March 19, 2024

pisang-udang-merah

Maaflah sebab dah beberapa hari tak menghantar artikel baru di Blog ini. Semalam saya baru sahaja pulang dari luar negeri. Tidaklah jauh. Negeri Perak Darul Ridzuan je.. Kali ini saya telah dapat mengenali lagi beberapa lagi jenis / spesis pisang yang jarang-jarang sekali dapat dilihat apatah lagi kalau nak beli di kedai. Antara yang menarik untuk saya paparkan di sini ialah Pisang Raja Udang.

pisang-udang-merah2

Pisang ini pada kebiasaanya akan berwarna merah hati apabila sudah hampir masak. Sempat juga saya ambil gambar pokok pisang ini sekali bersama buahnya.  Kalau anda rujuk/ buat carian di google tentang pisang ini ada yang menyatakan Pisang ni mempunyai mitosnya yang tersendiri. Pisang ni dikatakan tidak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa kerana  Putera Raja tersebut telah bersumpah bahawa seluruh keturunannya tidak boleh memakan buah atau menebang pokok pisang raja udang ini. Nak cerita memang panjang.. Anda boleh baca sendiri…

pisang-udang-merah3

Isi dalamnya berwarna putih apabila masak dan rasanya sedap seakan-akan pisang berangan. Saya sendiri pun belum sempat rasa lagi pisang ini kerana masih lagi menunggu buah ini masak. Mungkin anda di sana pernah merasai pisang jenis ini, bolehlah cerita pengalaman anda..

Sebenarnya di Malaysia ini masih lagi banyak jenis pisang yang tidak diketahui dan kurang dipromosikan. Kebanyakkan antara kita terutama generasi baru hanya mengenali pisang berangan, pisang abu, pisang awak, pisang tanduk, pisang emas dan pisang goreng sahaja. Mungkin di kampung anda, ada pelbagai lagi jenis pisang yang jarang orang lain tahu. Harap dapat dikongsikan di sini…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :67917

107 thoughts on “Pisang Raja Udang

  1. Ni kalau kami panggil pisang tembaga…..mmg betul pisang nh keturunan kami iaitu org bajau dari suku balimbing..bang bajau dari suku lain boleh makan suku kami saja..sbb ada kisahnya….d mna satu kisa seorang pelayar dari keturunan raja…telah…..berlayar lalu dia menghadapi ribut semasa di laut….dan kapal dia naiki telah karam…….di pendekan cereta dia terjumpa satu pulau….yg mna d pulau to dia yelah bersumpa bahawa seluruh keturunannya dak boleh mkn buah nh….panjang lagu cerita…kalau nak tau boleh type terhs ke gogole ada dlm blog sy

  2. Pisang ni saya makan ok je, ada rasa masam sikit mcm raspberry. Kalo rasa nak makan, makan jela, kang kempunan plak. Pisang yg warna merah lagi 1 name die Musa Velunina, yg tu jantung pisang die kat atas dan biji besar2.

  3. Sy sedang cari benih pokok pisang raja udang utk ditanam….di mana boleh beli benihnye…sape ada boleh contact sy tak….

  4. Ada banyak lagi jenis pisang nadir : contohnya:

    1, pisang mentaloon
    2. pisang abu
    p. pisang apau
    4. pisang kelat raja
    5. pisang kelat
    6. pisang susu
    7. pisang kapal
    8. pisang awak nipah (awak batu)
    9. pisang bunga

    & dua tiga jenis lagi yang saya terlupa namanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam