March 19, 2024

nona

Tentu anda biasa lihat buah ini.. tetapi pernahkah anda merasai buah ini? Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa berasal dari Amerika Selatan, merupakan sejenis buah  yang berbonggol dan mempunyai banyak biji. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah.

Dari segi khasiat buah nona mengandungi protein, kalsium, serat, zat besi, vitamin dan mineral. Kandungan yang paling ketara ialah niacin yang dikatakan dapat mengatasi masalah sindrom saraf.

Di Malaysia mungkin ia tidak popular tetapi di  Amerika Syarikat ia mendapat pasaran yang besar dan dijual dengan harga yang mahal. Kalau anda ada pokok ini di rumah cubalah menyemai bijinya, mana tahu pada masa akan datang buah nona ini mendapat permintaan.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :45580

57 thoughts on “Buah Nona

  1. kalau di kampung saya (utara) buah dlm gambar tu dipanggil buah sekaya. kalau buah nona, ia besar 2 kali ganda. bila masak ada warna oren kemerahan dan kuning2 sket. bentuk dia bujur ke bawah.

  2. kalau di indonesia disebut buah srikaya, yang dagingnya manis serta mempunyai biji banyak, isi daging buah ini mirip isi daging sirsak.

  3. salam saya ada tanam buah nona ni,satu hijau satu merah ungu,yg merah ungu tu manis buah,yg hijau tu manis sangat,masak dipokok lagi sedap,buahnya akan megembang jarang2 di sekeliling buah,semai 6bulan dah berbuah tapi kecil sikit kerana paksa berbuah,sekarang dah semakin besar,semai biji lagi tahan lama,

  4. memang benar buah nona dijadikan ubat untuk rawatan saraf..pengalaman saya dimana ada seorang cina kawan lama..dia tanya kat mana boleh dapat buah nona… katanya nak buat ubat saraf untuk anak perempuan beliau.

  5. Saya ada buah nona untuk dijual. Orang pasar kata, ada ustaz datang cari buah nona untuk buat penawar penyakit masalah saraf atau jantung. Memang oun buah ini mempunyai protein dan maneral yang tinggi. Boleh jual berapa RM sekilo? Saya pun tak tahu harga pasaran nii. Kita jual bawah harga pasaran. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam