March 19, 2024

letup-letup
Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora foetida adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh secara liar dan banyak di temui di kawasan ladang kelapa sawit, dan tanah terbiar. Di negara luar pokok ini lebih dikenali dengan nama Stinking Passionflower.  Ini kerana tumbuhan ini dikatakan mengeluarkan bau yang kurang enak apabila diramas. Wakau bagaimanapun, pokok ini mempunyai bunga yang unik dan buahnya juga boleh dimakan apabila sudah masak. Sesetengah orang juga menggunakan pucuk pokok ini untuk dijadikan ulam.

letup-letup2
Tumbuhan ini juga dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri dalam menyembuhkan sesuatu penyakit. Ia dipercayai dapat  merawat gatal-gatal kulit dan luka. Bagi merawat gatal-gatal kulit,  ambil seluruh pokoknya, termasuk dengan akar nya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga ia menididh. Setelah air suam, airnya diambil untuk digunakan sebagai air basuhan.

Dalam merawat luka, caranya adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu, dipupuk pada bahagian yang luka tersebut.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :27895

19 thoughts on “Pokok Letup Letup

  1. salam encek admin…
    masa zaman kanak² dulu pernahlah makan buah ni(duduk di kampung)…rasa dah x ingat…

  2. Tok selalu makan buah ni. Masih ada lagi dikampung tok hidup meliar ditepi jalan dan dikebun. Cuma nak beritahu rasa tu saja tak berapa nak pandai menaytakannya. Banyak bijinya dan taklah berapa nak manis sangat pun.

  3. Dulu sewaktu kecil selalu jugala makan buah ni bila balik dari sekolah. Maklumlah lalu dekat bukit sebelum sampai rumah. Rasanya manis-manis kelat. Isinya taklah banyak sebab lebih banyak biji daripada isi.

    Dulu-dulu saya kalau pergi ke hutan sebelah kampung, nampak jer pokok ni pasti cari buahnya untuk dirasa sebab jarang jumpa.

    Sekarang sudah sukar nak jumpa keliling kampung. Rindu rasanya…

    Thanks admin for reminding me the memories~

  4. saya rasa pokok buah letup2 ni sama family dengan pokok buah markisa…isinya hampir sama cuma kulit buah markisa lebih tebal dan buahnya pon jauh lebih besar pon.. bunganya pon hampir serupa…saya ada le tanam dan bela kedua dua specis ni…tapi pokok markisa ni belum berbuah lg….

  5. saya suka buah ni,rasanya masam manis macam buah markisa..pucuk pokok ni juga boleh dibuat sayur campur dalam bubur lambuk..kat kelantan kitaorang panggil pokok ulat bulu..hehe

  6. admin pernah dengar tak buah susu?tapi bukan buah markisa tuu..buah ni sangat sedap,wangi dan bersusu..warna purple hijau,omputih panggil star apple @ caimito..admin search kat google ye?
    sy sgt gilakan buah dan sayur tambah2 lagi kalu yang pelik..kebanyakkan orang panggil markisa tu buah susu tapi bagi saya star apple ni la buah susu yang sebenar..
    mmg sedap sgt,rasanya ada sikit macam buah abiu tapi bijinya lebih kecil seperti buah ciku..musimnya bulan 12.

  7. buah kemunting pun sedap..masa kecik dulu papa saya selalu kutip kat hutan..sayangnya,sekarang dah takde..saya risau,zaman anak2 saya nanti,masih adakah buah-buahan macam ni..sayuu

  8. Salam fazlisyam,

    Saya tinggalkan komen di sini ya.

    Terima kasih banyak2 atas info pasal tanaman di sini. Sangat lengkap dengansegala nama yg kita tak pernah tahu pun

  9. sampai la ni pun saya suka makan buah ni.
    Rasanya masam-manis
    Sedap………………

  10. tanaman ini susah nak jumpa lagi kerana orang sekarang suka guna racun rumpai, pada tahun 70’an dulu tanaman ni tumbuh meliar saja, kalau dah semak sangat tebas saja guna sabit , tapi sekarang rumput rumpai pun segan nak tumbuh sebab dah tau akan di sembur racun rumpai dan membunuh semua cucu cicitnya.

  11. Semasa kecil2 dulu selalu makan buah ni…tempat saya panggil buah ulat bulu, apabila masak warnanya kuning..
    sedap………….

  12. buah peletop… bunga, menjalar dan style ala ala buah passion fruit… pucuk boleh ulam dan masak lemak…

  13. buah leletop yg menjadi rebutan masa kekecik dulu, pantang jumpa pokok mesti cari buah yg masak. dulu mudah nak jumpa, tapi sekarang entah le, mungkin dah pupus kut kerana kena racun. rasa nya masam manis mkan buah leletup bukan mengeyangkan sekadar menikmati rasa masam manisnya dan bau daun dan bulu disekeliling buahnya yg agak tengik….

  14. buah bunga letup-letup tu sedap..nak tau rasanya cuba lar mcm KFC..sy x bohong.

  15. daun pokok letup yg muda sedap klu dibuat sayur utk dimskkan kedalam bubur lambok…mmg sedap..sllu makan.

  16. pokok ni masih banyak terdapat di tempat saya. tumbuh meliar kat kawasan rumah saya. biasa saya campur bersama pucuk paku midin, pucuk gedeber lembu, bayam parsi, pucuk ubi, cekur manis, daun keledek…. wat bubur lambuk. best

  17. Ini buah ulat bulu bukan letup-letup.
    Pokok letup-letup tidak menjalar seperti pokok ulat bulu. Pokok letup-letup dikenali juga dengan nama Physalis sp, tapi saya tak pasti pula nama saintifik untuk pokok ulat bulu ni.
    Physalis memang banyak khasiat dan sedap dimakan. Saya pernah berkunjung ke pedalaman India dan membeli buah physalis untuk dimakan, tetapi spesis di India lebih besar berbanding di Malaysia. Mungkin admin boleh post gambar pokok letup-letup (Physalis) yang sebenarnya.
    Untuk mendapatkan info tentang Physalis, sila rujuk Wikipedia.
    Yang pasti pokok letup-letup dan ulat bulu memang jauh beza.

  18. emmm..aritu saya jalan2 kat kangar ada nampak buah ni saya petik beberapa biji untuk saya dan isteri untuk rasa buah ni ..kalau kining buahnya memang manis..kat langkawi pun ada juga ..kat pantai cenang kat AB motel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam