March 19, 2024
asamgelugur Asam gelugur sering digunakan dalam pelbagai resipi masakan seperti laksa, asam pedas dan resipi tradisional yang memerlukan rasa masam. Rasa masam buah gelugur yang unik dapat merangsang selera. Daun gelugur yang masih muda dan berwarna kemerahan sering juga dijadikan ulam dan penyedap rasa dalam resipi masakan lauk pauk. Buah asam gelugur ditumbuk halus bersama ramuan lain atau direndam di dalam cuka dan disapu pada tubuh wanita selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil. Kepingan buah kering digunakan untuk mengurangkan berat badan, mengatasi obesiti dan menurunkan tahap kolesterol. Jus daunnya diminum selepas bersalin untuk mencuci bahagian peranakan serta untuk mengurangkan tekanan darah. Daun dan akarnya digunakan untuk merawat sakit telinga. Daun dan buah ditumbuk halus dan tampal pada perut wanita selepas bersalin. Serangkap pantun tentang asam gelugur… Asam kandis asam gelugur, Dua urat asam belimbing; Menangis mayat dalam kubur, Melihat papan menjadi dinding.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :30370

9 thoughts on “Buah Asam gelugur

  1. Saya pernah mengalaminya 10 tahun yang lalu .Amat tidak selesa sekali .Puas juga brbagai cara. Lastly saya ke hospital Kerajaan untuk buat rawatan. Di sedut dan di bersihkan .Dengan izin Allah baik sampai sekarang!

  2. masa kecik2 lu (skrg ni x lah besar sgt pun) arwah nenek (smoga rohny dicucuri rahmatNy) crita : seorang nenek (bukan nenek sayala) yg kali p1 menjemur buah asam gelugor, yuruh cucuny menunggu spy x dcuri rg. smpai wk2 tghr nenek i2 mnjngok cucuny n didapati iany tinggal sdkit n menuduh cucuny cuai dsbgny (tuduhan2 lain nenek sy x ckpla sbb nenek sy ckp dia x dak d tpt kjadian i2. he2!). dpndekkn crita maka nenek tsbt mbunuh cucuny. pd 1 hr nenekny mjemur sndiri asam glugur n dpndekkn lg crita ni, barula dia tau bhw buah asam gelugur menjadi kecut apabila dikeringkan.. moral of d story : buah asam gelugur yg dkeringkn zaman ini mahal hargany. wakaka!

  3. pucuk asam gelugor dkatakn sedap jika dmasukkn dlm gulai lemak kuning. masa kecik2 sexy suka mkn pucukny bgtu shj spt mkn buah blimbing buluh. kecur liur ni!

  4. Beberapa tahun lalu saya ada beli anak pokok asam gelugor di MAHA pertama dulu. MARDI yg jual. Pokok tu slow pembeasrannya. Sudah tiga tahun pun baru 7 kaki tinggi. Lambat besar. Berbuah pasti lama lagi. Itu pun kalau betina. Kalau jantan makan daun la jawabnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam