March 19, 2024

Buah Belimbing Buluh berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak yang memakannya bersama garam halus.

Buah Belimbing Buluh sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.


Selain itu,
bagi menghilangkan batuk, segenggam bunga Belimbing Buluh dicampurkan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, tiga kali sehari.

Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :43479

31 thoughts on “Belimbing Buluh

  1. wahh lamenya xnampak pokok ni! dulu ade 2, 3 pokok kat kampung dan mase kecik2 dulu suka panjat and makan buah ni mcm tu je… masam!! hehe…

    teringt zaman dulu2… skrg, pokoknye byk dh ditebang… ssh nk tgk budak2 main kat pokok2 lagi…

    dulu suke jugak makan daun mude pokok asam gelugor 🙂

  2. Buah belimbing buluh selain boleh dimakan, boleh juga digosok dibadan untuk menghilangkan daki. Selepas mandi badan terasa segar. Sungguh enak masak lemak cili padi bersama perut lembu. Seperkara lagi buah belimbing cepat rosak atau bila dimasak terlalu lama akan hancur. Jika hendak buah belimbing buluh tahan lama perlu mengalami proses pengeringan cara-caranya 10 kilo buah belimbing dibasuh ditapis dan digaul dengan 1 kilo garam perap semalaman kemudian anda perlu menjemur dibawah sinaran matahari. Semasa proses buah belimbing mengecut tabur garam lagi biar betul-betul buah belimbing menyerap garam. Jangan terkejut dari 10 kilo bila kering hanya tinggal 3 kilo je. Untuk masak acar limau belimbing buluh hendaklah direndam dahulu untuk mengeluarkan rasa masin. Disini kita akan lihat ketahanan buah belimbing walaupun dimasak 3 -4 jam buah belimbing tersebut tidak akan hancur. Insyaallah…

  3. Averrhoa Bilimbi adalah nama saintifik Belimbing buluh atau dikenali juga sebagai Belimbing asam

  4. Jangan tidak tahu ada dua jenis, hijau dan kuning. Yang kuning kurang masam sperti yang hijau.

  5. Belimbing buluh memang boleh turunkan tekanan darah tinggi. Tetapi harus berhati! Saya sudah tengok dengan mata kepala sendiri. Dulu saya duduk lama di Acheh dalam salah satu kampung nelayan kecil. Sana ada satu orang tua yang menderita tekanan darah tinggi. Satu hari ia minum teh secangkir dibikin dari dahun-dahun belimbing buluh. Dokter-dokter bandar jadi heran, tekanan darah turun cepat sehingga jadi terlalu rendah.
    Obat ini memang hebat tetapi harus minum pelan-pelan, jangan terlalu banyak!

    Frank

  6. saya setuju sekali kalau belimbing wuluh memang bisa

    mengobati batuk dan menurunkan tekanan darah tinggi

    tetapi rasa asamnya kadang suka tidak baik untuk perut…

  7. Kat belakang umah sy adalah sepohon. Tiap kali berbuah, kemain lebat. Selalunya, kitorng bawa garam spiring, lepak bawah pokok sambil makan. Arwah nenek suka wat jeruk. Ada sekali tu, sebab best sgt, tibai banyak2, terus sakit perut separuh pengsan…Ngeee…

  8. cuba dapatkan resipi sambal hitam kuala lipis ,pahang yang mengunakan belimbing buluh ini sebagai bahan utamanya. harap orang kuala lipis dapat beri respon, tak rugi berkongsi resipi nenek moyang dari lenyap begitu sahaja.

  9. Di Sarawak di panggil Belimbing Tunjuk, Sedap buat sambal belacan dan masak dengan Dal Cha. Selamat mencuba.

  10. Saya selalu mengunakan asam belimbing buluh dalam masakan saya terutamanya goreng kembung rebus yang ditumis dengan belimbing buluh dan bawang. Asam belimbing buluh hendaklah direbus dahulu bersama garam sehingga kecut kemudian tuskan dan simpan di dalam peti sejuk. Gunakan secukup rasa semasa ingin mengoreng ikan kembung rebus tersebut.

  11. Assalamualaikum….
    umh sy kt kg pun ada gk pokok belimbing buluh ni….
    kecik2 dlu suka sgt cicah ngn garam halus…tp 1biji tu mau ambk masa 2jam nk hbis tu sbb msam sgt…tp yg best tu buahnya xpernah hbs….asyk ada je kt pokok tu…sampai luruh2 la klu xde org yg ambk…

  12. bagi sesiapa yang ingin melihat dan merasa buah belimbing buluh ini datanglah melawat ke
    MINI ZOO KEMAMAN, TERENGGANU.
    juga terdapat spesis tumbuhan herba, orkid dan buah-buahan.

  13. adakah baik buah belimbing buluh untuk ibu mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi ?

  14. Buah ini jadi sasaran suri rumaht tangga yang mahu buat nasi dagang. Saya suka makan buah ni mentah, sebab masam.

  15. dinegeri pahang, terutamanya bagi daerah kuala lipis jerantut dan temerloh serta bera buah belimbing buluh ini dijadikan sambal atau dikenali sebagai sambal hitam harga sekilo sambal hitan mencecah Rm.40.00.
    untuk membuat sambal ini sila bertanyakan orang temerloh dan jerantut kerana sambal ini dikatakan begitu terkenal didaerah ini.

  16. dinegeri pahang, terutamanya di daerah kuala lipis jerantut dan temerloh serta bera, buah belimbing buluh ini dijadikan sambal atau dikenali sebagai sambal hitam harga sekilo sambal hitam mencecah Rm.40.00.
    untuk membuat sambal ini sila bertanyakan orang temerloh dan jerantut kerana sambal ini dikatakan begitu terkenal did aerah ini.

  17. walaupun belimbing buluh berguna dalam masakan dan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, ia juga ada bahayanya iaitu untuk orang yang menghidap penyakit batu karang. Belimbing buluh kaya dengan kalsium oksalat yang boleh membentuk batu karang dalam air kencing.

  18. masak lomak cili api belimbing buluh campur ikan sembilang..humang aii..tapi sesapo yang berminat dengan benih belimbing buluh boleh hubungi saya 012-674 2798

  19. kamek pun tauk juak cara masak cam ya. Kamek situk nyebutnya belimbin besi ajak. Entahlah datuk nenek zaman mensia marek pandey gilak molah nama belimbin ya cam ya…he he he. Kali keras rupa besi kali. Patah gigi kamek ngigitnya kelak…tp sik ko lembut ajak. Sik cayak kitak cobalah…

  20. hmm org jerantut mmg famous ngan smbal itam ni..mula2 belimbing direbus bsama garam shigga keringa airnya. dan belimbing rebus blh btahan shingga btahun2 lamanya. boleh digunakan utk msk asam atau dibuat smbal..somi sy org trganu dah mula mgemari sambal dan lauk asam ni..mmg terbaek..kalau ke phg cari ler menu ni ye..

  21. taun ni kat rumah aku menjadi-jadi buah belimbing buluh ni. benih pokok tau sejarah tumbuhnya, selalu isteri tercinta memasukkan belimbing buluh dalam menu masakannya. dari masakan ikan sadin, singang ikan, lemak kuning, asam pedas, dan paling aku suka orang pahang ni memang kreatif menggunakan khazanah alam ni.
    pencuci tangan, pengilat kuku, mencuci karang gigi, dan macam macam lagi…

  22. Belimbing buluh hijau juga ada dua jenis. Di rumah nenek saya pokoknya seperti dalam gambar di atas. Buahnya sedikit panjang dan ia berbuah pada batang pokok dan sedikit pada dahan yang tinggi. Saya pernah terjumpa pokok ini agak rendang dan buahnya sedikit pendek dan gemuk. Buahnya pula banyak pada dahan pokok. Saya tidak pasti adakah pokok ini rendang kerana ia masih muda kerana pokok belimbing buluh di rumah nenek saya itu sudah berusia berpuluh tahun dan masih berbuah lebat setiap musim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam