Tanduk Rusa – Platycerium coronarium

tanduk-rusa

Pokok Tanduk Rusa merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok basar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk. Pakis Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran “adus, pulasari” serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak.

Pokok ini dahulu memang popular di tanam di rumah-rumah, tetapi sekarang saya tidak pasti masih ramaikah lagi meminatinya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :11503

2 comments

  1. bhati2 krn bkmungkinn ada binatang bisa di pangkal pokok ni. kt rmh sexy ada +- 6 pkk ni. cantik. pun ada 1 jenis yg daunny tegak. betul2 mcm tanduk rusa tp pyh jumper n hargany mahal.

  2. Saya pernah membeli sejenis denganya yang dikata kan datang dari negara Belanda sebab daunnya agak berbulu dan kelopaknya seperti tanduk rusa karibou di Artik tu ,tapi sayang semuanya sudah dibuang oleh orang yang tak suka bunga hiasan seperti ini , semak katanya takut “orang lain” duduk tumpang sama kat pokok itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam