March 19, 2024

jambu brazil
Artikel kali ini Penulis ingin berkongsi sejenis jambu yang jarang sekali dijumpai di Malaysia yang dikenali Jambu Brazil atau nama saintifiknya Psidium cattleianum. Di luar negara ia lebih dikenali dengan nama  Cattley guava manakaladi Indonesia ia dikenali dengan nama jambu biji brazil.

Menurut rujukan, jambu ini berasal dari negara Brazil dan terdapat 2 varieti jambu brazil iaitu kulit buah yang berwarna merah dan juga berwarna kuning. Varieti buah berwarna merah lebih dikenali sebagai strawbery guava dan buah berwarna kuning dikenali sebagai lemon guava. Rasa buah ini sedikit masam seakan buah markisa. Ada juga yang melaporkan buah ini rasanya manis apabila cukup masak.

Buah yang bersaiz jari telunjuk hingga ke sebesar ibu jari juga ada dijumpai dijual di Cameron Highland tetapi lebih popular dengan nama  Jambu India atau Red Indian Guava. Daripada rujukan lain pula, Jambu Brazil dan Jambu India adalah 2 varieti yang berbeza. Penulis sendiri belum dapat pastikan sejauh mana perbezaan di antara dua varieti ini.

Buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi ini boleh dimakan segar keseluruhan buah atau boleh diproses menjadi jem, jeli, dan jus serta ais krim.

Jika anda mempunyai sesuatu untuk dikongsikan mengenai jambu ini, silalah komen di bawah ini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :25137

1 thought on “Jambu Brazil vs Jambu India

  1. salam. sebelah utara buah jambu ni dikenali dgn nama jambu bola atau jambu keling.rasanya masam manis.buah yg besar apabila masak berwarna putih merah dan yg kecil berwarna merah.buah yg masak selalunya terdapat ulat ,jadi sebelum makan kena periksa dulu akan kehadiran ulat dalam buah, tp kalu termakan pun tak apa bknnya haram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam