March 19, 2024
nipah21 Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di kawasan hutan bakau atau di tempat pasang surut dekat tepi laut. Daun pokok Nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah dan digunakan dalam seni anyam-menganyam bakul dan jerami. nipah Jika Melaka terkenal dengan gula Melaka atau gula merah, Sarawak pula terkenal dengan gula apong, yang juga hampir menyerupai gula merah. Bezanya, gula melaka dihasil menggunakan nira pokok kelapa, sedangkan gula apong dihasilkan menggunaka nira nipah, yang sememangnya banyak di Sarawak. gula-nipah1 Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak.  Antaranya ialah seperti kuih Celorot(gambar di bawah), kuih Keria, dan kuih Bongkol. Selain itu, ia juga sedap di campur dalam minuman cendol. selorot Oleh kerana proses menghasilkan gula apong agak rumit dan pengeluarannya dikatakan agak terhad, maka tidak hairanlah ianya dijual dengan harga yang tinggi. gula-apong Ada sesiapa orang Sarawak di sini yang biasa menggunakan gula apong, di harap bolehlah kongsikan sedikit cerita anda tentang gula apong..
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :70320

18 thoughts on “Gula Apong dari Pokok Nipah

  1. Walaupun orag Sarawak yg diajak berkongsi pgunaan gula apong….sy nk jg mencelah…hehe..

    Dolu2 klu mak sy buat cendol,masa masak air gulanya(sirap),mak sy akn masukkan skali beberapa helai rokok daun(daunnyer je la…bukan dengan tembakau)sbb nk kan air gula tu rasa gula apong.Tapi rasa air gula cendol tu mmg interesting la..Ye la sbb rokok daun tu dibuat daripada daun nipah muda yg dikeringkan…

    Kat smenanjung pyh la nk jmpa gula apong,yg rasanya hampir sama adalah nisan nipah…iaitu air nira nipah dimasak hingga pekat dan simpan dalam botol…tq

  2. Sebut pasal pokok nipah. Teringat kat kampung. Dikampung saya, daun nipah selain dibuat atap, yang muda dibuat balut otak-otak, bagus sebab daunnya lebar, kalau dibakar baunya lebih wangi dari daun pucuk kelapa. Buahnya yang muda memang sedap. Dikampung saya, tak ada yang membuat gula nipah sebab buat gula melaka dari mayang kelapa lagi mudah. Teringin juga nak beli gula apong ni kalau ke Sarawak nanti.

  3. Kamek jadikan gula apong jadi gula-gula, yang selalu dikenali sebagai gula batu apong, campur dengan sedikit kacang yang sudah dikisar. Tapi prosesnya kena dilakukan segera, sebelum gula apong tadi mengeras.

  4. Nipah memang banyak gunanya;
    Daun – dibuat atap
    Pucuk – dibuat rokok daun
    Bunga – dibuat kerabu (bunga yang dah disiang dan
    direbus boleh dibeli di Pasar Siti Khadijah, Kota
    Bharu). Resepinya kena tanya org PCB hehe..

    Buah muda – isinya dimakan spt kelapa muda
    Air buahnya – boleh diminum
    Tandan – boleh ‘disadat’ untuk mendapatkan niranya.
    Rasanya agak payau berbanding nira kelapa.
    Nira – diperam utk dijadikan cuka. Cukanya lebih sedap
    dimakan buat ‘colik’ dan utk masakan. Cuka nipah
    masih boleh dibeli di tepi-tepi jalan di Penarik, Trg.
    – dimasak utk dijadikan gula merah/apong

    Baru-baru ini keluar kat TV, buah nipah dah jadi ais krim!! Saya teringin sangat nak cuba… kat mana ye?

  5. Saya bukanlah orang Sabah atau Sarawak, tapi orang utara semenanjung. Kat belakang rumah ada pokok nipah. Mak selalu wat nira nipah..sedap..nak wat gula apung atau disebut sebagai nisan nipah, bkn batu nisan ya..punya la susah..dari pagi sampai petang kena kacau kawah sampai kering air nira tapi ambik yang segar dan manis sahaja. yang masam emak wat cuka nipah..buahnya kami mkan macam tu saja. sedapnya sepuluh kali ganda ngn buah kabung..kalu isi tak keras lagi, lembik2 ckit tulah yang paling sedap dan manis..

  6. saya syairah,merupakan seorg student drpd sebuah ipta.
    kini sy sdg membuat sedikit kajian mengenai gula apong.
    boleh admin berkongsi sumber rujukan penulisan artikel mengenai gula apong ini.. tq, kerjasama amat dihargai..

  7. Kampung Tambak, Pusa pengeluar gula apong/garam apong/cuka apong yang paling popular di Sarawak. Sila hubungi kami 0138186454 joblee ramli

  8. saya kenal gula apong sjak hingusan lg. Emak sllu suruh sy pg kedai beli utk buat kuih nasi manis. Nasi pulut yang sudah masak digoreng dalam kuali dicampur gula apong ini. Lepas tu nasi ini diuli dalam upeh pokok pinang. Rasanya sungguh sedap dan mengenyangkan.

  9. satu lg kegunaan dari pokok apong ini yg org ramai tak tahu sgt2 iaitu tandan buahnya yang telah kering di mana buahnya telah diluruhkan sangat sesuai utk dijadikan alat penggaru belakang. Rautkan sedikit tandan buahnya untuk mendapat bentuk yg sesuai. Biarkan gagangnya panjang sedikit supaya senang menggaru. Bila garu belakang dengan tandan apong ini memang rasa sedap sangat2 sampai tak terkate-kate . Tak payah nak mintak tolong isteri atau anak atau cucu tolong garukan.Tak caye boleh cube le…

  10. gula apong juga boleh digunakan untuk perapan ayam panggang atau daging dicampur dengan serbuk kari adabi( untuk marinette ). anda akan terasa kelainan tersebut. yum3..selamat mencuba. Pokok nipah yang mati boleh jadi sumber rezeki untuk penjual umpun-umpun. Harga mahal tetapi berbaloi untuk digunakan memancing udang galah di sungai batu kawah dan lain-lain tempat.

  11. untuk makluman semua kpg sya merupakan pengeluar gula
    nipah terbesar di sarawak .sesiapa yang berminat sila hubungi saya di talian …..0148795456.

  12. Bagi anda yg berminat ingin mendapatkan gula apong, boleh ke fanpage saya. Pelbagai produk makanan & kraf dari sarawak juga ada di sini.

    Terima kasih

  13. Salam semua pembaca. Sesiapa yg berminat nk dptkn gula apong sarawak sila pm saya 01115494491

  14. Di daerah Manjung Perak masih banyak kelihatan gerai-gerai kecil tepi jalan berhampiran sawah padi, yang menjual nira nipah.

    Sangat sedap, bagi saya lebih sedap dari nira kelapa (tuak) yang biasa dijual di negeri kelantan. Rasa manis yang kuat dan diikuti (aftertaste) sedikit kelat..rasa macam air rambutan pun ada.

    (Saya suka hiris isi rambutan, kumpul semangkuk isi sahaja tanpa biji baru makan..dan last sekali boleh hirup air dia dari mangkuk..pergh)

    Kalau di pasar malam pun kadang-kadang ada juga terjumpa nira nipah. Tapi mahal sikit la sebab jauh dari production area dia. Kat bazar ramadan pun selalu jugak ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam