March 19, 2024

putik-jambu-mawar
Artikel kali ini mengenai satu lagi jenis spesis yang juga semakin sukar untuk ditemui yang dikenali buah jambu mawar. Gambar dan informasi ini telah dikirimkan melalui email oleh saudara Jalaluddin Asram 3 hari yang lalu. Serba sedikit coretan mengenai buah jambu mawar yang sudi dikongsikan oleh beliau boleh anda baca di bawah ini;

Baru-baru ni saya balik ke kampung halaman di Muar, Johor dan meninjau-ninjau sekitar rumah bonda dan terlihat buah jambu mawar ni. Rasanya ramai anak-anak muda tak dapat mengenali spesis jambu ni lantas kesukaran menemuinya. Jambu batu, jambu air, jambu bol, jambu madu dan jambu botol masih ada disekitar rumah bonda saya ni.. Alhamdulillah anak cucu berpeluang mengenal spesis jambu-jambu ni…

bunga-jambu-mawar

Berbalik kepada jambu mawar tadi rasanya ia berbuah sepanjang masa.. entahlah setiap kali balik kampung mesti ada berbuah dan berbunga. Tapi tak la lebat sangat. Bunganya ala-ala bunga jambu bol tapi berbunga dihujung tangkai tak seperti jambu bol berbunga didahannya.
Buahnya bila ranum akan kekuningan dan berbau wangi. Sungguh enak aromanya…. Bila nak makan, ambil dulu baunya…baru la makan. Bijinya seiras jambu bol
Pokoknya agak besar juga dan banyak dahan. Khasiatnya kurang pasti la pulak…

jambu-mawar1

Itulah informasi mengenai  buah jambu bol yang ingin dikongsikan oleh saudara Jalaluddin. Terima kasih sekali lagi kerana sudi mengirimkan gambar. Bagi anda yang masih ada menanam pokok jambu mawar ini di kampung halaman, diharap dapat memberi sedikit komen di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :40512

40 thoughts on “Buah Jambu Mawar

  1. Salam…

    Kat tempat sy pun panggil jambu mawar gak ni…mungkin sbb baunya memang ala-ala bunga mawar(ros) pun klu dah cukup masak…Dolu2 masa kck2 xtau sgt nk bezakan buah yg dh msk.Kbetulan pokok jambu mawar ni tepi kolam ikan.So,buah yang dipetik dicampak dlu dlam kolam.Yg blm masak akn tnggelam sbb isi msh padat,smentara yg dh masak akan timbul…..Nostalgianya……

  2. Salam, sewaktu zaman kanak2 saya dulu waktu itu di JB, jiran saya ada menanam pokok Jambu Mawar ini. Pokoknya tidaklah besar sangat jadi kami selalu petik buahnya dan makan, buahnya berbau wangi dan sedap dimakan tetapi sekarang ini dah tiada lagi dari pandangan dah pupus. Anak2 zaman ini terlalu rugi tidak dapat mengenali pokok2 saperti itu…. sayang sekali…

  3. Assallamualaikum, jambu mawar agak jarang ditanam sekarang berkemungkinan tanaman ini tidak memberi pulangan hasil yang baik. spesis ini ada beberapa jenis tumbuhan liar hampir sama dengan jambu mawar.
    1. Jambu Air; buahnya sama dengan jambu mawar cuma buahnya agak kecil. pokok ini tumbuh meliar ditepi hulu-hulu sungai.
    2.jambu laut; rasa buah seakan jambu mawar tapi pokoknya besar seperti jenis saka ia tumbuh berhampiran pantai lauu bertanah pasir(beris) seperti sekitar pantai Terengganu.
    3- Jambu boe; buah nya rasa seperti jambu mawar juga tapi ia agak spera sedikit.
    Di kebun saya masih ada lagi satu poko jambu mawar.

    thanks.

  4. Memang benar, BuahJambu Mawar in boleh dikatakan hampir lupus. jarang sekali dapat menemuinya.

    Sebahagian dari sebab in juga mungkin kerana hasilnya yang amatlah sedikit berbanding dengan tanaman spesies jambu yang lain.

    Nampak gaya dari apa yg dapat saya perhatikan, kebanyakan pohon ini yang masih subur terletak berdekatan dengan punca air seperti longkang dan sebagainya.

    Adakah pokok ini memerlukan air yang lebih banyak dari pokok-pokok sejenis dengannya?

  5. saya tak pernah tengok sebelum ni…saya ingat jambu batu…emm tapi oklah jugak bole tambah ilmu…..

  6. saya pernah tengok buah jambu mawar ni. tapi masa zaman kanak-kanak dulu… dh lama tak tengok jambu mawar ni. apa pun terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan saya

  7. Jambu mawar, bila masak warnanya pink. Baunya harum, sesuatu yang mungkin memberikan nama “mawar” kepada jambu ini (dah lah jambu, mawar lagi….).

    Saya pernah merasai jambu ini semasa tinggal di Sungai Petani. Jiran saya tidak menanam poko ini, tetapi bercambah sendiri (mungkin hasil daripada kerja burung atau kelawar). Bila lihat pokok yang sedang bercamabah, jiran tidak jadi menebangnya kerana kecantikan pokoknya.

    Apabila pokok ini berbuah, dia pun tak tahu apakah jenis pokok ini, sehinggalah diberitahu oleh jiran di hadapan, “inilah buah jambu mawar”.

    Akibat daripada keunikan buah ini, anak poko ini menjadi rebutan jiran-jiran lain, yang ingin juga menananmnya, termasuk saya.

  8. buah ni memang unik, dulu masa zaman kanak – kanak, saya dan kwn2 selalu ambil bunga buah ni untuk dijadikan ‘brush’ pemerah pipi. Blush nya pulak dibuat drp kapur tulis berwarna pink yang dihancurkan dan dibancuh dengan air. Bestnya masa tu dpt main pengantin – pengantin. He3…..

  9. Jambu Mawar sungguh nostalgia. Dulu masa kecil (sehingga tamat tingkatan 5), saya selalu makan buahnya yang tumbuh di belakang Masjid Jamek Renggam. Baunya harum, buahnya nipis dan berbiji besar. Rasanya unik dan sedap. Pokoknya besar tetapi kurang berbuah. Saya selalu panjat pokoknya untuk ambil buahnya yang jarang-jarang itu. Memang kurang nilai komersil tetapi tinggi nilai sentimental.

    Sesiapa yang ada pokok ini terutamanya yang berhampiran Tangkak? Saya bercadang nak berziarah mengenang kisah silam dan nak ambil biji/benih untuk ditanam. Saya jarang layari internet, jadi anda yang berkenaan bolehlah hubungi saya di zzz_nie@yahoo.com.

    Sesiapa ada maklumat untuk buah seakan cempedak tetapi kecil yang dipanggil oleh ayah saya buah temponek? Buahnya bila masak, kita pegang kulitnya dan tarik tangkainya. Isinya akan terkeluar bersama tangkai yang kita tarik tadi. Buahnya manis dan berbau harum. (Buah ini ayah saya bawa balik ke rumah daripada hutan berdekatan kawasan Simpang Renggam sekitar tahun 80an)

  10. Buah ini banyak didapati kawan saya di penang, memang sedap dang wangi bau nya. yang menarik nya saya pernah diberitahu olih seseorang yg saya tidak kenali yg ayer rebusan biji buah ini boleh dijadikan ubat. saya tidak pasti benar atu tidak.

  11. salam..
    pertama kali sy dgr pasal jambu mawar..dapat tambahkan lagi pengetahuan sy.terima kasih pengarang..

  12. di rumah mak ngah saya masih terdapat lagi pokok jambu mawar ni. betul buahnya wangi dan nipis. apabila masak berwarna kuning tidak merah seperti yg teman nyatakan. rasanya manis tetapi kerana ianya nipis maka sedikit kelat. ia tidak terlalu banyak air seperti jambu air kerana biji nya sahaja yg sangat besar.
    rumah mak ngah saya di kg seri paya, parit raja batu pahat. ada la 2-3 pokok. yg paling besar memang di tepi parit.

  13. Salam, zaman kanak kanak saya diPulau Pinang banyak kampung kampung ,saya tinggal disalah satu daripadanya, pokok jambu mawar memang banyak hingga kami main baling baling buah nya tetapi pada hari ini kampung kampung sudah tiada, begitu juga pokok jambu mawar ini alang kah ruginya jenarasi sekarang hanya dapat tembok batu dan bekerja siang malam untuk menghadapi saraan hidup yang begitu tinggi hari ini, sayang sekali ish ish ish nasi sudah menjadi bubur makan je lah dan katakan ia sedap.

  14. Beberapa tahun lepas..bapa mertua ( arwah ) saya sudah tebang. Buah jambu isi tawar. Tak de nilai. Buahnya cukup lebat. Daun pun Banyak. Tak larak nak sapu daun. Sekarang hanya tinggal tunggul.

  15. salam….ana x pernah melihat jambu jenis ini….teringin nak rasa ,macamana rasanya.nanpak macam unit.mungkin kat sini dah x da kot….

  16. salam….masa saya kecil kecil dulu memang selalu jumpa jambu mawar ni…..apabila usia dah meningkat ni langsung saya tak pernah tengok lagi jambu mawar ni….Kalau jambu bol pula saya ada jumpa lagi memang best klu buat cicah….terima kasih saudara pengarang kerana mengingatkan semula kenakalan saya masa zaman kecil kecil dulu hehehehe

  17. assalamualaikum. Jambu mawar ni jarang orang tanam mungkin pasal buahnya kurang digemari. buah ni baunya wangi macam bunga mawar sbb tu nama dia jambu mawar.pokonya macam dalam photo diatas tu.Masih banyak kedapatan tumbuh dikawasan tebing sungai disebelah utara/kedah.
    Baru2 ni ada seorang kawan india minta carikan buah ni untuk penawar kencing manis dan darah tinggi.Katanya biji buah ni dikeringkan ,kemudian dijadikan kopi untuk minuman harian. Efektif dan mujarab katanya.

  18. As’salam.Memang sekarang susah nak dpt buah jambu mawar ni…harum dan sedap rasenye bila dah masak.Saya pernah nmpak di tanam sekitar masjid di pasir gudang tempat selalu pertunjukkan layang-layang.orang ramai tercengang melihat kami sekeluarga terlompat-lompat mengambil buah jambu mawar kerana pokoknye besar dan tinggi.Geli hati bila teringat kejadian tersebut…..Saya harap pokok jambu mawar boleh di jadikan sebagai pokok penaung di taman dan sepanjang jalan raya,ia boleh dicantas kalau ingin menjadi rendang…..

  19. Assalamulaikum. saya memiliki pokok jambu mawar.Dah 30 tahun tumbuh dikebun saya. Oleh kerana pokok dah tinggi,kalau berbuah kena kait atau panjat. Dah tua2 ni tak makan jambu pun tak pe lah daripada memanjat pokok jambu.Anak-anak muda suka lah kerana mereka boleh makan terus diatas pokok.

  20. Belum matang buah ni rasa kelat tapi bila ranum manis dan harum. Bagi saya buah jambu mawar lagi enak makan begitu saja tanpa bahan pecicah kerana bau wanginya sudah cukup menyelerakan. Kat rumah saya ada sepokok tapi masih kecik lagi. Daunnya direbus boleh dibuat ubat penahan sakit perut cirit birit..

  21. Assalam. rasamye masa kecik2 dulu ada makan buah ni. memang wangi baunya.
    tahniah en. fazlisyam atas usaha anda… teruskan…

  22. Asalamualaikum,

    Pokok Jambu mawar ini lama saya tidak ketemui. Semasa kecil di Johor ianya tumbuh liar buahnya tidak bermusim. Kemungkinan tiada comercial value jadi ianya bagi orang dizaman sekarang tidak kisah untuk menanamnya. Saya pernah mencarinya di nursery tapi belum jumpa.

  23. Sudah lama saya ingin mendapatkan buah jambu mawar ini
    untuk di tanam di rumah saya. Membangkitkan nostalgia zaman
    kanak-kanak.

    Boleh kah En Jalal tut pokok jambu tersebut agar saya
    menanamnye. Atau adakah antara pembaca lain memberitahu
    saya dimana saya boleh mendapat benih pokok ini.

    Puas saya bertanya-tanya semasa MAHA tetapi tiada yang tahu
    pokok ini.

  24. @Hj.Tukiman b. Hj. Salam

    salam .. tuan haji .. saya nak tanya lah .. sekarang masih ada lagi pokok buah jambu mawar ldi rumah tuan ?.. kalau saya ingin membeli buah nya boleh ke tuan haji menjual dan poskan ke alamat saya .. saya akan bayar kos pos laju dan harga buah tu sekali.. boleh x tuan..?. kerana saya ingin sekali memakan nya.. harap tuan dapat balas email saya ini.. terima kasih
    sekian,
    afieda,melaka.

  25. dh lama xmakan buah jambu ni..ada la hampir 15 tahun xjumpa..mmg susah nk jumpa pokok ni lagi sekarang..masih ingat lagi..dulu kalau nak makan goncang dulu..boleh dengar bunyi biji jambu tu bergoncang-goncang..pastu ambil bau dulu..baru dikopak dan makan..memang harum dan sedap..sampai sekarang saya masih ingat lagi bau buah jambu ni..tp sayang, di kampung saya dh ‘pupus’..kat mana ada boleh saya dapatkan benihnya ye..sayang kalo xdipelihara..takut nanti kita kehilangan ‘gene’ tumbuhan2 ni..

  26. mmg makanan enak zaman bdk2,,, manis dan wangi, ada sepokok di kebun bapa saya, tapi buah tak lekat, asyik berbunga je,,,, tak sempat jadi buah, serangga & unggas dah kebas,

  27. dulu masa kecik2 selalu tlg mak g noreh/kopek getah buku/lanton. lepas abis keja selalu lepak2 kat atas pokok jambu mawar sambil makan2 sementara tunggu mak siap bangkit getah susu. pokok 2 bleh tahan beso n tinggi he3…tapi sekarang payah nak jumpa jambu mawar..

  28. Sy ada menanam pokok jambu mawar ini, pokok ini begitu cepat membesar, walau baru berusia sekitar 1 tahun tetapi pokoknya telah membesar dan rendang. Masalah utama pokok jambu yg sy tanam ini ialah serangan ulat berwarna krim yg memakan daun pokok ini tidak kira yg masih pucuk atau daun tua. SY perhatikan banyak daun yg telah rosak. Ketika masih diperingkat 4-5 bulan sy rajin juga membuang daun2 yg rosak sambil membuang ulat2 atau seranga perosak ini. Sy mohon pandangan tuan bagaimana agaknya untuk membunuh serangga perosak ini, sebagai contoh apakah racun serangga yg peprlu sy gunakan bagi membunuh serangga perosak ini. TK

  29. uniknye buah nie..first time tgOk…ingatkan buah kemUnting xdi..rupnye jambu mawar yea….xpi sekarang nie wujud lagi ke jmbu nie??sbab sye xpnah tgOk n tsermpak at mne un…at kdai2 lagi lah xde yang jual lan…ummm…papew pon..terima kasih krna brkOngsi…

  30. time masih mengaji kat UUm dulu slalu makan buah jambu ni. banyak terdapat sekitar kandang kuda. pastu share la pulak ngan kuda2 tu makan buah ni… nostalgia….

  31. saya biasa mkn jambu mawar ini…warnanya bila masak akan kekuningan…bijinya besar..isinya kelat2 manis…kerengga suka membuat sarang pada daun pokok ini….buahnya akan kembang manis jika selepas hujan turun….tapi sayang pokok ini telah pun tiada….

  32. ASSALAMUALAIKUM,,,SYE RASE BUAH NIE MMG BYK KHASIATNYA.. GROUP SYE TGH BUAT PROPOSAL PSAL NIE ..SYE HARAP GROUP SYE DPT BUAT YG TERBAEK………..

  33. Salam.kat cni spe Ade buah jambu mawar to long pos kat saya.dpt 2 bj pn dh okey,sya byr pos skli.what sup sya.0199039864

  34. salam, saya dah lama sangat cari benih pokok jambu mawar ni, tapi tak dapat…jika ada saudara/i yang ada anak benih tolong bagi tau…saya sanggup datang ambik dan beli anak benih pokok ni. Jabatan pertanian patut menggalakkan penanaman pokok ni sebab ramai sgt yang cari.

  35. Pokok ni banyak ditanam di sekitar taman -taman di putrajaya sebagai pokok teduh. Buahnya masak warna kuning cair dan berbau wangi seperti bunga mawar. secara tepatnya pokok ini saya jumpa di kawasan rekreasi presint 14 iaitu di presint diplomatik. Kalau nak ambil buahnya kena bawak galah sbb pokoknya dah semakin tinggi dicantas. Dulu boleh petik pakai tangan ja.

  36. Salam…
    saya dah lama cari benih pokok ni… / biji buah jambu mawar… kalu ada, cal / whatsup saya di talian 019-5717223..

    Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam