March 19, 2024

kekacang-ungu

Foto di atas merupakan kiriman seorang rakan yang bertanyakan mengenai pokok yang mengeluarkan buah atau kekacang yang bewarna ungu ini. Penulis sebelum ini belum pernah melihat kekacang seperti ini dan cuba mendapatkan maklumat dari rakan yang lain. Ternyata ada yang mengenalinya dan pernah melihat pokok ini. Terima kasih diucapkan.

Pokok Gapis atau nama saintifiknya Saraca thaipingensis juga dikenali dengan nama Yellow Saraca kerana bunganya yang berwarna kuning keorenan. Sekali pandang bunga dan daun pokok ini seperti pernah dilihat ditanam di Putrajaya. Daripada rujukan yang lain, pokok ini juga dijumpai ditanam sebagai tanaman hiasan di KLCC dan difahamkan bunga ini mengeluarkan bau yang amat wangi. Ada seorang rakan memaklumkan buahnya ditumbuk untuk dijadikan umpan ikan disebabkan baunya yang kuat. Jika anda mempunyai info yang lain mengenai pokok ini, bolehlah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :30343

1 thought on “Pokok Gapis

  1. assalamu’alaikum, sdr fazlisyam,

    ingin bertanya akan taburan lokasi pokok gabis ini di semenanjung malaysia ini, terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam