This site contains information, graphics and quizzes on the topic of plants...

Potensi Industri Tanaman Durian

Durian merupakan tanaman yang semakin hari semakin mendapat tempat di Malaysia kerana terdapat potensi pasaran yang besar bagi industri durian Malaysia. Dengan China kini menjadi pengguna terbesar buah Durian dunia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menjangka 1,000 tan durian jenis premium iaitu Musang King (D197) dan Black Thorn (D200) dieksport ke China setiap bulan.

Beberapa tahun kebelakangan ini pelancong daripada China antara yang paling dominan dalam sektor pelancongan negara selain daripada Singapura untuk mereka menikmati durian Malaysia. Daerah Raub dilihat semakin popular kerana telah dikenali sebagai daerah pengeluaran buah durian Musang King.

Untuk memahami serba sedikit potensi tanaman durian dan Aspek penting dalam Penanaman boleh rujuk video slide perbentang di sini >> https://youtu.be/fngsPFFDA4I

Number of View :21

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Taman Agroteknologi MARDI merupakan salah satu destinasi menarik yang mesti dikunjungi apabila anda bercuti di Cameron Highlands. Lokasinya terletak di Tanah Rata. Kawasannya luas iaitu sekitar 42 hektar yang merangkumi bangunan pusat penyelidikan dan pusat informasi. Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, ia turut menyediakan berbagai tarikan seperti taman herba, taman orkid, taman ros, ladang teh, strawberi, epal, teknologi penanaman sayur-sayuran secara fertigasi dan banyak lagi. Pelbagai spesies tumbuhan yang unik juga anda boleh temui di sini. Antaranya seperti pokok belon dan pokok-pokok bunga yang unik.

Saya sempat berkunjung ke sana beberapa hari yang lalu. Untuk melihat Video Pendek yang sempat saya rakamkan semasa lawatan tersebut, boleh lawati Channel Youtube saya di sini ini >> https://youtu.be/g2YLOy2rdeI

Jangan lupa Subcribe ye.. untuk info-info terkini berkaitan tumbuhan, tanaman hiasan dan seangkatan dengannya.

Number of View :27

Asian Seed Congress 2019

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri Asian Seed Congress 2019 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 25-27 November 2019. Di sini banyak maklumat terkini mengenai perkembangan teknologi industri benih semasa dan perkara-perkara yang berlaku di serata dunia berkaitan industri benih ini. Kebanyakkan varieti benih baru yang dihasilkan adalah dari teknologi pembiakbakaan terkini yang memberikan hasil yang lebih baik dan tahan kepada penyakit.

Antara aktiviti yang menarik semasa acara tersebut berlangsung ialah terdapat perbentangan kerta kerja teknikal berkaitan industri benih dan pameran dari pengeluar biji benih terbesar dari negara China, India dan lain-lain negara. Acara Asian Seed Congress juga memberi ruang dan peluang untuk pihak industri berkepentingan berhimpun pada satu tempat untuk berurusan dan menambahkan rangkaian pemasaran bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Lebih dari 1,000 orang peserta telah menghadiri Asian Seed Congress. Untuk melihat Video Pendek yang sempat saya rakamkan semasa Acara tersebut, boleh lawati Channel Youtube saya di sini ini >> https://youtu.be/ux1I3bfxPrQ

Jangan lupa Subcribe ye.. untuk info-info terkini berkaitan tumbuhan, pertanian dan seangkatan dengannya.

Number of View :36

Pokok Ekor Ular

Pokok Ekor Ular atau nama saintifiknya Stachytarpheta urticifolia tergolong dalam famili Verbenaceae. Ada juga menyebutnya Pokok Sisik Ular. Pokok ini dikatakan boleh menjadi penawar bisa Ular Tedung. Info ini juga ada tular di facebook dan Youtube mengenai kemampuan pokok ini yang mampu menjadi penawar kepada bisa ular tedung. Selain itu, ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan binatang berbisa lain seperti lipan dan kala jengking.

Pokok ini sangat mudah dijumpai di kawasan semak dan belukar. Sekiranya anda ada sesuatu info mengenai tumbuhan ini, silalah kongsikannya di sini.

Number of View :195

Pokok Ekor Kucing

Pokok Ekor Kucing atau nama saintifiknya Acalypha hispida tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Pokok renek ini kebiasaanya ditanam sebagai tanaman hiasan dan boleh tumbuh melebihi 3 meter. Bunganya berwarna merah yang kebiasaanya berjuntai-juntai seperti ekor kucing. Daunnya hijau dan berbulu. Gambar pokok ini diambil semasa melawat ke Entopia Penang Butterfly Farm pada Julai 2019 yang lalu.

Spesies ini merupakan sejenis tumbuhan ‘dioecious’ di mana terdapat pokok bunga jantan dan betina. Pokok betina mempunyai ‘pistillate’ (bahagian bunga yang mempunyai ovari ). Pokok ini mudah ditanam menggunakan biji benih dan juga menggunakan keratan dahan.

Pokok Ekor Kucing dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri. Antaranya ialah bahagian bunga boleh direbus dan diminum dikatakan dapat menyembuhkan batuk berdarah. Air rebusan daun dan bunganya juga digunakan untuk merawat luka dan ulser. Sejauh mana keberkesanan amalan ini, saya tidak pasti. Anda boleh kongsikannya di sini.

Number of View :111