Buah Asam Pahong

buah-asam-pahong
Buah Asam Pahong atau nama saintifiknya Baccaurea lanceolata juga popular dengan nama Buah Limpasu atau Liposu di kalangan masyarakat Dusun, Sabah. Mengikut rujukan pokok ini boleh berbuah sepanjang tahun. Bunganya berwarna putih, kuning hingga merah muda yang tersusun dalam tandan panjang. Bunga dan buah pokok ini keluar dari dahan pokok dengan banyak sekali sekiranya musim kemuncaknya. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan berwarna coklat kekuningan apabila telah matang.

buah-liposu

Penulis sempat merasa buah yang telah diberikan oleh seorang rakan yang berkunjung ke Sabah. Rasanya masam-masam manis seakan buah rambai. Buah ini juga dikatakan juga sedap di masak bersama ikan atau dibuat sambal. Cara masakannya penulis sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai info mengenai buah ini, bolehlah kongsikan di sini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :19723

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam