March 19, 2024

Kacang Mucuna atau nama saintifiknya Mucuna bracteata adalah sejenis kekacang penutup bumi yang tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae).  Spesies yang berasal dari India ini telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1991 bagi penanaman di kawasan ladang kelapa sawit.

Pertumbuhan pokok ini sangat pantas, sehingga mampu mampu mengawal pertumbuhan rumpai yang lain; serta menjadi dominan di kawasan tersebut. Selain itu, tumbuhan jenis kekacang ini mempunyai keupayaan sebagai pengikat nitrogen di udara. Ini secara tidak langsung akan membekalkan unsur Nitrogen (N) untuk tanaman kelapa sawit serta mengawal kelembapan tanah.

Pada bulan yang lalu, penulis sempat berkunjung ke Pusat Penyelidikan UKM, di Bukit Fraser. Kebetulan, terdapat beberapa pokok Mucuna yang ditanam di situ sedang mengeluarkan bunga. Apa yang menarik tentang pokok kacang Mucuna ini adalah pada struktur dan warna bunganya. Sangat cantik. Menurut rujukan, pembetukan bunga dan buah kekacang ini hanya terjadi pada kawasan dan cuaca tertentu sahaja; iaitu pada kawasan yang bersuhu sejuk atau sederhana sejuk.

Adakah pokok kacang Mucuna ini berjaya menghasilkan biji benih dalam keadaan cuaca di Bukit Fraser ?

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :13950

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam