March 19, 2024

cleome
Maaflah.. semakin hari semakin kurang idea nak menulis.. Apa pun artikel kali ini saya nak memperkenalkan pokok hiasan yang jarang dilihat ditanam ditanah rendah sebaliknya banyak dijumpai di Cameron Highlands yang berhawa sederhana sejuk. Namun, gambar di atas ini saya  rakamkan semasa ke kampung Felda Kledang bulan yang lalu. Saya tidak pasti pokok Cleome ini spesis yang mana satu, namun daripada rujukan spesisnya seperti Cleome spinosa. Kalau salah harap diperbetulkan.
cleome2

Pokok hiasan ini juga satu keluarga dengan pokok maman atau nama saintifiknya Cleome gynandra. Pokok ini memang sesuai dijadikan tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik dan pokoknya juga unik. Jika anda ingin berkongsikan sesuatu mengenai pokok ini, saya amat alu-alukannya.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :19313

1 thought on “Pokok Cleome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam