March 19, 2024

Bunga Kemboja atau nama saintifiknya Plumeria rubra tergolong dalam famili Apocynaceae. Kebiasaannya pokok kemboja putih mudah dijumpai ditanam di sekitar kawasan perkuburan islam. Ia dijadikan sebagai tumbuhan peneduh dan penanda tempat. Selain itu, kemungkinan bau bunga kemboja yang harum mewangi dan  berwarna putih tanda kesucian menyebabkan ia sesuai ditanam di kawasan tersebut.

Spesies kemboja putih ini berbeza dengan spesies kemboja yang mempunyai kepelbagaian warna (Plumeria rubra). Kemboja putih adalah dari spesies Plumeria alba. Selain warna bunganya yang berbeza, bentuk daun kedua-dua spesies ini juga terdapat perbezaan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Terdapat pelbagai jenis varieti dan warna bunga Kemboja yang terdapat di Malaysia. Di Putrajaya, terdapat 3 jenis warna bunga kemboja yang biasa dijumpai di tanam sebagai tanaman hiasan ; iaitu warna kuning, pink dan merah hati. Pokok ini saya rakamkan di Ayer 8 berdekatan dengan Restoran Thai Tomyam Kung.

Pokok bunga kemboja kebiasaanya ditanam menggunakan biji benih atau  keratan batang. Pokok bunga kemboja dikatakan tahan dalam pelbagai keadaan cuaca. Ini menjadikannya tumbuhan yang tahan lasak dan mampu untuk hidup lama hingga ratusan tahun.

Dahulu, pokok Kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan kesan seram seperti suasana kubur dan juga boleh mengundang roh jahat. Kini, di zaman moden, ramai yang meminati bunga kemboja dan di tanam sebagai tanaman landskap di sekeliling rumah.

Jika anda menyukai bunga kemboja atau ada menanamnya, silalah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :13795

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam