March 19, 2024

lemuni

Lengundi atau nama saintifiknya Vitex negundo merupakan sejenis pokok renek, di mana permukaan bawah daunnya berwarna hijau keunguan. Ada juga yang mengenalinya dengan nama Lemuni. Daun Lemuni mempunyai aromanya yang tersendiri apabila diramas. Di kampung-kampung pokok ini memang masih lagi banyak dijumpai tetapi tidak ramai yang generasi muda yang mengenalinya.

Pucuk atau daun muda pokok ini memang biasa digunakan dalan ramuan nasi ulam atau nasi kerabu. Antara khasiat perubatannya pula, daun ini dipercayai dapat mengurangkan demam, batuk dan mengeluarkan kahak manakala air rebusan daunnya digunakan untuk mencuci luka atau ulser.

Mungkin juga ada kegunaan lain yang orang lain tidak tahu. Jika anda mempunyai info lain mengenai pokok lengundi, diharap boleh kongsikannya di sini…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :29926

9 thoughts on “Daun Lengundi

  1. Maklumat tambahan

    1) Kayunya dibuat senduk nasi, kononya memberi khasiat kepada makanan yang dimasak
    2) Pucuknya, kalau dimakan segenggam sehari bersama nasi lemak (sarapan) kononnya dapat mengelakkan daripada di hinggapi penyakit. Wallahua’lam.

  2. daun yang lembut(pucuk) dimesin dibuat nasi seperti nasi lemak. Cukup baik untuk orang dalam pantang 35 hari ke atas . sebab dapat memanaskan badan dan membantu pengaliran darah.
    Sedap betul dan dimakan dengan ikan talang masin…wow mak mertua lalu tak sedar..
    Nasi tu berwarna kehitaman tapi sodap…

  3. Masa berpantang dulu, susah nak dapat daun mengkudu, daun lengundi la gantinya untuk bertungku. 3 hari sebelum habis pantang mkn nasi ulam daun lengundi, mmg tujuannya utk melancarkan peredaran darah. Tambah2 lagi makan dengan sambal tumis, uishh berpeluh dennn….

  4. saya ada dua jenis warna ungu dan hijau, sesiapa yang nak buat nasi boleh le tel saya 013 4141579

  5. salam, mengikut cerita orang tua lagundi unggu tu untuk perempuan, manakala yang hijau berdaun bulat adalah untuk lelaki. lancarkan perjalanan darah , cerita orang tua kayunya untuk buat senduk nasi elok untuk awet muda.

  6. Semasa saya berpantang selepas melahirkan anak sulung emak saya akan masakkan nasi campur air daun lengundi hitam sebagai makanan untuk kesihatan dalaman iaitu mengecutkan rahim dan tidak memudaratkan kerana ada khasiat tersendiri memang sedap. Di kampung saya masih ada lagi orang menanam pokok lengundi ini khasnya untuk rawatan selepas bersalin.

  7. Makan nasi lengundi untuk awet muda. Kalau lebih perahan airnya nasi lemah lengundi itu terasa pahit-pahit. Nasi lengundi warna hitam. Bukan hitam sangat. Memang betul kayu digunakan untuk dibuah sudip/senduk nasi juga untuk awet muda.

  8. Sesiapa yang ada anak pokok Peria Pantai untuk dijual boleh hubungi saya. Rosli – 0192602358

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam