March 19, 2024
Aku ada buat sedikit search tentang ubi bit ni di google.. Memang ubi bit ni banyak juga khasiatnya. Dikatakan Akar ubi bit merah sering digunakan oleh orang-orang China dan Eropah zaman dahulu kerana mereka percaya mengamalkan dalam pemakanan setiap hari akan memberi tenaga badan dan penjagaan kesihatan yang maksimum. Antara khasiat yang lain: 1. Sel pigmen merah dalam beet didapati berkesan dapat bertindak sebagai agen anti kanser 2. Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga 3. Mengandungi khasiat vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. 4. Mengandungi kumpulan sel ‘Betaine’ yg sgt berkesan membantu fungsi hati 5. Terdapat khasiat Beta-Carotena dan Karatenoid yg merupakan anti-oksiden 6. Terdapat pelbagai sumber galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung 7. Membuang toksik dalam badan
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :49082

14 thoughts on “Khasiat Ubi Bit Merah

  1. Sebenarnya kalau kita baca mengenai khasiat pemakanan,kita digalakkan memilih makanan pelbagai dan bewarna terang(bukan bubuh pewarna tau…) kerana makanan yang berbagai warna mempunya khasiat yang berlainan antara satu sama lain.Contohnya ubi bit ni lah….

  2. Kita selalu dengar tentang kopi tongkat ali…akan tetapi jarang mendengar org memperkatakan tentang khasiat kopi ubi merah…apa komen kwn2 tentang mujarabnya mengamalkan meminum kopi ubi merah nih?

  3. seronok mengetahui khasiat benda2 macam ni. tambahan pulak ubi bit bukan makanan orang melayu. sapa2 ada resepi ubi bit. minta la email kat saya. nak rasanya mempekenalkan kelazatan ubi bit kat teman2 dan jugak pelanggan.

  4. Ubi Bit ni memang sedap…

    resepinya senang jer, buang kulit potong2 kecil..

    Tumis sedikit bawang putih, isi ayam masukkan ubi bit dan air…setelah ubi masak perasakan lah. (Macam masak sayur air jer)

  5. dekat mana nak dapatkan ubi ni…saya amt memerlukan…coz anak saya mngidap penyakit kurang darah merah…ubi ni banyak terdapat dimana?

  6. saya beli kat supermarket. 1 kilo lebih kurang RM 3.00+,tapi belum masak lagi.nak cuba masak cara buat
    sup.selamat mencuba.

  7. senangnye dpt jumpa kat tanaman2 yg ada dipenjuruh dunia.bile ms tb i nak jumpa kat smua tanaman2 nie,cz serunok lhtnya

  8. ubi merah telah dirumuskan dalam bentuk minuman dikenali sebagai red coffee diperkasakan dengan ubi merah. Khasiatnya masih kekal. Hubungi saya di talian 0199887901. tk

  9. Sya telah mengamalkan juice ubi bit yg dibuat sendiri selama 1 tahun. Alhamdulillah, hasilnya amat menakjubkan. Sya dah x perlu pakai cermin mata lagi. Kulit makin glowing, sakit lutut makin berkurang. Uric acid sya dh stabil, semasa sya membuat memogram doc syak sya ada cancer stage 4. Alhamdulillah 3rd check up tisu trsebut tidak membesar. Just amalkan setiap hari samada pagi atau malam ketika perut kosong.
    1. Ubi bit sepotong
    2. 1 green apple
    3. 1 carrot
    4. 1 tomato
    5. 1 stalk celery
    Once a week sya campur pomegranate
    atau pineapple.
    pakai slow juice. Potong pakai ceramic knife utk mengelak buah2an dri dioksidise. Juice kan dn terus minum. Jgn simpan juice dlm peti jika x hbs.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam