March 19, 2024

kuini
Buah Kuini merupakan sejenis buah yang tidak asing lagi di kalangan orang-orang lama khususnya yang tinggal di kawasan kampung. Aroma buahnya yang telah masak memang menusuk kalbu dan menyebabkan enzim amilase dari air liur mula mengalir.  Yang kurang bestnya apabila selepas makan kebiasaanya serabut kuini akan sangkut pada gigi dan perlu dibuang dengan benang atau lebih elok gosok sahaja gigi. Bagi yang sedang mengidam makan buah kuini sekarang, anda boleh beli di gerai buah di kawasan pekan Ayer Hitam, Johor. Harganya saya tak pasti, terlupa nak tanya.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :24312

3 thoughts on “Buah Kuini

  1. Salam…

    Ketika melawat Bukit Tinggi bebaru ni ada sedara kami yg dengan ramahya membawa kami ke kampungnya .Sepanjang jalan mmg banyak sekali gerai2 yg manjual durian..Aku mmg teruja untuk merasa durian Indon..Dh berangn nk mkn bnyk2..Dlm loghat indon+ minangnya dia pun cakap “buah-buah ku ini memang rezki kalian…nanti makan puas-puas ya…! “….Sampai kat rumahnya..mmg melambak buah…bukan durian tp kuini…yg disebutnya sebagai buah ku ini.(kenapalah disebut KU INI & bukannya KUINI…ADUS…Tipah Tertipu!!!

  2. Selalu orang sebelah Perak buat serawa buah kuini
    caranya
    Buah dicincang halus kemudian dicampur dgn pati santan
    CAMPUR SEDIKIT GARAM
    dan di sejukkan dalam peti ais aduh

  3. Salam. Buah kuini yg masak ranum tu dicincang halus. Hiris dan simpan dalam mangkuk. Bubuh air secukupnya dan tambah gula secukup manisnya. Kacau rata2. Simpan dlm peti sejuk. Bila dah sejuk kluar balik mkn dgn nasi atau mkn gitu saja. Alamak…sedapnya. klau tk caya cubalah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam