March 19, 2024

rhedia
Artikel yang ingin saya sentuh kali ini adalah mengenai Buah Rhedia atau nama saintifiknya Rheedia madruno. Buah ini saya pernah merasainya semasa pameran buah nadir sempena MAHA2010 yang lalu.  Berbanding buah nadir yang lain, buah Rhedia ini lebih sedap dengan rasanya yang  masam manis. Namun, saya tidak pasti samada di Malaysia ada terdapat pokok ini atau ianya dibawa masuk dari luar. Namun, setahu saya pokok ini ada di tanam di Arboretum di stesyen Mardi.

Jika anda ada apa-apa maklumat mengenai buah ini, diharap boleh kongsikannya di sini. Maklumat anda amat saya hargai.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :33329

46 thoughts on “Buah Rhedia

  1. Tak pernah dengar nama buah ini. Banyak terdapat kat mana? Ada jual ke kat mana. Ingin tahu jugak.Mungkin namanya berlainan mengikut daerah2.

  2. Salam, saya tak pernah tengok buah ini apalagi nak merasa kalau ada tolong bagitau dimana bolih juga saya merasa buah ini manis atau masam.

  3. A’kum wbt..

    Tak salah saya, orang utara memanggilnya buah “Setaq” rasanya masam2 manis dan jarang sekali rasanya manis, boleh dimakan dengan kulitnya sekali. Bijinya mempunyai selaput bersabut dan berwarna ungu seakan2 isi petai.

  4. Ya org utara panggil buah staq ( setar ) asal nama bandar Alor Setar. Juga dikenali sebagai buah kundang, biji warna ungu

  5. salam,,,rasanya nama buah nie buah kundang, di utara di panggil buah setaq,,rasanya mmg masam masam manis, tapi sedap,,,lah,,,,

  6. buah ni la isteri sy duk sll sebut. mcm buah rambai tp wrn kuning. buah jejentik nm dia… tapi x tau la buah yg sm ke x…

  7. Buah ni ada yang masam dan ada yang manis. Bijinya berwarna unggu. Pokoknya besar dan kalau berbuah selalunya banyak dan daunnya amat lebat.

  8. Rasanya bukan buah kundang. Macam tak pernah tengok. Daunnya lain dari buah kundang. Tengok warnanya, rasa macam sedap aje. Bestnya kalau dapat tengok sendiri buah dan pokoknya.

  9. ini buah asam kundang. di rumah pakcik saya terdapat sebuah pokok. jika berbuah sangat lebat. nak tunggu ia berbuah mmg lame, tapi bila berbuah lebat sungguh. rasanya masam, jika makan dgn kulitnya ada rasa pedas sikit kerana kulitnya bergetah. pakcik saya duduk di kg seri paya, parit raja. jika nak singgah, di hadapan rumah beliau ada pokok kekabu yang besar. orang jawa panggil buah kapuk

  10. En Fazlisyam, buah Rhedia yang kat MAHA 2010 baru ni adalah dari SPK Hulu Paka, dari koleksi yang saya tanam yang diambil benihnya dari Sarawak. Buahnya sama seperti Kundong, Keluarga buah Manggis. Rasa masam tapi isi mcm manggis. Di SPK Hulu Paka ada kedua2nya, Rhedia dan Kundong. Tapi buah Kundong ada didapati di Jerangau Terengganu. Yang terdapat di Hulu Paka saya ambil di Stesen Layar di Betong Sarawak pada 2005. Pokok Rhedia yang di tanam di SPK Hulu Paka adalah diambil oleh En. Esa kat sabah kalau tak salah saya pada 2004

  11. salam…
    buah ni isinya macam buah rambai ke?
    kalau ya mcm pernah makan buah ni masa tinggal di negeri sabah dulu.. tp tak pasti pula nama buah ni…

  12. tak pernah la nampak buah ni.. En. admin tolong belahkan buah tu..kami nak tengok bagaimana isi dalamnya…betul ke macam manggis?

  13. Salam..

    Mmg tak pernah rasa.. Kat Johor rasanya mmg takde tanam kot. Agak² kalau jual ada baik tak dia punya market?? Kalau Ok, bleh kita tanam secara ladang.. Tapi market kena tahu mcmane.

  14. saya tak pernah jumpa pokok ni..tetapi kalau sesiapa ada sampel atau boleh
    beri maklumat di mana saya boleh dapatkan sampel, saya teringin untuk
    melakukan kajia saintifik. sekian, Terima kasih

  15. Kalau tak silap saya ini namanye buah kundang, buah muda berwarna hijau kalau masak berwarna seperti didalam gambar tu. Kalau yang muda tu sedap dibuat sambal belacan dimakan dengan pucuk ubi dicelur. Buah ini terdapat dua jenis ade yang berbuah bulat dan satu lagi berbentuk bujur yang telah diusahakan oleh petani negara Thailand memang manis tiada masam langsung.
    Kalau kat perak dipanggil buah ”reme ia”.

  16. tu bukan buah kundang ke?

    rasa dia masam.. dah masak warna kuning dan lembik. kalau belum masak, warna hijau. biasa org buat jeruk. biji dia warna ungu.. sebab tu org dulu (nenek saya la) panggil warna ungu dengan nama biru kundang

  17. salam. saya pernah makan buah ni masa kat kuantan.Rasanya masam manis. Kata penjual , buah ni dikenali di terengganu dgn nama manggis hutan.

  18. Salam,
    Rupa macam buah kundang. Tapi adakah En Ahmad Mazmi Ngah maksudkanbuah kundong tu buah kundang saya confused sikit.

  19. untuk makluman.. buah di atas bukan buah kundang.. buah Rheedia ni kecil sedikit dari buah kundang dan bijinya juga bukan warna unggu..

  20. buah ni kalau tak silap pandang macam buah sentol. Panggilan kat kampung saya di sarawak. rasa dia memang masam manis. tapi buah ni bermusim

  21. Buah staq orang utara panggil. Ada yg. “masam prit”. Kalau yg. besaq, manis la juga. saya suka buah ni tapi susah jumpa dan jarang2 dijual.

  22. Buah ni kat kg arwah bapak saya ada Tg Banja,Parit. Pokok nyer agak besar n merimbun tapi byk kerengga. Mmg orang panggil buah star ataupun buah rembia. Kalau yg muda tu warna hijau. Ranggup mcm mangga muda. Kalau musim durian dulu, kitorang kait, belah dua, buang biji yg kaler purple, bubuh garam n gula jadi jeruk. Sedap gile!!!

  23. Saya setuju dgn admin. Buah ini bukan buah kundang atau buah star. Kundang atau star bentuk sedikit lonjong/bujur spt telur.

  24. oooooo….klau buah setaq baru la kenal….yela slalunya kt kg sy pun pggil cmtu gk…(kelate)….klu wat jeruk sedap ni….

  25. Rasanya sy sokong yg ni bkn buah setaq @ kundang, lain je x pernah tengok, lg pun ranting yang ada kat gambar tu macam ranting manggis je… klau setaq buah dalam gugusan… tangkai utama besar sikit pastu baru la buah bergugus pada tangkai utama td…Nak tanya gambar ranting dan daun tu betul ke dia punya…

  26. Ni buke buah ngeke ke?tgk macam buah ngeke dh.loghat klate ngeke.kt lain..xtau pggil buah apa.

  27. Orang utara tak panggil buah staq…orang utara panggil buah redan.. Isi mcm buah rambutan.. Rasa masam2 manis… Pokok nie dah lama dah pupus… Buah kumbar pun payah nak jumpa dah… Sapa ada simpan pokok boleh laa buat benih..

  28. Kesimpulan ianya bukan buah Setaq @ remia @ Kundang bgai…Ianya buh Rhedia sefamily manggis…trima kaseh…

  29. Saya ada anak benih pokok rhedia ni.. rasa nya akan jadi manis2 masam apabila warna nya masak ranum iaitu kuning ke oren @ kemerahan gitu.. rasa seakan manggis( mungkin suku sakat manggis Kut), tapi buah nye comel je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam