Keladi Merawan

keladi-merawan

Hari cuti hujung minggu yang lalu.. saya sempat pulang ke kampung. Kebetulan ada pula pasar tani pagi tu.. Jadi sempatlah jalan-jalan sambil cuci-cuci mata melihat macam-macam barang yang dijual.. termasuklah hasil-hasil tani orang kampung. Saya terpandang dan terjeling sejenis sayur yang jarang dijumpai sebelum ini. Apa lagi.. terus aku bertanya kepada tuan empunya gerai tersebut. Setelah selesai menjalankan Edisi Siasat dan sesi Pos mortem barulah aku tahu yang sayur tersebut disebut sebagai  Keladi Merawan. Sayur tersebut tidak ditanam, sebaliknya tumbuh liar dan biasanya banyak terdapat di tali-tali air atau di kawasan sawah padi. Bagaimana pula cara nak makan? Mudah saja.. Biasanya ia direbus atau dicelur..  kemudian bolehlah dicicah sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Memang sesuai sangat kepada yang suka makan ulam-ulaman.

keladi-merawan2

Oleh kerana.. saat dan ketika itu.. saya tidak membawa kamera semasa kejadian itu berlaku. Maka, saya terbeli juga sayur tersebut semata-mata nak ambil gambar. Nasib baik tidak mahal, harga seiikat baru mencecah RM1 sahaja. Lepas ambil gambar terus masuk peti sejuk.. Tak sempat pulak nak rasa. Tak tahu apa dah jadi dengan sayur tersebut. Mungkinkah… ketika aku sedang menulis artikel ini..¬† sayur tersebut sudah dihadamkan atau mungkin menjadi penghuni tong sampah..

Kalau anda ada cerita ingin dikongsikan mengenai Keladi Merawan ini, harap dapat dikongsikan bersama.. atau anda ingin berkongsikan resepi masakan Keladi merawan, saya amat alu-alukan…

Number of View :18334

71 comments

  1. saya panggil ni keladi senduk.. bayak kat belakang rumah sya di kg.. sedap dicelur, pastu mkn ngan nasik cicah dgn sambal belacan or budu..pehhh..best giler..

  2. Di tempat saya (Raub) sayur ini dipanggil selimpat, selalu mereka goreng taucu (seperti goreng kangkung ikan bilis). rasa agak kelat. Tidak perlu dicampur air, bila digoreng akan layu.

  3. kat kg saya dipanggil kelayar atau keladi layar..biasa la org negeri 9..masak lomak cili api..sodaaap….

  4. Kelayar, keladi Rawan, Paku rawan.genjer(Jawa) sayur orang golongan bawahan boleh dapat free di lopak lopak paya , parit longkang. Zaman Lepas Perang Jepun 1945-1950 kawan rapat sayur ini ialah pucuk ubi, pucuk pakis, kankong air.
    Genjer adalah lambang kepayahan ,protes golongan miskin ,gelandangan Komunis. Ada di citpa sebuah lagu Tajuk “Genjer-Genjer” Nyanyia Bing Slamet dan Lilis Suryani.

  5. sayur ini kalau kt kedah di kawasan kg depa panggil paku rawan….memang sodap kalau masak lomak campur dgn udang bendang………..fuyoo..meleleh air liur ni……..

  6. firts time saya jumpa sayur ni ketika suami saya membawa balik dari kampung
    dia kata sedap buat kerabu.Caranya sayur tu di potong dan dicelur, kemudia dicampurkan dengan kelapa goreng dan isi ikan rebus

  7. klu kt utara depa pnggil paku rawan…bg aku paling sedap buat kerabu..x pun buat ulam saja.cicah dengn sambal belancan…tp sebelum tu lenyekkan dulu telur aym satu biji dalam sambal tu…pas tu baru cicahkan…satu lg…air rebusan dia kena buang 2 3 kali…klu x nt sisa getahnya masih ada…itu yg sebabkn kerongkng gatal…….

  8. Di kenali sebagai selimpat atau pun kelayar di kampong saya raub,pahang. resipi masakan sama seperti diceritakan oleh 53. Suhaili, semasa berkerja di telok intan pokok ini juga dipanggil paku rawan dan genjer(jawa) . Pastikan kudup bunga pucuk ini masih belum terbuka , jika tidak akan berasa pahit.

  9. Kamek Melayu di Sarawak madah toklah ‘Emparuk”. Nyaman bila disayor,kata urang tua-tua. Sidak urang tua ya jak minat dan pandey makannya, dak ndemiak muda nang sik kenal dan minat nak makan sayor kampong tok.

  10. Di tempat saya (Kuching, Sarawak), tumbuhan ini dinamakan “Samsir”. Susah nak dapat kerana tak ramai yang tahu masak sayur ni. Kena pandai masak, sebab kalau tak pandai, rasanya menjadi pahit.

    Kalau pergi pasar tani di Satok, tiap minggu ada nenek Bidayuh yang jual.

  11. tempat saya plak di Kuala Lipis PAHANG, ulam/keladi ini dinamakan kelayar/kelayo..memang best colek ngan budu….

    pergghhh

  12. biasa pgil pucuk paku rawan…rebus buat ulam kalo rajin nak sedap lagi buat kerabu…kat dalam bendang memg byk..

  13. Keladi Merawan ni memang suka tumbuh di kawasan yang berpaya dan berair. Sewaktu memetik sulur muda tu kita akan nampak getah cair keputihan akan keluar sedikit dari bahagian pangkal batang yang kita leraikan (Cabut). Biasanya selepas di potong lebih pendek dan di cuci, getahnya akan hilang. Kalau di kampung dulu masak tumis dengan belacan campur asam jawa pun dah cukup sedap.

  14. keluarga saya memanggil sayur ini sebagai keladi binjai. Ianya boleh dibuat sayur dan ulam. Pastikan mengambil bahagian pokok yang masih muda kerana bahagian yang agak tua memberi rasa gatal apabila dimkan. Celur dulu dalam air panas kemudian titikkan sedikit minyak makan supaya ianya jadi lembut dan licin. Lepas itu boleh cicah sambal belacan. Tumbuhan ini selalu terdapat di kawasan yang berair seperti bendang, parit dan lopak-lopak berair. Orang tua-tua kata kalau itik betina mula memakan daun ini menunjukkan ianya sudah bersedia nak bertelur. Betul ke tidak saya pun tidak pasti sbb tiada bela itik…

  15. Ditempat saya juga dipanggil paku rawan,pembantu rumah Indon di rumah saya memasaknay seperti memasak sayur kankung.Rupanya nampak tak menarik tetapi rasanya boleh tahan sedap juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam