March 19, 2024

remayung

Remayung Merah atau dalam bahasa Inggerisnya Ceylon Spinach adalah sejenis herba lembut dan memanjat secara melilit. Terdapat 2 jenis remayung yang dikenali remayung hijau dan merah. Dipercayai, kutivar yang mempunyai daun yang berwarna hijau adalah yang paling digemari.
Ia merupakan sejenis sayuran tradisional yang jarang dimakan oleh masyarakat melayu. Namun, dipercayai masyarakat Cina gemar menjadikan sayur ini sebagai ramuan hidangan dalam sup manakala masyarakat India pula gemar menggunakannya dalam masakan sayur sama ada digoreng, ditumis atau direbus manis. Sayur ini bermusilaj (berlendir) sedikit dan menjadi lembik jika dimasak terlalu lama.

remayung2

Remayung mengandungi khasiat makanan yang tinggi terutama mineral dan kaya dengan vitamin A,B dan C. Herba ini dianggap sebagai ubat yang dapat melawaskan perut. Daunnya yang diramas atau ditumbuk dapat mengurangkan ulser dan bisul. Remayung juga mempunyai sifat menurunkan tekanan darah tinggi. Air rebusan akar jika diminum dipercayai dapat melawaskan air besar dan kecil serta melegakan badan.

Bagi yang berminat menanamnya, pokok ini memang mudah untuk dibiakkan iaitu melalui dengan cara keratan pucuk berdaun atau batang. Remayong tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi memerlukan air secukupnya. Anda boleh meletakkan baja organik bagi meningkatkan kualiti pertumbuhan yang baik.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :34226

8 thoughts on “Remayung Merah

  1. tak tau pulak macam tu namanya…yang saya tau, orang tua beritau saya namanya pokok kacang lohor….
    pernah masa saya kecik dulu banyak org.tua tanam buat pagar…bila di tanya buat apa mak,pokok ni…mak saya jawab ubat orang pompuan selalu keluar air lohor lah tu…
    betul ke tak tau lah….
    terimakasih lah kerana beri tambah ilmu lagi…

  2. minta maaf kerana kurang berpengetahuan.. senang ke nak dpt remayung merah nie? bole didapati di pasar?

  3. di tempat saya dipanggil kangkung ceylon. Selalu tengok orang tanam di laman rumah dengan membuat para kayu tempat ia memanjat. Pernah cuba makan sekali, tp tekak rejek sebab banyak lendir. Senang tanam sayur ni kerana begitu cepat tumbuh. Keratan batang boleh ditanam dengan mencucukkannya ke dalam tanah gembur kira-kira 2-3 inci. Siram 2 kali sehari pagi dan petang. Sekali-sekala siram dengan air beras. Tanam dalam pasu pun boleh juga. Sedia kayu tempat mengikat batangnya yang lembut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam