March 19, 2024

costus-woodsonii

Costus woodsonii merupakan sejenis tanaman hiasan yang juga popular di Malaysia kerana keunikkan bunganya. Warna bunganya yang berwarna merah menyerlahkan lagi kecantikan pokok yang juga digelar “Red Button Ginger”. Di Malaysia saya tidak pasti ia digelar dengan nama apa.. Yang menariknya, bunga tersebut akan mengeluarkan kuntum bunga dari celahan bunga utama ( tak tahu nak panggil apa ) satu persatu dan kemudian akan layu dan gugur.

costus-woodsonii21

Menurut dari sumber yang dipercayai, kuntum bunga yang terkeluar dari celahan bunga utama (gambar di atas) tersebut boleh dimakan dan ia dikatakan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Rasanya manis seperti manisan bunga. Macam mana saya tahu? Saya sendiri  pernah merasainya. Jika anda menanamnya di rumah, bolehlah kongsikannya di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :29421

12 thoughts on “Pokok Costus woodsonii

  1. salam…
    Sblm ni sy jg tercari2 nama pokok yg bunganya macam lipstick nih.. sbb tgh wat program ngan ahli kelab(ala… program boh papan tanda nama2 pokok tu..) untuk dedahkan/perkenalkan ahli2 tu dgn tumbuhan..sbulan dua yg lalu terbaca dlm metro nama pokok ni “costus speciosus”….Adakah ianya sama @ mgkin jg spesisnya yg sama…Yg pasti bunganya cantik dan seksi…hehehe

  2. Kalau pokok costus speciosus tu lain sikit.. batangnya bentuk spiral.. bunganya pun cantik juga.. costus speciosus ni memang popular juga kerana keunikkannya…

  3. Ooooo….sy dh tersalah info lah….kami dh pacak nama pokok ni sbg costus speciosus…..pasni kenalah tukar…apapun tq atas info yg diberi

  4. Assalam ADMIN………saya memerlukan daun sireh dalam kuantiti yang banyak. Kalu ada info tlg maklum En.Zul @ 010-2911307. TERIMA KASIH

  5. Pokok ni ada 3 pasu di rumah saya.Hanya tinggal satu sebab dah bagi orang.Cantik tapi jangan lupa siram sebab kalau kering bunga yang dikeluarkan tak cantik , pendek-pendek.Nama tak tahu tapi sebab cantik saya beli dan semai lagi 2 pasu .Bila bunga telah kering layu akan tumbuh akar dan anak pokok baru dihujung bunga.Bila orang tanya saya hanya gelarkan bunga gincu.Sebab tak tahu nama sebenarnya.

  6. Oh ya, semalam baru tanya jiran nama pokok ni, ada beberapa rumpun dia tanam di depan rumah dia. Dia pun dah lupa namanya. Terima kasih informasi ni.

  7. bunga ni rajin berbunga,tahan lama pula tu..pokok dia pun bertahan jg asalkan rajin siram sbb dia mmg pelrlukan air..bunga gincu ni ada 2jenis,satu bunga dia panjang skit,satu lg pndek sdkit,kedua dua jenis saya ada,mmg xde bezanya pun cuma bunga yg pnjg tu lg cntik dan warna dia gelap sdkit dr yg bunga pndek tu,kl tanam ditanah lg cntik sbb dia akan membiak beranak pinak spt lengkuas,halia..

  8. Ini pokok setawar halia. Akar pokok ni boleh direbus dan diminum airnya untuk ubat demam panas

  9. Bunga ni Costus woodsonii sy dengar akan menyebabkan cancer… Btul ker ni sebab sy pun ada kat umah sy… Sayang nak buang kalau dapati cancer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam