Pokok Akar Dani

akar-dani
Pokok Akar Dani atau nama saintifiknya Quisqualis indica juga dikenali dengan nama ‘chinese honeysuckle’ dan ‘rangoon creeper’.  Pokok ini sejenis tanaman menjalar dan amat sesuai ditanam menggunakan pergola atau di tepi pagar. Pokok ini banyak digunakan di Taman-taman kerana bunganya menyerlahkan kecantikkan yang tersendiri apabila bergantungan. Pokok ini mudah dibiakkan menggunakan keratan dan biji benih. Ia cepat membesar dan memerlukan cahaya matahari yang penuh bagi menggalakkan ia mengeluarkan bunga yang banyak.
akar-dani2

Dipercayai, pokok akar dani mempunyai khasiat perubatannya yang tersendiri. Air perahan daunnya boleh mengubati bisul dan ulser. Selain itu, bijinya digunakan untuk mengubati batuk, sakit kepala dan sakit kulit. Di luar negara pula, ada yang makan tumbuhan ini setiap hari bagi menjarakkan anak. Sejauh mana kepercayaan ini diamalkan saya sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan tumbuhan ini, diharap dikongsikan bersama.

Number of View :17688

3 comments

  1. pokok ni??xsangka ada khasiat sebb ingtkan ia hanya dijadikan pokok hiasan saja..pkok ni sgt cantik dan menarik perhatian sy kerana jiran sy ade menanamnya..bila waktu pagi nk g keje,memg sy akan tengok pokok ni..bunganya banyak dan pokok nya memg jenis menjalar dan jiran sy buatkan para untuk membolehkan pkok ini menjalar dan kelihatan lebih cantik

  2. Tak tahu pulak nama pokok ni mmg banyak tumbuh meliar di kampug saya,tp sekarang di ppasar tani pun banyak dijual untuk hiasan mmg cantik bunga dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam