Ceri Terengganu

ceri-terengganu2

Sejenis lagi buah nadir yang ingin saya ketengahkan dan mungkin ia tidak  asing lagi oleh masyarakat di Terengganu. Ya.. Buah Ceri Terengganu. Namanya sahaja menggambarkan pokok ini mungkin atau pasti banyak terdapat di Terengganu. Kunjungan ke Terengganu pada tahun lepas memang telah saya perhatikan terdapat pokok ini di sekitar perkampungan di Kuala Terengganu dan beberapa lagi tempat yang saya lupa nama daerahnya.

ceri-terengganu
Buah ceri terengganu kebiasannya bergugus-gugus seperti buah anggur. Kulitnya pula  seperti buah ceri, merah cerah, licin dan berkilat. Buah ini biasanya muncul pada dahan dan ranting kecil.  Rasa buahnya pula manis dan kadang-kadang rasa sedikit masam. Mengikut kajian MARDI, buah ceri terengganu sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi terutamanya kandungan Antioksidan.

Cerita lain mengenai buah ini memang jarang sekali dijumpai. Menurut rujukan buah ini juga ada terdapat di sekitar Johor dan digelar dengan nama buah kelelek atau gegelek. Saya sendiri tidak pasti ejaan sebenarnya. Pada pandangan saya, pokok ini memang cantik dan sesuai dijadikan tanaman hiasan dan teduhan. Kegunaan lain buah dan pokok ini saya kurang pasti.

Mungkin anda di luar sana yang pernah makan atau menanamnya di perkarangan rumah, bolehlah berkongsikan cerita anda di sini. Mungkin banyak lagi rahsia tentang buah ini yang ramai orang tidak tahu..

Number of View :26520

61 comments

  1. Saya pun first time nampak buah ni kat masjid ukm gak (sama mcm yinna). Selain dari masjid, kawasan lereng bukit belakang kamsis D juga ada pokok ni, tapi sekarang tak tahu ada lagi ke tak.
    Pernah juga saya letak kat lidah nak rasa buah ni, ingat kan tak boleh dimakan. Rasanya masam-masam dan ada kelat sikit-sikit.

  2. memang banyak terdapat di terengganu, tak tahu pulak dipanggil ceri terengganu… sebab saya yang tggl kat terengganu ni pun panggil buah kerekuk. biasanya ditanam di kawasan rumah perkampungan tradisional di sini.

  3. Belakang rumah mak saya pon ada pokok ni di Muar. Mak saya kata ceri Malaysia he he….Sekarng ni tengah berbuah tapi tak banyak..Rasanya manis2 kelat..

  4. klau d kelantan,buah n!e d pngil buah khekut… Mcm diorang bgthu,.. Nk mkn kna gelek2 ckt,bru rasanya man!s2 kelat… Tp klau nk tnam bt,prh!asan tp rmah,sy rasa xssua! la,c0z pokok n!e tngg!,dan btg pokok p0n besar,lbh krang sbesar pokok p!sang yg dh matang… Tq.

  5. @wan RED LAND – Buah ni selalu makan masa kekecik sebab ada sepokok kat depan rumah di Muar Johor. Anaknya senang tumbuh dari biji benih. Rasa isinya manis, kelat sikit jika belum cukup masak. Masa kekecik kita org panggil buah cirit. sebab sebelum makan kena gentel-gentel bagi lembut. Lepas tu gigit kulit sikit dan picit, maka terkeluarlah isinya yang putih kekuningan. Tak sempat masak sangat dah gondol kena tibai….hahahaha.

  6. Ada yang panggil rambai istana. Nama saintifiknya Lepisanthes alatas. Banyak di tanam di sekitar tasik UPM, dekat Bukit Ekspo.

  7. buah ni kalau nak di makan perlu gentel2 sampai lembut n baru mudah dimakan…’
    kawasan kemaman byk pokok ni

  8. org ganu panggil buah kekkuk….
    pokok buah ni cantik n daun halus2…
    sesuai utk wat lanskap d halaman rumah..

  9. org kampung saya(kelate) panggil buah kerkuk@kerkut@kekut..pokok dia pokok kayu sebesar mempelam,dulu masa msh bersekolah sllu kait buahnya dan sblm makan digentel gentel dgn tapak tgn bagi dia lembut dan kurangkan rasa kelat tu,nostagia la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam