seperti buah nona serikaya , nona kapri dan durian belanda. Dipercayai buah ini diberi nama adalah sempena menghormati sejarahwan Peranchis Charles Rollin. Ramai yang menyangka buah ini adalah buah nona namun buah Rollinia biasanya lebih besar berbanding buah nona. Perbezaan juga ketara pada kulit luarnya. Buah Rollinia mempunyai kulit yang berbentuk bonjolon yang panjang seperti berduri.

rollinia3

Rasa buah ini memang seakan-akan buah durian belanda apabila sudah masak. Kebiasaannya, pembiakan buah ini adalah menggunakan biji benih seperti juga buah nona.

Anda dah pernah mencuba ke merasai buah ini? Mungkin juga anda ada menanamnya di rumah.. Bolehlah kongsikan di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :48962

51 thoughts on “Buah Rollinia

  1. Kami ada tanam 2 pokok kt kebun durian kami & ada baki beberapa anak pokok lagi dan ada jugak dh bagi kt kawan2. Asal benihnya kami dpt masa lawatan ke ladang durian di Mancis, Pahang. Pokok ini ditanam di ladang berkenaan sebagai pokok sampingan sebelum pokok durian membesar. Kami yg dtg melawat diberi merasa buah rollinia & kami simpan bijinya n cuba semai. Tak sangka pulak menjadi tp lambat la dan cantik anak pokoknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam