March 19, 2024

buah-engkabang

Pertama kali melihat buah engkabang ini adalah semasa di pameran MAHA2010 yang lalu. Itu pun buah engkabang yang telah kering seperti gambar di atas ini. Namun, baru hari ini mengetahui keistimewaan sebenar buah engkabang setelah meng”Google” di internet. Tidak sangka rupa-rupanya artikel mengenai buah engkabang pernah keluar di dalam berita Utusan dan Kosmo. Bagi penduduk tempatan khususnya kaum Iban, engkabang begitu sinonim dengan mereka.

Apakah istimewanya pokok engkabang?

Selain kayunya yang boleh digunakan untuk membuat rumah, buahnya yang matang boleh diproses untuk menghasilkan minyak pelbagai guna. Teksturnya tidak ubah seperti mentega, berwarna kuning dan mengandungi banyak lemak. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban menggunakan minyak engkabang yang diproses untuk memasak selain dijadikan minyak urut dan dikatakan berkesan untuk membuang angin. Mengikut kajian, minyak engkabang ini mengandungi khasiat sebagai agen antipenuaan. Di samping itu, minyak engkabang yang sudah diproses dan disimpan di dalam buluh juga amat menyelerakan jika dimakan bersama nasi panas. Rasanya berlemak dan harum seperti mentega. Selain itu, binatang liar juga turut menggemarinya kerana rasanya yang berlemak.

Daripada rujukan, terdapat kira-kira tujuh spesies engkabang iaitu engkabang jantung (Shorea macrophylla), engkabang bintang (Shorea splendida) serta engkabang gading (Shorea helmsleyana), engkabang terendak (Shorea simins), engkabang asu (Shorea palembanica), engkabang rusa (Shorea stenoptera) dan engkabang langai bukit (Shorea pinanga).

buah-engkabang1

Saiz buah engkabang ini adalah sebesar bola ping pong, berwarna coklat serta mempunyai empat sehingga lima ‘sayap’ atau kelopak mengelilingi buahnya. Buah engkabang yang sudah matang, akan gugur sendiri ke tanah secara berpusing. Sebab itu bagi orang Iban, mereka memanggil helikopter sebagai ‘bilun engkabang‘. Ini kerana bilah helikopter yang berpusing seakan seperti buah engkabang ketika ia luruh. Dipercayai, pokok engkabang hanya berbuah sekali dalam tempoh tujuh tahun dan sesetengah menyatakan hanyak berbuah 3-5 tahun sekali.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :46851

22 thoughts on “Buah Engkabang

  1. Wah, ada juga buah cenggini…tgk mcm pelik je,rupanya bole mkn ek….

    Satu yg sy tertanya2 ada beberapa jenis buah2 dari Sarawak bermula dgn “eng…..” contohnya engkalak…..agaknya “eng..” tu sendiri ada maksud nya juga kot ye..

  2. terima kasih megirim macam-macam buah yg belum pernah saya jumpa atau tengok sebelum nie….buah yg ini unit macam kelopak bunga….

  3. terima kasih, saya sentiasa membaca maklumat yang diberi tetapi tdk pandai bagi komen. Buah engkabang atau buah engkalak memang biasa buat saya..

  4. Saya pernah jumpa buah ni dijual di Sarawak. Macam buah mahogany, jatuh macam kapal terbang, berpusing. Kedua-duanya ubat.

  5. selalu kutip buah ni masa kecik kecik, tu pun kutip yang hanyut kat dalam sungai… sampai sekarang belum pernah tengok pokok dia mcm mana..

  6. masa zaman kanak kanak pernah memungut dan bermain dgn melontar keatas ; ia akan berpusing bila jatuh. seronok melihat bila byk yg gugur dari pokoknya yg tinggi. itu dulu ; sekarang tak pernah jumpa.

  7. ” BUAH ENGKABANG ” BUAH INI BOLEH DIBUAT ULAMAN, CARANYAM HENDAH LAH DI REBUS, TETAPI IANYA TETAP KERAS, MAKAN DENGAN SAMBAL BELACAM ” ANDA PASTI AKAN MINAT APABILA MEMAKANNYHA.

  8. Waktu kecik saya cuma buat main je buah ni kat padang sekolah rendah. Kebetulah sekolah rendah saya tu bersebelahan dengan hutan. Buah ni diterbangkan angin dan memenuhi kawasan padang sekolah. Kita cuma ambik dan baling ke atas dan ianya terbang dibawa angin seperti helikopter. Tak tahu pulak ia boleh dimakan.

  9. Engkabang jika dibuat RND dengan betul boleh dikomersilkan. Buahnya kalau dibuat minyak rasanya sedap. Dulu senang dapat sebab orang dulu2 suka buat minyak daripada buah engkabang. Minyak dimasukkan kedalam buloh ikut saiz dan dibekukan, sedap digaul dengan nasi panas dan hanya bubuh garam. Selain dibuat minyak mungkin boleh dibuat pelbagai produk daripada engkabang. MARDI mungkin boleh buat RND macam mana nak mempercepatkan ianya berbuah dan saiz pokoknya.

  10. kalau kat semenanjung ada gak tapi kat hutan simpan belakang rumah aku kat pahang..dulu time kecik-kecik selalu benda pusing ni jatuh kat laman rumah aku…jadilah permainan…agaknya cara dia nak membiak menggunakan angin sebagai agen kot?

  11. Pokok Engkabang ini masih terdapat di kawasan pedalaman sekitar sungai ‘Batang Rajang’ di Sarawak.. kecik2 dulu suke betul saya menyibuk mak saya mengeluarkan biji kacang dia..

    saya balik tuk celebrate Hari Gawai tahun 2010 ada bawa balik buah engkabang yg telah dibekukan dlm buluh.

    time makan sapukan potongan yg dibekukan tu atas nasi panas2.. seminggu makan nasi lauk ikan masin je pun bole hahaha…

  12. mcm pernah tgh dlm utan ni…
    ada jgk yg panggil bunga kipas…
    biase jumpa utan yg berbukit…
    byk d hutan terengganu

  13. Kat Brunei kita panggil Buah Kekawang atau Sengkawang..sedap buat mintak….rasa seperti mentega..makan dengan nasi panas sedap..

  14. masa kcik dulu pernah makan ,tpi warnanya hijau bukan kuning ,memang sedap klu mkn dengan nasi panas, agak2nya kat mna bleh dapat la ni ye

  15. semasa kecik2 dulu lewat tahun 70an selalu pungut buah engkabang yg hanyut dari hulu sungai terutama sekali sewaktu air bah (banjir). Kulit buahnya dikopek sebelum dijemur beberapa hari. Harga sekati masa tu cuma 70 sen, dapatlah belanja sekolah. Kadang2 dptlah juga 10 kati. Buah engkabang ni ada nostalgia sendiri buat sy. Apa pun anak2 sy dah tak kenal lg buah engkabang ni…

  16. buah enkabang sedap dimakan, sedap dimakn dengan nasi, marilah adik datanglah makan, selepas makan kering gusi.hi3…meowww….

  17. buah engkabang segar boleh juga dimakan dengan mencicahkannya dengan sambal belacan. Rasanya agak kelat dan berminyak. Namun minyak beku engkabang yang telah siap diproses yang seakan-akan lilin kuning begitu enak kalau disapu pada nasi panas, terutama nasi beras huma atau nasi beras padi bukit. Aromanya yang unik boleh membuka selera. Walau bagaimana pun musim engkabang berbuah agak susah diramal. Ianya memerlukan musim panas yang agak panjang sebelum pokok engkabang berbunga dan seterusnya berbuah.

  18. saya nak cari gamabar “buah Kubal ” dan buah tabut tak ada dlm blog tuan buah ni rasa nya masam manis pokok nya menjalar dan bergetah pada zaman dulu gatah dari pokok ini di ambil dan dijual dalm pasaran bersama getah jelutung dan getah nyatuh

  19. Saya sedang mencari maklumat mengenai minyak surin, panggilan Orng hulu perak, saya hanya dengar ceritanya sahaja dari arah nenek, rupa buah dan pokok nya saya tak pernah lihat, minyak buah nye berbau wangi, digunakan untuk masakan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam