March 19, 2024

Pokok Bidara atau nama saintifiknya Ziziphus jujuba  (sinonim: Ziziphus mauritiana) tergolong dalam famili Rhamnaceae. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 4-5 meter tinggi dan sangat dikenali dikalangan masyarakat melayu kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan. Secara umumnya, terdapat 2 jenis pokok bidara iaitu pokok bidara berduri  dan tidak mempunyai duri. Pokok bidara kampung mempunyai batang berduri yang sangat tajam. Saya sendiri turut menanamnya di rumah dan beberapa kali terkena  duri pokok ini.

Pokok bidara dikatakan sesuai ditanam disekitar rumah kerana ia tidak disukai oleh makhluk halus, jin dan syaitan.  Ramai juga yang mencari pokok ini bagi tujuan perubatan seperti merawat gangguan sihir mahupun saka. Kebiasaannya, daun bidara jenis berduri digunakan oleh perawat dalam rawatan islam untuk membantu pesakit yang terkena gangguan jin dan makhluk halus.

Selain itu, jenazah juga boleh dimandikan dengan air yang dicampur daun bidara  ketika memandikan bagi menghilangkan najis dari tubuh mayat. Penggunaan daun bidara ini bukan sekadar kerana kepercayaan tradisi sebaliknya ia adalah sunnah daripada Rasulullah SAW. Jadi, tidak hairanlah pokok ini mudah dijumpai ditanam di sekitar masjid.

Pokok Bidara mengeluarkan buah yang rasanya manis dan enak dimakan. Buahnya seakan epal kecil sebesar buah limau kasturi. Terdapat buah bidara yang ditanam secara komersil yang mempunyai saiz buah yang lebih besar atau dikenali sebagai bidara epal.  Ia juga dikenali sebagai bidara vietnam, bidara jumbo, bidara king, epal siam dan sebagainya. Rasanya enak, manis dan lebih rangup daripada epal hijau. Pokok jenis ini kebiasaannya tidak mempunyai duri.

Buah bidara dikatakan mempunyai khasiat perubatannya tersendiri.  Dipercayai air rebusan buah bidara boleh diminum bagi merawat penyakit paru-paru dan juga mencuci darah. Air rebusan kulit dan biji bidara pula boleh diminum untuk menghentikan cirit-birit. Sejauh mana keberkesaannya, saya sendiri tidak pasti.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :45507

2 thoughts on “Pokok Bidara Kampung

  1. Saya seorang peminat alam tumbuhan dan berterima kasih diterima dalam blog ini. Saya sedang menulis unsur tumbuhan dalam pantun klasik dan sangat memerlukan gambar pokok yg disebut dalam pantun. Saya berharap dapat menyumbang apa jua terhadap tumbuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam