March 19, 2024

Pudina atau nama saintifiknya Mentha arvensis tergolong dalam famili Lamiaceae. Tumbuhan ini sejenis herba dan senang ditemui di tempat lembap. Pokok pudina boleh dibiakkan melalui keratan batang dan anak dari akarnya. Tumbuhan yang mempunyai aroma yang kuat ini kini banyak ditanam secara kormersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi.

Pudina merupakan sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat kerana mempunyai bau yang sedap yang boleh membuka selera. Daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam. 

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Pudina telah lama digunakan sebagai penawar untuk penyakit batuk. Minyak yang didapati daripada daunnya dikenali sebagai minyak pati peppermint. Minyak ini digunakan untuk rawatan sakit kerongkong dan juga dijadikan sebagai perasa masakan atau gula-gula. Selain itu, ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.

Dalam perubatan cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit.



>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan



Number of View :7178

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam