March 19, 2024

buahrotan

Siapa pernah makan buah rotan? Buah Rotan merupakan sejenis buah yang jarang sekali didengari dan ia memang banyak di dalam hutan. Kepada yang biasa masuk hutan terutamanya abang-abang askar, sudah tentu mengenali pokok ini. Penulisan mengenai buah ini sememangnya amatlah kurang. Daripada maklumat yang ditemui, buah ini akan berwarna putih kuning apabila sudah masak. Saya tidak pasti, adakah buah rotan ini mempunyai pelbagai spesis. Anda perlu membuang kulit untuk mendapat isinya. Rasa buah ini dikatakan manis-manis kelat. Mungkin seperti rasa buah salak.

Jika anda mempunyai pengalaman merasai buah ini, bolehlah dikongsikan di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :46048

26 thoughts on “Buah Rotan

  1. .. kalangan orang asli yang arif dengan buah rotan .. tak pasti ia bolih dimakan, kalau pun bolih, ia tentu tidaklah jadi makanan yang di cari, mungkin cara kebetulan sahaja .. rotan species manau yang ada nilai komersial sangat2 dicari .. tapi olih kerana susah nak dapatkan buahnya untuk dicambahkan menjadi pokok, pembiakan cara tissue culture terpaksa diusahakan, walaupun ada pengajian mengatakan, hasil tissue culture tidak memberi rupa rotan manau yang asli, rotan nya lebih berwarna lembut, tidak saperti rotan yang tumbuh meliar di hutan ..

  2. Buah rotan ada pelbagai jenis mengikut jenis pokok rotan tersebut.Ada pelbagai warna dan saiz tetapi buah rotan tidaklah besar hanya bersaiz lebih kurang hujung jari telunjuk kanak2.Saya yang membesar dikampung yg dikelilingi hutan pernah merasai buah rotan ini..rasanya seperti manis kelat, isinya nipis sahaja .Saya amat tertarik dengan warna dan corak kulit buah rotan ini.

  3. rotan banyak namanya,kalau x silap ada manau@saga yg buat krusi tu,lagi rotan tekuk,batu,sendang dll.seingat saya rasanya macam buah bunga tanjung,manis ada kelat pun ada.

  4. ya. sexy prnh masuk hutan d blkg rmh mak dgn mmbr ktika usia +- 12 thn. mungkin sebesar ibu jari. udah lupa gimana kayak buah/ rasany dong.

  5. tak pernah nampak yang fresh dari pokok.. buah rotan sama ke dengan buah kelubi ? kalau buah kelubi biasa makan orang buat jeruk kan. ehm sodap nya.

  6. dulu wkt kecik2 pnh gak msok htn ngan ayah cr daun palas, pnh la jgak nmpk buah 2, ingtkn buah kelubi yg msh kecik…hihi. x pnh mkn pon…p klo buah kelubi 2 biasa la…

  7. masa study kat poli KB dulu penah gak beli kat pasar Ketereh, kat situ ada jual buah rotan ni. rupanya mcm kelubi jugak, cuma buahnya kecil dan isinya nipis.

  8. Buah Muzi adalah Buah Kiwi (scientific name: Actinidia chinensis), yang juga disebut dengan nama monkey pear, vine pear, Yang Tao.

  9. buah rotan kalau yg dlm gambar tu rasanya masam.tp mmg sdap.kcik2 dulu slalu la makan.kalau yg saiz kecik rasanya manis n sgt sedap

  10. manis2 kelat… berebut dgn adik waktu kecik2 dulu nk mkn buah ni… nostalgia lebih 30 thn dulu…

  11. buah rotan ni byk terdapat kat Sarawak, itu dulu-dulu la sebelum hutan diteroka untuk tujuan tanaman kelapa sawit, kebun lada hitam dan sebagainya..

    rasanya masam2 manis bile dah terlalu masak, you masuk mulut jer isi dia terlucut dari biji.

    kalo yang masih muda @ belum masak, rasanya masam dan kelat.. tapi sememangnya rasa masamnya lebih la walaupun dah masak..ehhehe..

    saya dah bpuluh2 tahun tak makan buah ni, tliur la nengok gambar tu huhu… nak call bapa saya kat kampung la nak suh dia cari benih & tanam tepi rumah panjang kat Sarikei.. at least dapatlah anak cucu kite nanti merasa buah2 yg dah makin pupus nih..

  12. Saya pun pernah makan buah rotan ni masa saya masih di sekolah dulu . Ada kat kawasan kebun mak bapak saya kat kampung di Sarawak . Kalau ada nampak buahnya biasa saya jolok tapi pokoknya tinggi juga . amik galah la joloknya ataupun saya minta mak saya yang ambilkan ..rasanya yg masak merah tu masam manis …yg masih mentah tu rasa kelat .

  13. Saya pernah makan buah rotan, rasa manis2 kelat tapi isinya tak tebal.Nak ambil buah rotan terpaksa panjat pokok lain dulu sebab duri pada batang rotan amat berbebahaya.

  14. masa kecik pnh makan buah rotan yang kecik2 besar jari kelingking ja..buah muda warna ijau rasa masam..bila masak kulit warna kelabu2..isi merah..manis2 masam rasanya..
    dulu kami buat bincok..letak belacan,garam,cili..tumbuk skali ngan buah rotan muda..sedap…

  15. salam, buah rotan ada byk jenis, sama mcm pkok rotan tu sendiri, plg sedap buah rotan manau, yg dlm gmbr ni kurang jelas buah rotan manau atau buah rotan yg kurang sedap tu (masam sgt), rotan manau saudara ada tulis buah rotan sarawak, rotan manau byk kt daerah royal belum, hrga rotan manau ni mahal.. ada buah rotan kapas, buah rotan tikus, buah rotan gantung.. pencari rotan mmg tau sgt 🙂 yg dlm gmbr ni rasanya, masam, isi dia lebik, biji dia bujur leper

  16. Saya baru dapat buah rotan pagi tadi.
    Rasanya masam & kelat, mungkin belum masak lagi.
    Warna kulit coklat2.
    Bijinya pula warna putih, keras liat2.
    Rasanya kalau rebus, mungkin boleh makan.
    Ada siapa2 yang pernah makan biji rotan?
    Saya nak tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam