Pokok Rukam – Flacourtia inermis

Pokok ini dikategorikan sebagai buah-buahan Nadir di Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :22226

50 comments

  1. buah rukam ni sedap dimakan dengan garam. satu jenis lagi buah rokup. rukam rasanya masam, buah rokup masam, kelat dan manis. tapi kedua dua nya saya suka. siapa ada benih pokok rukam dan rokup ni? email saya…

  2. kalo ga salah Flacourtia inermis itu nama dari tumbuhan lobi – lobi yang buahnya merah seperti plum namun segar masam rasanya.

    Apakah rukam itu sejenis lobi – lobi ?

    kalau ada yang tahu benihnya tolong kasih tahu lewat email yaa … ?

  3. Assalamualaikum

    Tempat saya digelar buah kerekup (rokup). Buah yang matang (masak warna merah), digelek lembik antara tapak tangan. Kalau makan banyak gigi kotor.

    Rukam atau rokam rasa masam, tetapi kalau yang ranum, merah kehitaman, enak cicah dengan kicap

  4. Kalau benih pokok rekup atau kerekup,kt kg sy ada la….sy x pasti la rekup dengan rokam tu buah yang sama,tapi tengok gambar tu sama je….bolh tanam guna anak benih yang banyak tumbuh bawah pokoknya atau guna kaedah tut(guna tanah dan balut dgn plastik pada ranting yang elok)..

  5. laaa macam mana korang nak hantar ye… alamat ke email ke tak bagi.

    email seperti diatas.

    sesiapa yang ada biji benih pokok rukam boleh juga hantar dengan pos kepada saya dialamat Azman Mohamad, No. 121A, Kg Baru, 08600 Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

    Tk

  6. Salam…..InsyaAllah,bila balik kg nanti sy makan buah rekup ni & simpan bijinya untuk pos(selalu sy makan telan dgn biji2nya skali….hehe)…Nak pos pokok takut mati plak pokok tu….Balik kg bln lepas buah baru berputik lebat juga…..Tapi sy balik kg lg,raya nanti la kot…

  7. Tq chah.
    buah rekup ke buah rokam? saya nak buah rokam sebab buah rokup kat kg sy pun ada, tapi jenis kecik. kalau kat kg chah jenis besar ok jugak.

    dah ada alamat umah saya ke chah?

    tq.

  8. siapa pernah dengar buah asam kumbang atau buah sepom? saya baru je tengok buah sepom baru baru ini. saya pernah tengok dan rasa buah asam kumbang masa saya kecik kecik dulu. buah macam mangga telur tapi kulitnya warna ungu. rasa nya masam masam masam manis dan baunya sangat kuat macam bacang/macang.

    buah sepom pulak sebijik macam buah bacang tapi kecik dan bulat. kulit tebal bau macam manis tapi kalau dimakan, masamnya bukan main lagi.

    admin, macamana cara nak pos gambar kesini?

    tq

  9. eiman,
    kt kg sy tu buah rekup…klu dh ada xpa la….
    sy pun pernah mkn asam kmbang tu masa kecik2 dulu tp la x pernah jmpa lg dah…search buah asam kumbang kt internet pun,yang kuar gambar asam paya…Balik kg hr tu sedih tgk pokok remia,pokok setoi,pokok keriang & pokok star dah kena tebang….huhu,sian generasi akan datang…

  10. Betul tu.. kesian pada generasi akan datang.. tak dapat melihat semua yang pernah kita miliki sekarang.. sebab tu Jabatan Pertanian,Mardi,FRIM pun sedang cuba mengumpul koleksi buah-buahan seperti ini supaya tidak pupus ditelan zaman..

  11. betolla,
    banyak pokok buah nadir kita dah takder… huhuhu… pernah dengar buah GONCAQ(macamana nak pronoun ha). buah nye kecik kecik sebesar biji jambu batu. kalau masak rasa masam masam manis. kalau tak masak pun boleh makan, dengan melurut buah tu kedalam mangkok dan letak gula, kicap dan sikit cili potong. sedap gak tau.

  12. Buah CONCAQ tu,kami sebut buah gucil(sebab kami orang ulu & ckp pelat siam…hehe)….kt kg sy ada lg buah goncaq tu….buah cenderai,buah rotan,buah mertajam,buah keriang,buah senduduk….hatta ubi gadung pun ada lg….nant bulan dpn balik kg sy akan cuba snap gambar2 pokok ni & paparkan kt sini….

  13. Buah Mertajam – hmmm sedap tu. dulu tepi dapo umah mak ada sepokok dan lebat buahnya. skg dah mati huhu, tak sempat simpan generasinya.

    semua buah kat atas tu pernah dilihat kecuali ubi gadong. mungkin pernah makan tapi tak tahu nama.

    pernah dengar buah kiap, pala bukit, kana?

  14. eimann…tolong kupas mengenai mangga telur ni..saya nak tau nama lain yang orang panggil, nama saintifik & famili, asal, lokasi dijumpai, kegunaan, & juga gambar dia klu ada. please…..cari kt internet xjumper…saya x kenal plak

  15. Buah rokam rasanya masam piang tapi kalau buah qekup manis-manis kelat. Pokok kana boleh membesar dan dijadikan kayu balak. Kijang amat suka makan buah kana.Dikawasan hutan Muzium Arkeologi Lembah Bujang Merbok Kedah bolrh didapati kalau teringin nak tengok.

  16. Pokok Buah Rokam paling dekat dari KL boleh di dapati di Taman Wetland, Putrajaya. Dulu saya terlibat dalam penanaman berjenis-jenis pokok di sana. Minta bantuan penjaga taman. saya percaya mereka boleh beri panduan, (beberapa bulan lepas buahnya sedang meranum!)

  17. saya dulu dok amik pucuk buah rokam hutan dgn sepupu masa tu saya kecik g… ubat org sengugut teruk yg menguling2 tu…mak saya makan wat ulam ..insyaallah bukan hilang…cuma hilang la sakit 3 or 4 bulan x kena senggugut…tp rokam hutan yg saya tau duri dia bisa…x la…

  18. haha..tengok buah rokam ni,tringat aku pekena anak buah aku..aku cakap buah ni manis ..dia pun ambil la trus masuk mulut gigit..sekali trus meraung teriak…kecoh la..aku gelak ja la..memang tabiat aku suka pekena anak buah aku…sampai la ni,dia x percaya kat aku klu tanya buah2 pelik kat area rumah tok yah dia..

  19. rukam masam selain di taman wetland, ada juga di taman berdekatan tasik presint 16. kalau yang di wetland, masak nak cari tempatnya (kalau tak salah saya jauh ke dalam). kalau di tepi tasik presint 16, amat dekat dengan pintu masuk dari rumah tpm.

  20. Mas,
    mangga telur ni adalah mangga yang kecil2 tu. buahnya selalu akan keluar dari satu tangkai berpuluh2 biji atau sampai beratus pun ada. nama saintifiknya tak tahu le pulak. selalunya buah ni orang buat cicah colek je. tapi saya suka buah yang masak ranum, boleh dimakan sekali dengan kulitnya. buah mangga ni jenis mangga tradisional le kiranya. ooopsss!! laman ni untuk cerita buah rukam je kan? sorry moderator…

  21. Masyarakat kami di beaufort sabah pun ada yg panggil rokam, buahnya masam kalau belum masak, warna hijau, tapi kalau masak warna merah kehitaman, kira ranum laa.. manis kelat.. masa kecik2 dulu, kami anggap makan anggur, maklumlah tak pernah merasa buah anggur, tengok gambar je. sebenarnya pokok ni adalah pokok hutan.. tu sebab tak dapat tengok kat pasar2.

  22. satu hal lagi, pokok rokam ni berduri… hmm klu terpijak, boleh tahan juga, kalau biasa duduk kampung tu tak apa laa,

  23. rokam ni masam n kene golek2 dlu kt tpk tgn..kerekup@rekup@qelep lak manis sket la…ianya adala berbeza…

  24. rokam kulitnya sgt nipis..boleh makan terus..x golek2 pun x pe..sebab kulitnya x akan terasing dgn isi..x macam buah kerekup atau rekup..kulitnya sedikit liat dan boleh terasing dengan isinya..dulu kecik2..aku jual buah rokam untuk buat belanja sekolah…se tin (pot)- 5 sen..

  25. yang berduri tu pokok rekup..rokam x berduri…kecik2 dulu..memang x heran la panjat pokok rokam ni..leh capai tinggi 2x rumah…mungkin sebab x buat pangkasan..masa kat kg tu..umah aku je ada pokok ni…mak cik-mak cik kat kg tu suka makan..ambil yg belum ranum..ditumbuk..pecahkan je..bukan hancur..letak cili..gula dan garam….sedap woooiiii..alahai..kecur lak air liur aku..

  26. pic ats; lau kg d kelantan, aku pggil buah kerkup (lau xsilap sebutan die)….@ mcm 6=chah sebut…kerekup…
    cara nak makan die unik….
    yg merah2 tuh kena uli2 kat tapak tgn sampai lembik baru leh makan…lau xsilap rase masam kelat…zaman kecik2 jer aku nah makan, dah lupo rase….
    skg xtau mane nak cari buah nih..

  27. penah makan buah ni,masam sangat…kat rumah mertua ada la…kalau buat jeruk sedap rasanya…orang yang penah makan jeruk tu la yang kata sedap…

  28. salam,sy dan suami berminat klu kalian ada benih pokok ni. klu ada bolehlah kongsi pendpt, krn sy pun mengumpul pokok2 lama ni..

  29. sebut buah rokam, belum tengok buahnya lagi, air liur dah membuak keluar, tahu kemasaman tapi kalau jumpa pasti tak tolak. itu dulu tapi kini nak jumpa pun susah. dimanakah akan ku dapat benihnya.

  30. rokam dengan kerkup tak sama. daun rokam lebar. daun kerkup panjang-panjang. buah rokam di tepi ketiak daun tapi buah kerkup bergugus dan berjuntaian.

  31. saya dah amik banyk kali buah ni kat tmn wetland putrajaya.. ada 4-5 pokok yg besar & rendang.. tiap kali jogging, mmg sya akan bawa plastik..sbb nak kutip buah ni.. syang..banyk yg gugur mcm tu aje.. mybe org x tau buah ni boleh mkn kot.. sya mmg suka buah2 asam ni..

  32. xpernah tgok dan xpernah rase pn cmane buah ni..aduyaiii..kesian btol kat koi ni..ade jual kat pasar tani x? atau ade sesape yg bermurah hati nk bg sy rase buah ni??huhuhu..

  33. kat blakang umah nenek sy dulu de sebatang pkk ni. kalau berbuah, kitorang cucu2 ni sakan petik. buah ni mak slalu tumbuk kasi pecah, gaul ngan blacan, kicap, gula n cili. memang sdp. smp mengulang ke tandas je… kat upm serdang pun de banyak ditanam kat tepi2 jalan. kitorang yg kenal buah ni slalu kenakan kwn2 yg laen. kesian diorg masa kunyah buah masam ni…

  34. buahan kegemaran sy zaman kanak2 dulu….buah yg ranum manis rasanya…..dulu bnyk tumbuh d kg sy….tp skrang sy dah x nampak lagi….huhuhu

  35. Memang sedap buah ni, buah macam buah anggur yang kecil. Masam-masam manis. Masa kanak-kanak dulu selalu jolok dengan kawan-kawan. Dapat sebiji dua pun dah puas hati. Sekarang tak pernah tengok lagi pokok ni, dah tak ada orang tanam.

  36. Rindunya nak makan buat ni.Kelat dan masam…tapi bila dipotong nipis2,letak garam sikit dan lebihkan gula jemur atas atap rumah 4 atau 5 jam .Bila air gula dah keluar ,rokam pun dah macam rangup terus dimakan.Sedapnya.Mana nak dapat benih rokam.Pokok rokam depan rumah arwah opah kat Perak dan mati.Sekarang susah nak nampak pokok rokam lagi.

  37. daun pokok ni boleh buat ubat. kalau perempuan ada cyst dirahim ambil daun yang kering, dan rebus. tapi ada kena baca ayat Quraan. saya tak tahu ayat apa. tapi saya berubat macam tu dulu. memang keluar darah kotor yang kering

  38. Pokok rokam ni dulu ada kat belakang rumah aku. dulu masa sekolah rendah aku jual buah dia kat kengkawan sekolah. 5 sen dapat 20 biji. Disamping tu juga aku panggil asam merah. Boleh dijeruk, buat masak asam ikan, halua dan lain-lain . paling aku suka panjat pokok dia dalam 40-50kaki tinggi dan petik buah di hujung ranting yang ranum kehitaman terus makan sebanyak-banyaknya.
    Satu lagi rokam laut , pokoknya berduri . buahnya manis tak masam dan kelat semasa muda. Pernah makan semasa berkunjung ke Tanjung Belungkur rumah saudara. Tapi buah dia kecik sedikit.
    Pokok asam merah ni tak sangka ada ditanam kat sebelah tempat kerja aku. Hehehehe.. rasanya tak siapa tahu buahnya boleh makan , sebab terbiar begitu sahaja….

  39. Pokok rokam banyak di keliling bangunan UIA Gombak. Buahnya yang merah2 diuli2 hingga jadi hitam dan lembut lalu dimakan. Itulah yang selalu menjadi makanan tengahari dan petang anak2 zaman dulu di samping buah serdang.

  40. Nama tumbuhan di Malaisia termasuk tanaman hutan indentik dengan hutan di Sumatera Selatan,dan bahasanya beda sedikit dengan bahasa yang terdapat di Kabupaten Lahat Sumatera Selatan,boleh dibilang Rukam adalah buah anggur pohon,karena menurut saya bijinya mirip rasanya nyaris sama,tapi agak berasa sepat.

  41. saya baru tanam pokok ni..buat pengetahuan generasi akan datang..skrg sedang lebat dgn buah sulung..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam